Seksi Malaysia » Mati Mucuk

Rawatan Mandul Lelaki
Ramia lelaki mandul tidak tahu yang merakanya mandul. Disebabkan ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi ramai lelaki, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur. Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri.

Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi. Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur.

Jika ada ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal.

Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda masalah kepada kilang spermanya.

Yang perlu dilakukan ialah pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur yang dikenali sebagai orkodometer untuk menyukat isi padu buah zakar kerana jika saiz kurang daripada 10 mililiter (mm), kemungkinan kilang tidak aktif.

Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat kemendapan darah.

Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal. Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan.

Jika hormon kesuburan rendah atau rendah tapi dalam lingkungan normal, ubat penyubur boleh diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan dengan ubat penyubur.

Selain ubat penyubur, rawatan alternatif dengan herba tertentu boleh dicuba jika didapati tiada sebab kenapa sperma kurang dan kualiti sperma tidak sempurna.

Di pasaran, beberapa herba pernah dikaji dan herba ini perlu dimakan untuk beberapa bulan (kira-kira tiga hingga enam bulan) sebelum ujian air mani diulangi.

Cuma, ingin saya nasihatkan sesiapa yang berhasrat untuk mencuba herba itu, pastikan anda sudah menjalani pemeriksaan kesuburan untuk lelaki secara teliti kerana tidak perlu menggunakannya jika tiada sebarang masalah.

Kerosakan Buah Pinggang Penyebab Mati Pucuk
GEJALA bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang.

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.

Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.

Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru.

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).

Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.

Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti:

# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)

# Ujian air kencing

# Sinar-X atau IVU

# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)

# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)

# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)

# Biopsi buah pinggang

Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:

# Tekanan darah

# Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)

# Paras kolesterol dalam darah

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.

Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan.

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit.

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza.

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja.

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka.

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis.

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.

Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan.

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.

Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk.

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:

# Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)

# Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah

# Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN @ hmetro

Mati Pucuk Antara Penyakit Lelaki 40an
Tidak kira di negara manapun, wanita memberi lebih keutamaan kepada kesihatan suami dan anak. Meskipun diberi lebih perhatian, lelaki meletakkan kesihatan diri di tempat terakhir.

Ramai menganggap, selagi boleh berfungsi dan ada sifat kelelakian, lelaki berasakan mereka cukup sihat hinggalah dibuktikan sebaliknya.

Kenapa lelaki boleh mati cepat? Lelaki sebenarnya cukup liat berjumpa doktor dan biasanya apabila penyakit dikesan, keadaan mereka serius.

Malah, jika anda perhatikan peserta seminar atau forum kesihatan (percuma atau berbayar) kebanyakannya adalah wanita.

Berasa sihat tidak bermakna anda benar-benar sihat. Bagi lelaki, enam jenis penyakit menanti sebaik anda melangkah umur 40 tahun jika anda masih meneruskan gaya hidup dan tabiat pemakanan kurang sihat. Enam penyakit ini adalah penyakit lazim dan boleh dielak.

1) Penyakit kardiovaskular — Penyakit jantung adalah pembunuh utama di dunia. Risiko lelaki mendapat penyakit jantung lebih tinggi berbanding wanita. Bagi wanita, risiko ini sama dengan lelaki selepas mereka menopaus.

Penyakit jantung disebabkan pengumpulan plak dalam salur darah dan proses ini berlaku sejak kita kecil. Ini sebabnya ada pakar menyarankan kita menjalani pemeriksaan kolesterol seawal umur 25 tahun bagi setiap lima tahun.

Kekerapan pemeriksaan ini bertambah apabila usia meningkat. Lelaki pada umumnya perlu berusaha lebih keras untuk mencegah penyakit jantung dan strok.

Jika paras kolesterol anda tinggi, anda perlu bersenam 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bagaimanapun, saranan terbaru ialah bersenam sekurang-kurangnya lima hari seminggu. Jika merokok, anda mesti berhenti bagi memudahkan kawalan kolesterol dan mengurangkan risiko serangan jantung.

2) Kanser paru-paru — Penyakit ini disumbangkan khusus (90 peratus) oleh asap rokok. Jika anda merokok, segera berhenti. Jika sukar melakukannya sendiri, dapatkan bantuan doktor dari mana-mana klinik berhenti merokok.

Kanser paru-paru merebak cepat dan keadaan biasanya serius sebelum menunjukkan gejala. Sedihnya, sehingga kini peratus kejayaan rawatan yang ada kini masih rendah.

3) Kanser prostat — Ini penyakit khas untuk lelaki, terutama selepas berusia 50 tahun. Prostat adalah kelenjar berbentuk kacang walnut yang terletak di belakang zakar, ia berfungsi menghasilkan cecair untuk ejakulasi.

Kanser prostat sangat lazim di kalangan lelaki. Bagaimanapun, berita baiknya, ia jarang menyebabkan kematian kerana kanser ini tumbuh dengan perlahan dan bersifat benigna (tidak merebak).

4) Kemurungan dan bunuh diri — Meskipun tiada data khas jumlah lelaki murung di negara kita, semakin ramai mengalami masalah ini. Malah sama seperti wanita, lelaki yang dilanda kemurungan ada kecenderungan atau setidak-tidaknya pernah terfikir untuk membunuh diri.

Fitrah lelaki yang lebih suka menyimpan masalah turut menyumbang kepada perkara ini. Apabila tertekan, lelaki tidak menangis atau sedih, sebaliknya menjadi pemarah atau bertindak agresif. Kajian mendapati walaupun lebih ramai wanita cuba membunuh diri, lelaki murung berjaya melaksanakan misi ini.

Jadi jika anda berasa murung, jangan pendam. Meluahkan masalah dan tekanan bukan menunjukkan anda lemah, sebaliknya ia tanda anda masih boleh berfikir secara rasional dan sayangkan keluarga.

5) Kencing manis — Ini antara ancaman besar di negara kita kerana semakin ramai golongan muda menghidap kencing manis. Gula berlebihan dalam badan ibarat racun kerana ia merosakkan salur darah dan saraf, terutama pada kaki.

Kencing manis juga boleh menjadi perangsang kepada pelbagai penyakit kronik lain seperti serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kebutaan dan pemotongan kaki (yang diakibatkan gangren iaitu kematian sel kerana tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien).

6) Mati pucuk — Pakar urologi berkata, mati pucuk atau erektil disfungsi (ED) boleh dijadikan petunjuk utama kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti kencing manis, kemurungan dan sakit jantung.

Mengalami ED bermakna aliran darah di seluruh badan kurang lancar dan kini ia dianggap petanda awal untuk sakit jantung.

Dua pertiga daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas ada masalah ini dan hampir 40 peratus lelaki dalam lingkungan usia 40 tahun mengalami ED.

Lelaki yang ada masalah ED bukan saja kurang minat terhadap seks, malah kebanyakannya dilanda kemurungan sehingga menjejaskan kualiti hidup.

Ani Mazlina berkata, semua masalah kesihatan di atas boleh dicegah; kaedah pencegahan terbaik dan murah ialah melalui senaman, menjaga pemakanan serta belajar menangani tekanan.

Panduan untuk cergas

“Jangan ambil jalan mudah untuk kurus dengan menggunakan produk yang tiada kajian saintifik serta tidak diketahui kandungannya.

“Walaupun pengguna boleh melihat perubahan dengan cepat, produk mengandungi bahan terlarang boleh memberi kesan terhadap hati, jantung dan buah pinggang.

“Kita tidak akan dapat lihat perubahan mendadak dengan bersenam. Proses membakar lemak dan membentuk otot mengambil masa.

“Kebanyakan orang berhenti bersenam dan hilang semangat kerana kecewa apabila tidak melihat perubahan fizikal, sama ada bentuk atau berat badan.

“Perubahan fizikal ini boleh dilihat jika anda melakukan senaman dengan betul. Senaman anda perlu ada beberapa komponen iaitu ketahanan, kekuatan dan keanjalan.

“Anda juga perlu melakukan senaman aerobik (dilakukan tanpa henti selama 20 hingga 30 minit) untuk meningkatkan kekuatan jantung,” katanya.

Meskipun kita tidak melihat perubahan fizikal, badan kita sebenarnya mendapat kesan positif daripada senaman dilakukan.

Ini termasuk pemecahan lemak, otot menjadi lebih kuat dan anjal, tekanan darah dan paras gula dalam darah menurun, keseimbangan badan meningkat dan fikiran berasa lebih tenang.

“Senaman yang dibuat pula mesti ada peningkatan daripada segi masa dan halangan; bukan sebaliknya. Ramai orang mahu kesan cepat dengan melakukan senaman selama mungkin pada kali pertama. Akibatnya mereka berasa sakit badan dan berhenti bersenam.

“Jika minggu pertama anda berjoging selama 20 minit setiap hari, tingkatkan kepada 30 atau 40 minit pada minggu kedua.

“Hanya dengan cara ini anda boleh melihat perubahan diharapkan. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Lakukan senaman mengikut kemampuan masing-masing.

“Selain itu, ajak anak bersenam bersama. Berdasarkan pemerhatian saya, hampir 50 peratus kanak-kanak sekolah rendah di negara kita ada masalah berat badan berlebihan kerana tidak diajar kepentingan senaman.

“Lebih menyedihkan, ada sekolah menggunakan waktu pendidikan jasmani untuk mata pelajaran lain,” katanya.

Menurut Ani Mazlina, ada banyak cara untuk meningkatkan aktiviti fizikal, sama ada di rumah atau pusat beli-belah. Antaranya ialah:

Ajak anak berjalan di kawasan perumahan pada waktu pagi atau petang; sekurang-kurangnya 20 minit sehari.

Lakukan kerja rumah bersama-sama, termasuk mencuci kereta atau membersihkan halaman.

Temani anak bermain di taman permainan, dan manfaatkan waktu ini dengan berjalan mengelilingi taman berkenaan beberapa kali.

Turun naik tangga di rumah beberapa kali sehari. Tingkatkan kekerapan selepas beberapa sesi.+Gunakan tangga apabila mengunjungi pusat beli-belah.

Sertai program sukan di tempat anda.

Ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan banyak senaman seperti berjalan setempat, tekan tubi, bangun tubi, berbaring sambil membuat pergerakan seperti mengayuh basikal atau mengangkat dumbel.

“Kalau anda tiada masa untuk bersenam selama 30 minit pada satu masa, pecahkan ia kepada beberapa sesi. Badan kita ada ‘memori’ untuk menyimpan jumlah senaman yang kita lakukan pada satu hari.

“Jadi kita masih mendapat manfaatnya walaupun senaman itu dilakukan dalam tempoh singkat,” katanya.

Walaupun tujuan utama anda bersenam adalah untuk mendapat bentuk badan menarik, bagi lelaki, terutama yang berdepan isu ED, anda mendapat manfaat tambahan kerana senaman melancarkan aliran darah, sekali gus membantu mengurangkan masalah anda!

Cara tingkat aktiviti fizikal

> Ajak anak berjalan di kawasan perumahan pada waktu pagi atau petang.

> Lakukan kerja rumah bersama-sama.

> Temani anak bermain di taman permainan, dan manfaatkan waktu ini dengan berjalan mengelilingi taman berkenaan beberapa kali.

> Turun naik tangga di rumah beberapa kali sehari. Tingkatkan kekerapan selepas beberapa sesi.

> Gunakan tangga apabila mengunjungi pusat beli-belah.

> Sertai program sukan di tempat anda.

> Ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan banyak senaman.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN @ hmetro