Seksi Malaysia » Perak

Warga emas 81 Tahun Cuba Rogol Remaja
TELUK INTAN 7 April 2010 Petikan Utusan- Niat murni seorang remaja yang sanggup berhenti sekolah untuk membantu keluarganya berkecai apabila dia cuba dirogol oleh majikannya berusia 81 tahun.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam, remaja berusia 15 tahun berasal dari Kampung Terengganu di sini, tergamam apabila lelaki itu meraba badan dan alat sulit mangsa sebelum terus memeluknya.

Timbalan Ketua Polis Hilir negeri, Supritendan Mohd. Zaki Harun berkata, mangsa baru sahaja bekerja di syarikat pembinaan yang dipercayai milik lelaki itu di sini.

“Ketika berada di ruang dapur syarikat berkenaan, tiba-tiba muncul lelaki itu memberi minuman sambil melayan mangsa dengan baik.

“Suspek memberi seperti minyak urut dan menyapu ke badannya hingga bahagian alat sulit mangsa. Kemudian suspek terus memeluk mangsa kuat-kuat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dalam keadaan terperanjat, mangsa cuba melawan sambil menjerit meminta pertolongan sebelum berlaku pergelutan.

“Mangsa yang berjaya melepaskan diri terus memberitahu ahli keluarga mengenai kejadian menimpanya sebelum membuat laporan di balai polis Teluk Intan,” kata Mohd. Zaki.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek tetapi membebaskannya semula atas faktor usia dan kesihatan suspek.

Bagaimanapun katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba mencabul gadis bawah umur.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 19 tahun menyerah diri kepada pihak polis kerana merogol teman wanitanya berusia 13 tahun.

“Kejadian berlaku kira-kira dua bulan lalu. Suspek yang berasal dari Batu 71/2, Jalan Changkat Jong, ditahan pada 30 Mac lalu.

“Mangsa mengadu dirogol oleh kekasihnya sewaktu di rumah kakaknya pada 17 Januari lalu kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi,” katanya

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan telah merogol gadis bawah umur.

Bomoh Rogol Anak Tiri Depan Ibu
IPOH 19 Feb 2010 Laporan Utusan – Atas alasan ingin menurunkan ilmu yang diamalkannya, seorang bomoh didakwa telah merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun.

Lebih menjijikkan, perbuatan sumbang mahram itu dipertontonkan di depan ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan tertuduh untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari lalu menyebabkan bapa tirinya hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Warga emas berusia 70 tahun itu didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram ke atas anak tirinya itu pada pukul 1 pagi 2 Februari lalu di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berbadan kurus bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Noor Hayati Haji Mat selepas pertuduhan dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai yang mengendalikan pendakwaan pada mulanya tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mungkin mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, katanya, jika mahkamah cenderung untuk berbuat demikian, beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan RM15,000.

Tertuduh yang memakai baju biru dan berseluar panjang coklat memohon jumlah tersebut diringankan atas alasan faktor usia dan tidak sihat.

Noor Hayati membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 berserta seorang penjamin dan mengarahkan lelaki itu tinggal di rumah berasingan serta dilarang mengganggu mangsa.

Beliau juga menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Remaja Perempuan Dirogol 14 lelaki
IPOH 7 Mac 2010 Utusan melaporkan– Tidak sampai 24 jam nama mereka disiarkan akhbar, tujuh daripada sembilan suspek kes rogol seorang pelajar di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Felda Sungai Klah dekat Sungkai, datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, ketujuh-tujuh lelaki tersebut tampil menyerah diri di IPD Tapah pada pukul 11.30 malam tadi.

Ujarnya, polis akan mendapatkan tahanan reman terhadap ketujuh-tujuh suspek hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

“Saya sangat berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menyiarkan nama dan gambar mereka yang banyak membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.

“Lima suspek berusia antara 15 hingga 29 tahun itu ditahan di sekitar Sungkai, Khamis lalu. Dengan penahanan tujuh mereka, kita mendapat 12 suspek untuk kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh 14 lelaki di Felda Sungai Klah, dekat Sungkai.

Mangsa dari Felda Trolak Utara itu pada mulanya diajak menaiki motosikal oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Wan’ semasa berjalan-jalan bersama rakannya di satu kawasan pada pukul 6.15 petang.

Malangnya, mangsa telah dibawa ke sebuah kawasan tertutup di TRAP Sungai Klah sebelum dirogol oleh Wan dan tiga lagi rakannya yang menunggu di situ.

Wan kemudian menyuruh seorang rakannya menghantar mangsa pulang ke rumah tetapi sebaliknya dibawa ke sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah sebelum gadis itu sekali lagi dirogol bergilir-gilir lebih 10 lelaki.

Sementara itu ujar Roslan, polis akan meneruskan usaha mencari dua lagi suspek kes tersebut bagi membantu siasatan.

“Polis percaya kedua-duanya akan dapat dikesan dalam tempoh terdekat. Kita syak kedua-dua suspek berada di Kuala Lumpur sekarang.

“Mereka tidak akan dapat lari ke mana-mana kerana polis tahu nombor kad pengenalan dan alamat rumah mereka,” katanya.

TELUK INTAN 12 Mac 2010- Sembilan lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di sebuah taman rekreasi dan dua buah rumah kosong bulan lalu.

Tertuduh ialah Mohd. Sahabudin Hashim, 23; adiknya, Shahrul Hisham, 21; Mohd. Rosli Mustapa, 26; dan Mohamed Shafeq Mohd. Shahimi, 20.

Turut didakwa Mohd. Athika Mohd. Hanapi, 19; Ahmad Nor Sofiaan Alias, 23; Mohd. Shafiq Abu Samah, 21; Saiful Azimi Mhd. Razalli, 29, dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Kesemua mereka mengangguk tanda faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Daiyauddin.

Mengikut pertuduhan, remaja itu dan Mohd. Shafiq didakwa merogol mangsa di Spa Hot Spring, Felda Sungai Klah, Sungkai di sini antara pukul 6.10 petang dan 8 malam, 28 Februari lalu.

Mohamed Shafeq, Shahrul Hisham, Mohd. Rosli, Mohd. Athika, Mohd. Sahabudin dan Ahmad Nor Sofiaan pula didakwa merogol mangsa di rumah No. D6, Jalan Melor, Felda Sungai Klah antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi, 1 Mac lalu.

Saiful Azimi pula menghadapi dua tuduhan iaitu merogol mangsa di taman rekreasi tersebut di antara pukul 6.10 petang dan 8 malam, 28 Februari lalu dan di rumah A 24, Felda Sungai Klah antara pukul 12 tengah hari hingga 6 petang, 1 Mac lepas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Faiz memerintahkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 hingga RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 21 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Suffian Jaafar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela N. Terrence.

Memetik laporan akhbar, mangsa pada mulanya mendakwa diajak menaiki motosikal oleh seorang lelaki dikenali sebagai Wan setelah terserempak dengannya ketika berjalan-jalan bersama rakannya di kawasan kampung tersebut.

Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan tertutup di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) di kampung tersebut sebelum dirogol oleh lelaki berkenaan dan tiga rakannya.

Wan kemudian menyuruh seorang rakannya menghantar mangsa balik ke rumah tetapi rakannya itu membawa mangsa ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol oleh lebih 10 lelaki.

Remaja dari Felda Trolak Utara itu kemudian dihantar pulang sebelum dia membuat laporan polis mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 14 lelaki.

Fairul Azrim Ismail dapat Sedekah Seks Perempuan China
Salah satu laporan itu telah disunting seperti di bawah ini bagi memudahkan bualan.

IPOH 23 Sept. 2008 Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China .

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayainya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China ,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?” ujarnya.

Analisis kan dungan laporan

Daripada laporan berita di atas, mungkin kita boleh berbincang sama-sama dalam usaha meleraikan beberapa kekusutan yang timbul kini. Keadilan harus ditegakkan dan jangan ada pihak yang bersalah terlepas bebas daripada jaring hukuman kita.

1. Adakah BPR termasuk dalam pengintip (tajassus) seperti yang dibangkitkan Mufti Perlis dalam isu membantah tangkapan khalwat dahulu?

2. Rasuah dalam bentuk seks ada dua jenis hukuman. Pertamanya, rasuah dan keduanya zina. Tapi, dalam hal ini memadai kita tumpukan hal rasuah dahulu.

3. Dalam kes ini, adakah hanya penerima rasuah yang terkena hukuman? Bagaimanakah dengan pemberi rasuah dan orang yang menjebak seseorang dengan rasuah?

Sedan gkan hadis-hadis di bawah ini telah menunjukkan bahawa pemberi (atau pencadang kepada seseorang agar menerima rasuah) dan penerima rasuah turut dilaknati Tuhan.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum.” (al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)

Dari Ai’syah: “Rasulullah s.a.w melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (al-Bazzar & Abu Ya’la)

Dari Thauban: “Rasulullah s.a.w melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya,” (Ahmad & Hakim).

Pemberi rasuah dilupakan?

Berasaskan nas dan dalil yang turut dikembarkan dengan laporan akhbar tersebut, adakah Mohamad Imran (pencadang dan pemberi rasuah) boleh terlepas daripada hukuman?

Juga, yang perlu diberi perhatian di sini, adakah tindakan BPR mengintip serta merakam aksi tertuduh itu boleh dikategorikan sebagai tajassus yang dilarang oleh agama? Apakah pandangan Mufti Perlis dalam hal ini?

Tulisan ini bukanlah bertujuan mahu membela penerima rasuah tetapi mahu mendapatkan kepastian, adakah dalam kes ini, pemberi rasuah (Mohamad Imran) akan terlepas?

Dan, sekali lagi, jika pegawai BPR yang merakam aksi terlarang itu boleh ditafsir sebagai tajassus (mengintip) apakah pendirian Mufti Perlis terhadap sikap BPR ini?

Sogokan Seks Untuk Projek Perumahan
20 Ogos 2008– Dua Exco kerajaan negeri Perak, Kapten (B) Mohd . Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd . Radzi bersama empat orang lagi ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks bagi mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.