Seksi Malaysia » Seks Wanita

Obesiti kurang peluang hamil
obesiti-kurang-hamil

# Adakah berbahaya jika tidak melakukan cucian selepas keguguran?

# Saya mengalami masalah obesiti, adakah itu punca keguguran?

# Adakah boleh menggunakan penyembur serangga di dalam rumah ketika hamil?

CUCIAN selepas keguguran hanya perlu jika masih ada sebahagian tisu kehamilan yang tertinggal dalam rahim.

Jika tisu kandungan sudah habis keluar, cucian keguguran boleh menyebabkan komplikasi pula. Pemeriksaan doktor penting untuk memastikan sama ada seseorang itu perlu menjalani cucian (tisu kandungan masih ada) atau sebaliknya.

Obesiti pula bukan saja mengurangkan peluang seseorang untuk hamil, tetapi juga lebih berisiko mengalami keguguran. Masalah ini berlaku bukan saja secara sendirinya, ia juga berlaku apabila seseorang menjalani rawatan walaupun secara IVF. Eloklah anda menurunkan berat badan menjadi ideal dengan cara mengubah suai komposisi diet dan amalan senaman. Buat permulaan, tidak perlu meletak sasaran yang terlalu tinggi, kajian sudah pun menunjukkan kejayaan kehamilan apabila seseorang mengurangkan berat badan lima hingga 10 peratus.

Penyembur nyamuk lazimnya dibuat dalam dos yang selamat untuk manusia, sama ada bayi atau wanita hamil.

Ia juga direka bagi tujuan keselamatan iaitu apabila dipicit, semburan yang keluar adalah bertentangan dan menjauhi muka serta mata kita.

Namun ini tidak bermakna anda semestinya boleh terus menyembur banyak dengan kehadiran ramai. Seeloknya apabila semburan dibuat, elakkan daripada menyedut terus semburan terbabit, setelah itu bilik berkenaan ditutup dan ditinggalkan selama beberapa minit.

Dr. Adilah Ahmat

Gagal merasa kemuncak suami
ghairah-seks

Apakah makanan tambahan yang boleh diambil jika perlu selain asid folik untuk merangsang kesuburan, potensi hamil dan keghairahan?

Apakah cara atau teknik terbaik untuk memastikan sperma terus mengalir ke faraj dan dapat disenyawakan selepas bersetubuh selain menghitung waktu kesuburan?

Adakah kehamilan boleh berlaku walaupun ujian kehamilan memberikan keputusan negatif atau kedatangan haid seperti biasa di awal perkahwinan?

GAMBARAN pancutan air mani bukanlah seperti yang anda bayangkan. Pancutan air mani sewaktu ejakulasi di dalam faraj tidak semestinya seperti mana-mana pancutan air yang kita lihat. Oleh it jika si isteri tidak pernah merasai pancutan mani suami dalam faraj saya selama bersetubuh adalah normal.

Sewaktu ereksi, zakar memenuhi ruang faraj sehingga ke penghujungnya. Lazimnya, sewaktu ejakulasi, wanita mungkin dapat merasa denyutan otot zakar yang berlaku selang beberapa saat.

Denyutan otot inilah yang menghantar dan memancutkan air mani keluar dari zakar.

Air mani pula seperti cecair lain, ia tidak dapat bergerak sendiri ke dalam ruang rahim. Hanya sperma di dalam air mani ini sahaja yang dapat berenang, sebahagiannya melalui bukaan pintu rahim yang terdapat di penghujung faraj untuk memasuki ruang rahim sebelum meneruskan perjalanan melalui bukaan tiub falopio sehingga samapi ke telur yang terdapat berhampiran penghujung tiub falopio ini.

Wanita juga tidak merasai kenikmatan ejakulasi lelaki. Wanita sepatutnya turut dapat menikmati klimaks sendiri (seperti lelaki) cuma lazimnya, bukan dalam bentuk ejakulasi. Klimaks ini boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas klimaks lelaki.

Bagi sebahagian wanita, klimaks tidak berlaku atau dirasai. Ada yang tidak dapat mencapai klimaks dalam beberapa tempoh awal hubungan seks, ada juga yang masih belum menikmatinya walaupun setelah beberapa tahun menjalani hubungan seks.

Klimaks wanita tidak mempengaruhi kesuburannya. Kesuburan wanita lebih bergantung kepada sama ada telur sudah mengalami ovulasi dan berada di dalam tiub falopio, tiub falopio tidak tersumbat dan berfungsi baik, rahim tidak mengalami masalah dan beberapa faktor lain.

Ovulasi tidak bergantng kepada klimaks. Ini berbeza dengan lelaki, klimaksnya (ejakulasi) mengeluarkan jutaan sperma di dalam air mani.

Sungguhpun begitu, ada juga lelaki yang tidak subur langsung di mana air maninya tidak mengandungi walaupun satu sperma, keadaan ini dinamakan azoospermia.

Asid folik pula bukanlah ubat subur atau perangsang potensi hamil, ia juga bukan ubat untuk klimaks atau keghairahan. Ia sejenis vitamin B yang dapat mengurangkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang janin sehingga sebanyak 80 peratus. Wanita yang bercadang untuk hamil dinasihatkan mengambilnya sebaik-baiknya sebulan sebelum hamil dan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya tiga bulan kehamilan.

Cara yang terbaik dan sihat untuk memastikan sperma sampai ke faraj adalah secara hubungan seks penetratif sehingga berlakunya ejakulasi di dalam faraj.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan penerangan lanjut, sebaiknya secara bergambar atau visual untuk merungkai salah faham di atas. Di samping itu, masalah klimaks anda juga boleh dibincang lebih peribadi.

Dr. Adilah Ahmat

Nafsu Seks Kurang Selepas Beranak
Ada wanita 30-an yang sudah berkhawina dingin atau hilang nafsu seks selepas melahirkan anak. Ada yang mencuba pelbagai cara termasuk mengambil jamu dan berurut tetapi tidak menjadi.

Nafsu seks wanita lazimnya lebih kompleks berbanding lelaki. Bukan saja ia kurang jelas memandangkan wanita tidak mengalami ereksi yang nyata, nafsunya juga mempunyai hubung kait dengan pelbagai aspek seperti:

penampilan fizikal,

emosi,

hubungan sosial bersama suami,

persekitaran,

stres sebagai ibu,

perasaan rendah diri sebagai wanita yang semakin berusia,

penyusuan badan,

kegemukan,

gangguan hormon dan seumpamanya.

Eloklah anda mulakan dengan perbincangan dari hati ke hati bersama suami, kemudian mendapatkan nasihat profesional daripada pakar sakit puan, pakar psikologi atau pakar psikiatri. Kebiasaannya ia berkait dengan perasaan atau emosi dan bukan masalah fizikal. Anda tidak perlu malu untuk berjumpa pakar psikiatri.

Semakin ramai pasangan berani tampil mendapatkan bantuan pakar itu walaupun masih ada yang bimbang atau malu seolah-olah mereka akan dipandang serong atau kurang siuman jika berjumpa pakar psikiatri. Bidang psikiatri sebenarnya lebih luas daripada itu. Ramai antara kita yang tidak menyedari mengenai gangguan stres yang dialami, teknik dan rawatan ubatan (hanya jika perlu) profesional daripada mereka dapat membantu kita menangani stres.

Hubungan seks suami isteri dituntut dan halal di sisi Islam.

Dr. Adilah Ahmat

Hilang Dara- Hymen
Dara Tidak Hilang Dengan Menggosok Alat Sulit

Selaput dara atau hymen tidak akan koyak dengan perbuatan menggosok alat sulit saudari tidak membawa apa-apa kesan yang negatif. Namun dari sudut agama Islam, ia haram. Kegiatan ini atau dalam kata lain iaitu masturbasi menyebabkan seseorang itu terangsang/ghairah dan ini diikuti dengan keluaran cecair putih jernih atau air mazi.

Cecair ini adalah lelehan dari kelenjar-kelenjar Bartholin dan dinding faraj. Dalam hubungan intim, cecair ini adalah pelincir ketika hubungan seksual dan jika tiada, hubungan seksual akan mengalami kesakitan.

Tindakan menggosok alat sulit saja tidak akan membuat seseorang itu kehilangan dara. Selaput dara agak susah juga untuk terkoyak kerana ianya agak tebal. Sekiranya berlaku penetrasi/kemasukan banyak kali sama ada semasa hubungan seksual atau memasukkan sesuatu dalam faraj, mungkin selaput dara akan terkoyak.

Dalam proses melakukan saringan lumuran pap pada wanita yang belum berkahwin atau anak dara pun, selaput tidak mudah koyak.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/Cr5rkwRQ_vE&hl=en_US&fs=1?rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube-nocookie.com/v/Cr5rkwRQ_vE&hl=en_US&fs=1?rel=0" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Dara Mungkin Hilang Dengan Aktiviti Sukan Lasak

Usah bimbang dara hilang akibat aktif bersukan. Selagi tidak pernah mengalami perdarahan di bahagian sulit semasa bersukan, terlalu kecil sekali kemungkinan untuk dara “hilang”. Kalau berlaku pun sukan yang lasak, berkuda dan berbasikal mungkin boleh menyebabkan selaput dara tercedera.

Katakanlah selaput dara saudari terkoyak semasa bersukan, persoalannya adalah saudari di kira tidak mempunyai dara? Dara akan hilang sekiranya berlaku persetubuhan dan bukannya sebab-sebab lain seperti bersukan atau masturbasi. Juga ada selaput dara yang tidak koyak semasa hubungan seksual banyak kali. Adakah mereka ini masih dara?

Tidak perlu memberitahu bakal suami sama ada dara masih ada atau tidak. Kehilangan dara tidak sama sekali mengganggu keintiman malam pertama. Kebenarannya apabila selaput terkoyak masa hubungan seksual boleh menyakitkan.

Dara Mungkin Hilang Dengan Perbuatan Memasukkan Jari

Perbuatan memasukkan jari ke dalam vagina berkemungkinan besar menyebabkan selaput dara atau hymen koyak. Ini kerana hymen adalah selaput nipis yang menyelaputi separuh dari pembukaan vagina. Ia adalah sebahagian daripada struktur yang dikenali sebagai vulva iatu kemaluan luar wanita (external genitalia).

Hymen ini mempunyai pelbagai bentuk. Bentuk yang sering ditemui ialah bulan sabit. Oleh kerana ia adalah struktur yang nipis, hymen mudah koyak.

Bukan saja akibat memasukkan jari atau hubungan seks, hymen boleh koyak ketika aktif dalam sukan. Aktiviti lasak dan ketika kecederaan pada vagina, proses memasukkan tampon ke dalam vagina juga boleh menyebabkan kecederaan pada hymen.

Malam Pertama Tidak Berdarah

Tidak semestinya wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara. Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya.

Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal, ada pula yang nipis seperti sehelai kertas. Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj (bentuk cecincin), mempunyai sambungan di tengahnya (septate), menutupi keseluruhan bukaan faraj lubang halus menembusinya (fenestrasi), malah ada yang menutup terus (imperforate).

Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah, ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah. Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan.

Nama selaput dara juga mungkin mengelirukan kerana bagi kebanyakan perempuan, ia tidaklah menyelaputi keseluruhan bukaan faraj, tetapi hanya seperti cecincin nipis yang mengelilingi tepian faraj terbabit. Lubang di tengahnya membolehkan aliran darah haid atau lelehan faraj keluar.

Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan. Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik.

Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan. Hubungan seks eloklah dilakukan dalam keadaan si isteri sudah bersedia agar ia dapat dinikmati bersama.

Namun, ini tidak bermakna jika isteri tidak bersedia, pendarahan akan berlaku. Jika benar, sudah tentu ia dialami ibu lain yang didatangi suaminya dalam keadaan yang belum atau tidak bersedia.

Kadangkala, pendarahan boleh disebabkan luka pada sempadan di antara bibir kemaluan dengan bukaan faraj bahagian belakang (dinamakan fourchette posterior), ia boleh mengalami luka laserasi dan menyebabkan kesakitan pada setiap kali penetrasi hubungan seks.

Pemeriksaan Dara

Kerap kali apabila hymen mengalami kecederaan, akan berlaku sedikit pendarahan.

Hymen sukar dilihat dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat oleh doktor yang dilatih dalam bidang perbidanan dan sakit puan.

Vagina adalah struktur yang dikelilingi oleh otot dan pembesaran lubang vagina hanya akan berlaku semasa proses melahirkan bayi atau selepas wanita mengalami menopause.

Bagaimanapun, untuk mengesahkan sama ada hymen terkoyak atau tidak, pakar perbidanan dan sakit puan perlu dirujuk. Melalui pemeriksaan fizikal, doktor boleh memberitahu status hymen atau dara.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/1Lu0qhRrIow&hl=en_US&fs=1?rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube-nocookie.com/v/1Lu0qhRrIow&hl=en_US&fs=1?rel=0" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/fvvpVVQGUtc&hl=en_US&fs=1?rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/fvvpVVQGUtc&hl=en_US&fs=1?rel=0" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

Pil Perancang Marvelon
Pil perancang berhormon kombinasi seperti Marvelon digunakan dalam rawatan haid tidak teratur.

Haid bukan saja dijangka menjadi teratur, bahkan jumlah pendarahannya juga akan berkurangan, lebih-lebih lagi dengan kandungan dos hormon estrogen (30 mikrogram ethinyl estradiol) yang terkandung dalam pil Marvelon itu, dengan syarat ia diambil mengikut aturan (setiap pusingan selama 21 hari dan diambil pada waktu yang sama).

Terlupa mengambilnya, tidak mengikut waktu yang sama dan masalah serapan usus (seperti muntah-muntah atau cirit-birit), semuanya boleh menyebabkan paras hormon terbabit berkurangan dan mengganggu kawalan haid, malah boleh mengakibatkan kemungkinan hamil.

Keadaan yang sama juga boleh berlaku jika seseorang tidak serasi dengan jenama pil yang mengandungi dos estrogennya yang lebih rendah (dipanggil ultra-rendah) iaitu serendah 20 mikrogram ethinyl estradiol saja.

Umumnya kandungan estrogen pil perancang adalah sebanyak 30 dan 20 mikrogram. Secara prinsipnya, pil perancang elok diambil dalam dos estrogen yang paling rendah bagi mengurangkan kesan sampingannya (termasuk loya, trombosis salur darah dan seumpamanya), namun masih dapat mengekalkan keupayaan tindakannya iaitu mencegah kehamilan.

Jika wanita itu mengalami gangguan kitaran haid dengan dos estrogen ultra-rendah ini, eloklah bertukar kepada dos 30 mikrogram seperti Marvelon yang anda ambil. Cuma ironinya, pil berdos ultra-rendah lebih mahal berbanding pil dos rendah.

Untuk pengetahuan, pil Marvelon termasuk dalam kategori dos rendah. Dos tinggi merujuk kepada kandungan estrogen melebihi 50 mikrogram, ini sudah lama tiada lagi di pasaran.

Cara pengambilan pil (ketepatan waktunya serta pengambilan ubat atau bahan lain yang mengubah keberkesanannya) perlu diteliti.

Dr. Adilah Ahmat

Payudara Kecil Jejas Keyakinan Diri
Payudara kecil boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang wanita. Ada yang mempunyai masalah payudara bersaiz kecil samada berdiri ataupun baring melintang, payudara seperti tidak kelihatan bentuknya. Dengan keadaan begini, menyebabkan wanita tidak ada keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai malah kadangkala rasa malu.

Fakta Payudara

Setiap individu wanita mempunyai payudara dengan kadar saiz berbeza. Ada wanita bertubuh kecil tetapi mempunyai payudara bersaiz besar, sebaliknya ada wanita mempunyai rangka tubuh besar tetapi payudaranya seolah-olah tidak kelihatan.

Malah payudara seseorang juga lazimnya tidak sama saiz di antara keduanya, ini perkara lazim.

Saiz payudara lebih berkait kepada keturunan (ibu atau nenek kita). Ia juga bergantung kepada saiz atau banyaknya tisu kelenjar payudara dan lelemak yang dipunyai seseorang wanita.

Penambahan berat badan juga menambah saiz payudara kerana sebahagian payudara dibentuk oleh lelemak yang menjadikan payudara berasa lembut apabila dipegang.

Selain lelemak, payudara banyak dibentuk oleh kelenjar dan tisu berserat serta tisu perantara yang menjadikan payudara pejal.

Saiz payudara juga boleh dirangsang oleh hormon estrogen dan progesteron (itulah sebabnya wanita hamil mengalami pembesaran payudara). Ia juga ada diubahsuai saiz dan bentuknya, sama ada semakin besar atau semakin kecil melalui pembedahan moden atau implan.

Pembentukan payudara bermula sewaktu kita masih di dalam rahim ibu. Menghampiri baligh (kedatangan haid pertama), payudara memulakan perkembangannya dan ia berterusan sehingga baligh.

Pada usia baligh ini, tubuh atau payudara sudah bersedia untuk berkembang bagi menghadapi kemungkinan kehamilan dan kelahiran bayi. Sewaktu kehamilan pula, tisu payudara mengalami pembesaran lanjut. Pada usia anda, mungkin ia berkait dengan berat badan yang kurang ideal iaitu anda terlalu kurus, ia juga mungkin berkait dengan keturunan.

Mengambil hormon untuk merangsang pembesaran pula boleh memberi kesan sampingan yang mungkin membahayakan kelak.

Saiz payudara tidak mempengaruhi keupayaannya untuk menghasilkan susu badan, ia juga tiada kaitan dengan peningkatan atau penurunan risiko seseorang mungkin mengalami barah payudara.

Asalkan anda masih perlu memakai coli (menandakan payudara kita sebenarnya kelihatan), boleh menyusukan badan kelak, tidak mengalami barah sewaktu hayat anda, menerima keadaan payudara seadanya adalah lebih baik.

Dr. Adilah Ahmat

Cegah barah Pangkal Rahim
Sariha Mohd Ali daripada Berita Harian melaporkan, masih ramai yang memandang remeh berhubung penyakit barah pangkal rahim walaupun ia menjadi pembunuh kedua wanita selepas barah payu dara. Mengikut kajian, setiap dua minit wanita mati di seluruh dunia akibat barah pangkal rahim, manakala setiap empat minit kes sama berlaku di kawasan rantau Asia Pasifik.

Ada kalanya, kematian itu membabitkan wanita muda yang tidak sepatutnya menjadi mangsa kerana mereka masih diperlukan untuk mendidik anak-anak dan mengurus keluarga, tetapi penyakit berkenaan tidak memilih mangsa sama ada tua atau remaja.

Walaupun ia agak menakutkan, barah pangkal rahim sebenarnya boleh dielakkan jika wanita mengambil langkah pencegahan awal menerusi suntikan vaksin bagi mencegah serangan virus Human Papillomavirus atau Papiloma Manusia (HPV) yang menjadi punca penyakit berkenaan atau menahan daripada terjadinya barah pangkal rahim bagi mereka yang sudah dijangkiti HPV.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr Abdul Aziz Yahya, berkata antara punca berlakunya barah pangkal rahim ialah wanita merokok, menggunakan pil perancang keluarga dalam tempoh lama, jangkitan HIV dan kerap melahirkan anak.

“Pengambilan vaksin hanya mampu mencegah 70 peratus daripada berlakunya barah pangkal rahim dan sebab itu, kita juga menggalakkan wanita supaya membuat pemeriksaan pap smear atau lumuran pap setiap tahun.

“Ini kerana, jika wanita mengalami tanda menghidap penyakit barah pangkal rahim, ianya dapat dikesan lebih awal melalui lendir yang diambil ketika melakukan ujian pap smear,” katanya dalam ceramah bertajuk `Barah Pangkal Rahim – Barah yang Boleh Dielakkan’ anjuran The New Straits Times Press (NSTP) Bhd dengan kerjasama GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Abdul Aziz berkata, wanita di Malaysia masih kurang melakukan ujian pap smear dan setakat ini, tiada undang-undang yang mewajibkan mereka berbuat demikian.

Katanya, tiada alasan untuk mereka enggan menjalani ujian berkenaan berikutan kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan sudah bertambah baik termasuk di kawasan kampung.

“Ada lima tahap barah iaitu jika berada pada tahap pertama, peluang mangsanya untuk hidup ialah 80 peratus, diikuti tahap kedua (55 peratus), tahap ketiga (25 peratus) dan hanya sembilan peratus untuk hidup bagi mereka yang berada pada tahap keempat.

“Jadi, lebih penting kita mencegah penyakit berbahaya itu lebih awal dengan mengambil suntikan vaksin dan disusuli pemeriksaan pap smear secara berkala,” katanya.

Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan 100 wanita di negara ini mendapati 23 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak perlu melakukan pap smear kerana menganggap tidak mungkin menghidap barah pangkal rahim.

Antara lain, faktor kesibukan menjadi penghalang dengan 18 peratus, diikuti malu (9.6 peratus) dan tidak pernah mendengar langsung (20 peratus).

Mengulas simptom barah pangkal rahim, Abdul Aziz berkata, wanita perlu melakukan pemeriksaan segera jika mengalami tanda luar biasa pada dirinya seperti haid tidak tetap, warna darah haid berbeza, berlaku pendarahan selepas bersama suami dan keluar lendir dengan warna berbeza berbanding biasa daripada vagina wanita terbabit.

“Mereka yang terdedah kepada penyakit barah pangkal rahim biasanya di kalangan wanita yang kerap melakukan hubungan kelamin kerana virus HPV diperoleh menerusi hubungan seks dengan lelaki.

“Ini bermakna, mereka yang berusia 45 tahun ke bawah, dinasihat mengambil suntikan dalam bentuk tiga dos ini yang mampu bertahan sehingga minimum sembilan tahun. Mungkin harga suntikan ini agak mahal iaitu antara RM600 hingga RM1,000, tetapi ia lebih baik berbanding penderitaan yang dilalui dan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan jika sudah diserang barah pangkal rahim,” katanya.

Fakta: Barah pangkal rahim

Punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun.

Di Asia Pasifik, dianggarkan 266,000 kes barah pangkal rahim disahkan setiap tahun dengan kira-kira 143,000.

Ujian pap smear membolehkan doktor mengesan tanda awal barah pangkal rahim menggunakan prosedur kolposkopi iaitu peralatan mikroskop khas untuk melihat dinding serviks secara langsung.

oleh: Sariha Mohd Ali (Berita Harian)

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/3tvxZvRY78M&hl=en_US&fs=1?rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/3tvxZvRY78M&hl=en_US&fs=1?rel=0" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

<object width="560" height="340"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/GbsLeuCA3LQ&hl=en_US&fs=1?rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/GbsLeuCA3LQ&hl=en_US&fs=1?rel=0" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="560" height="340"></embed></object>