Seksi Malaysia » Perubatan

Obesiti kurang peluang hamil
obesiti-kurang-hamil

# Adakah berbahaya jika tidak melakukan cucian selepas keguguran?

# Saya mengalami masalah obesiti, adakah itu punca keguguran?

# Adakah boleh menggunakan penyembur serangga di dalam rumah ketika hamil?

CUCIAN selepas keguguran hanya perlu jika masih ada sebahagian tisu kehamilan yang tertinggal dalam rahim.

Jika tisu kandungan sudah habis keluar, cucian keguguran boleh menyebabkan komplikasi pula. Pemeriksaan doktor penting untuk memastikan sama ada seseorang itu perlu menjalani cucian (tisu kandungan masih ada) atau sebaliknya.

Obesiti pula bukan saja mengurangkan peluang seseorang untuk hamil, tetapi juga lebih berisiko mengalami keguguran. Masalah ini berlaku bukan saja secara sendirinya, ia juga berlaku apabila seseorang menjalani rawatan walaupun secara IVF. Eloklah anda menurunkan berat badan menjadi ideal dengan cara mengubah suai komposisi diet dan amalan senaman. Buat permulaan, tidak perlu meletak sasaran yang terlalu tinggi, kajian sudah pun menunjukkan kejayaan kehamilan apabila seseorang mengurangkan berat badan lima hingga 10 peratus.

Penyembur nyamuk lazimnya dibuat dalam dos yang selamat untuk manusia, sama ada bayi atau wanita hamil.

Ia juga direka bagi tujuan keselamatan iaitu apabila dipicit, semburan yang keluar adalah bertentangan dan menjauhi muka serta mata kita.

Namun ini tidak bermakna anda semestinya boleh terus menyembur banyak dengan kehadiran ramai. Seeloknya apabila semburan dibuat, elakkan daripada menyedut terus semburan terbabit, setelah itu bilik berkenaan ditutup dan ditinggalkan selama beberapa minit.

Dr. Adilah Ahmat

Nafsu Seks Kurang Selepas Beranak
Ada wanita 30-an yang sudah berkhawina dingin atau hilang nafsu seks selepas melahirkan anak. Ada yang mencuba pelbagai cara termasuk mengambil jamu dan berurut tetapi tidak menjadi.

Nafsu seks wanita lazimnya lebih kompleks berbanding lelaki. Bukan saja ia kurang jelas memandangkan wanita tidak mengalami ereksi yang nyata, nafsunya juga mempunyai hubung kait dengan pelbagai aspek seperti:

penampilan fizikal,

emosi,

hubungan sosial bersama suami,

persekitaran,

stres sebagai ibu,

perasaan rendah diri sebagai wanita yang semakin berusia,

penyusuan badan,

kegemukan,

gangguan hormon dan seumpamanya.

Eloklah anda mulakan dengan perbincangan dari hati ke hati bersama suami, kemudian mendapatkan nasihat profesional daripada pakar sakit puan, pakar psikologi atau pakar psikiatri. Kebiasaannya ia berkait dengan perasaan atau emosi dan bukan masalah fizikal. Anda tidak perlu malu untuk berjumpa pakar psikiatri.

Semakin ramai pasangan berani tampil mendapatkan bantuan pakar itu walaupun masih ada yang bimbang atau malu seolah-olah mereka akan dipandang serong atau kurang siuman jika berjumpa pakar psikiatri. Bidang psikiatri sebenarnya lebih luas daripada itu. Ramai antara kita yang tidak menyedari mengenai gangguan stres yang dialami, teknik dan rawatan ubatan (hanya jika perlu) profesional daripada mereka dapat membantu kita menangani stres.

Hubungan seks suami isteri dituntut dan halal di sisi Islam.

Dr. Adilah Ahmat

Pil Perancang Marvelon
Pil perancang berhormon kombinasi seperti Marvelon digunakan dalam rawatan haid tidak teratur.

Haid bukan saja dijangka menjadi teratur, bahkan jumlah pendarahannya juga akan berkurangan, lebih-lebih lagi dengan kandungan dos hormon estrogen (30 mikrogram ethinyl estradiol) yang terkandung dalam pil Marvelon itu, dengan syarat ia diambil mengikut aturan (setiap pusingan selama 21 hari dan diambil pada waktu yang sama).

Terlupa mengambilnya, tidak mengikut waktu yang sama dan masalah serapan usus (seperti muntah-muntah atau cirit-birit), semuanya boleh menyebabkan paras hormon terbabit berkurangan dan mengganggu kawalan haid, malah boleh mengakibatkan kemungkinan hamil.

Keadaan yang sama juga boleh berlaku jika seseorang tidak serasi dengan jenama pil yang mengandungi dos estrogennya yang lebih rendah (dipanggil ultra-rendah) iaitu serendah 20 mikrogram ethinyl estradiol saja.

Umumnya kandungan estrogen pil perancang adalah sebanyak 30 dan 20 mikrogram. Secara prinsipnya, pil perancang elok diambil dalam dos estrogen yang paling rendah bagi mengurangkan kesan sampingannya (termasuk loya, trombosis salur darah dan seumpamanya), namun masih dapat mengekalkan keupayaan tindakannya iaitu mencegah kehamilan.

Jika wanita itu mengalami gangguan kitaran haid dengan dos estrogen ultra-rendah ini, eloklah bertukar kepada dos 30 mikrogram seperti Marvelon yang anda ambil. Cuma ironinya, pil berdos ultra-rendah lebih mahal berbanding pil dos rendah.

Untuk pengetahuan, pil Marvelon termasuk dalam kategori dos rendah. Dos tinggi merujuk kepada kandungan estrogen melebihi 50 mikrogram, ini sudah lama tiada lagi di pasaran.

Cara pengambilan pil (ketepatan waktunya serta pengambilan ubat atau bahan lain yang mengubah keberkesanannya) perlu diteliti.

Dr. Adilah Ahmat

Masalah Seks- Ejakulasi Awal (Premature Ejaculation)
Masalah seks ejakulasi awal, dialami oleh 29 peratus lelaki di Malaysia mengikut satu kajian.

Masalah seks premature ejaculation (PE) atau ejukulasi pra matang yang dialami lelaki Malaysia kebanyakanny tidak dapat menerima hakikat ini. Malau, rasa bersalah, resah serta enggan menerima kenyataan, begitulah reaksi yang ditunjukkan lelaki di Malaysia yang menghadapinya. PE adalah salah satu daripada masalah seks yang bersifat umum di kalangan lelaki. Namun, pemahaman mengenai PE masih pada tahap rendah.

PE juga dikatakan menjadi antara punca masalah rumah tangga serta mencetus isu dalam hubungan intim antara kebanyakan pasangan di rantau Asia Pasifik. Sehubungan itu, lelaki yang menghadapi masalah PE seharusnya mendapatkan nasihat perubatan dan menjalani rawatan mengatasinya. Hasil Kajian Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Awal Asia Pasifik (AP PEPA) terhadap 5,000 responden lelaki yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan, tahap kesedaran mengenai PE di rantau ini masih rendah.

Dalam kajian itu, responden diminta menilai sendiri sama ada mereka menghidap PE atau tidak. Responden juga dikehendaki menjawab soal selidik Alat Diagnostik Ejakulasi Awal (PEDT) bagi membuat penilaian objektif sama ada mereka menghidap PE ataupun sebaliknya.

Berdasarkan hasil tinjauan, didapati kira-kira 29 peratus lelaki di Malaysia mungkin menghadapi masalah PE manakala 31 peratus lelaki di rantau Asia Pasifik mungkin menghadapi masalah sama.

Bagaimanapun, kajian itu mendapati, lelaki secara umumnya keberatan membincangkan isu PE secara terbuka atau mendapatkan nasihat dan rawatan profesional membabitkan masalah disfungsi seks. Ini kerana tindakan seumpama itu mungkin dianggap memalukan.

Hasil tinjauan juga menunjukkan 66 peratus responden tidak tahu apa sebenarnya masalah PE atau disfungsi erektil (ED). Ini mungkin menjadi faktor mengapa mereka berat hati untuk membincangkannya.

Hasil kaji selidik itu dibentangkan pada Mesyuarat Dwitahunan Ke-12, Persatuan Perubatan Seksual Asia Pasifik yang diadakan di Singapura, Disember lalu. Pada mesyuarat itu, panel pakar kesihatan seks berbincang dan meninjau implikasi dari kajian yang dikendalikan.

Pakar Runding Urologi Universiti Malaya, Dr George Lee berkata, golongan lelaki perlu menyedari PE adalah masalah perubatan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan.

“Namun, berita baik bagi mereka ialah masalah PE boleh dirawat. Saya tahu mungkin sukar untuk membincangkan hal intim tetapi mereka tidak keseorangan dan bantuan boleh didapati.

“Kesan PE terhadap lelaki dan pasangan boleh menjejaskan hubungan. Ini bukan saja masalah yang menyentuh soal harga diri atau kejantanan, bahkan ia memberi kesan besar terhadap kepuasan wanita serta hubungan pasangan secara keseluruhan.” katanya.

Dr Lee berkata, PE merujuk kepada disfungsi seks umum yang mungkin dialami sejak hubungan seks pertama atau tempoh selepas itu. Masalah ini ditakrifkan Persatuan Perubatan Seks Antarabangsa sebagai ‘disfungsi seks lelaki’ dengan ciri-ciri seperti:

Ejakulasi yang sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum atau bagi tempoh kira-kira seminit selepas persetubuhan (kemasukan zakar ke dalam vagina); dan

kegagalan menangguhkan ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersetubuh; dan

menyebabkan kesan peribadi yang negatif termasuk kegelisahan, gangguan, keresahan dan/atau keputusan untuk mengelak daripada melakukan hubungan seks.

“Lelaki tidak harus terus menderita dalam diam. Tinjauan serantau ini menunjukkan ramai yang tidak sanggup tampil mendapatkan rawatan kerana bimbang dipandang serong atau rasa malu.

“Kaum lelaki perlu sedar bahawa untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan, mereka tidak seharusnya membiarkan masalah yang boleh dirawat menjejaskan keupayaan mereka menikmati hubungan seks yang memuaskan bersama pasangan,” katanya.

Hasil Kajian Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Awal Asia Pasifik (AP PEPA)

Hasil tinjauan mendedahkan ramai responden yang disahkan mengalami masalah PE menafikan masalah mereka. Kira-kira dua pertiga daripada responden yang didapati menghidap PE melalui PEDT (PEDT= 11) tidak menganggap diri mereka menghadapi masalah itu. Seramai 31 peratus disahkan melalui PEDT sebagai menghidap PE atau mungkin menghidap PE, tapi hanya 13 peratus mengakui mereka mengalami PE.

Hasil tinjauan mendapati 29 peratus lelaki di Malaysia mungkin menghadapi masalah PE. Malaysia menunjukkan peratusan responden tertinggi yang berpendapat bahawa peningkatan tempoh masa akan menambah baik hubungan seks atau hubungan keseluruhan mereka dengan pasangan masing-masing, berbanding responden dari Indonesia dan Filipina.

Responden yang didapati menghidap PE melalui PEDT menyatakan mereka berasa lebih resah mengenai berapa lama mereka dapat menahan ejakulasi (21 peratus) berbanding dengan golongan yang tidak disahkan menghidap PE (empat peratus).

Responden juga kecewa dengan tahap kawalan mereka terhadap ejakulasi (23 peratus) berbanding mereka yang tidak disahkan menghidap PE (dua peratus). Secara keseluruhannya, golongan lelaki amat resah dengan masa yang singkat sebelum ejakulasi dan kegagalan mengawal ejakulasi mereka.

Perbezaan PE dan ED

SELAIN tahap kesedaran yang rendah, kajian PEPA juga mendapati tahap kefahaman yang cetek mengenai PE di rantau ini. Malangnya, hingga 35 peratus daripada responden berpendapat PE dan ED adalah lebih kurang sama.

Hampir separuh daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat bagi ED. Seorang dalam setiap tiga responden percaya PE langsung tidak boleh dirawat dengan berkesan.

Kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan memainkan peranan penting dalam menentukan masa ejakulasi.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Pendidikan Berterusan di Universiti Valparaiso , Prof. David Rowland berkata, matlamat utama bagi terapi PE adalah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi.

“Matlamat utama bagi terapi PE, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku adalah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi yang mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya, atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul disebabkan masa ejakulasi,” katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Fakulti Sains Kesihatan, University of Sydney merangkap Pengarah Pusat Kesihatan Seks Australia di Sydney, Australia, Prof Chris McMahon berkata, rawatan yang betul boleh menamatkan kekecewaan yang dialami penghidap PE dan pasangan seks mereka.

“Malangnya, situasi bertambah buruk kerana doktor dan pesakit tidak membincangkan perkara berhubung seks seperti sepatutnya kerana rasa malu atau kerana tanggapan buruk yang dikaitkan dengannya.

“Sementara itu, wanita pula rasa berat hati untuk membincangkan perkara ini dengan pasangan lelaki mereka sedangkan kami dapati ramai lelaki akan mendapatkan nasihat doktor jika didorong oleh pasangan mereka,” katanya.

Kajian PEPA adalah kajian komprehensif terbesar membabitkan lebih daripada 5,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun, meliputi 10 negara dan wilayah Asia Pasifik merangkumi Australia, New Zealand, China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Filipina.

PEDT adalah soal selidik mesra pengguna, serba ringkas dan pelbagai dimensi berasaskan laporan sendiri untuk mengesahkan ejakulasi awal. Soal selidik kuantitatif ini menilai berasaskan markah. Dalam kajian ini, markah dicirikan seperti berikut:

# 8 atau ke bawah: subjek tidak menghidap PE.

# 9 dan 10: subjek mungkin menghidap PE.

# 11 dan ke atas; subjek menghidap PE.

Penjagaan Zakar- Urut, Minyak Bayi, Minyak Lintah, Gambir Sarawak?
Urut Zakar Boleh Merosakkan Zakar

Mungkin anda tidak tahu zakar tidak boleh diurut seperti mengurut otot badan kerana ia bukan otot.

Jadi amalan urutan yang dilakukan tukang urut boleh merosakkan zakar apabila ia dilakukan secara kasar dan ganas seperti menariknya dengan kuat atau memulasnya dengan kuat, kononnya untuk meningkatkan perjalanan darah.

Kesan buruk mengurut zakar hanya kelihatan beberapa bulan kemudian apabila wujud ketulan keras dalam otot zakar dan bentuk zakar mula berubah!

Minyak Bayi- Berbau dan Sukar Dibersih

Minyak bayi seperti yang anda gunakan memang boleh digunakan untuk membelai anggota kelamin kerana ia mesra kulit dan tidak memudaratkan kulit anggota kelamin.

Bagaimanapun, apabila minyak itu digunakan untuk persetubuhan, ia meninggalkan bekas campuran minyak dengan cecair dalam faraj dan sukar dibersihkan, selain memberi tanda kepada pakaian dalam dan berbau.

Minyak Lintah Menyebabkan Pendarahan Zakar

Minyak lintah tidak sesuai kerana jika bahan mencairkan darah memasuki tisu zakar, ia boleh mengakibatkan pendarahan berpanjangan kerana proses kebekuan darah tergendala.

Gambir Sarawak Menyebabkan Radang Zakar

Begitu juga dengan minyak atau krim mengandungi gambir Sarawak yang meradang kulit dan menekan urat saraf kulit secara ketara sehingga kulit zakar hilang rasa dan tidak mudah mencapai klimaks.

Guna Minyak atau Krim Khusus untuk Seks

Mustahak untuk lelaki gunakan minyak atau krim yang mesra kulit dan tidak merosakkan kulit sehalus kulit anggota kelamin lelaki atau perempuan.

Jangan mudah percaya dengan minyak atau krim yang mengarut tu, lebih-lebih lagi krim dan minyak yang tidak pernah diujii.

Gunakan gel yang larut dalam air untuk kelicinan dan kelembapan yang diyorkan sahaja untuk seks. Ia juga mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan bau atau tanda kepada pakaian.

Kegunaan Gambir Sarawak untuk Seks Merosakan Zakar
Gambir Sarawak adalah perosak urat saraf atau perosak mukosa kepala zakar. Oleh itu, jangan gunakan  gambir Sarawak untuk tujuan Seks.

Kepala zakar atau ‘glans penis’ mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’ yang membuatkan bahagian itu mudah terangsang untuk menyampai maklumat rangsangan itu kepada otak untuk mencetuskan klimaks.

Bagi sesetengah individu, perasaan sensitif itu ketara menyebabkan  setiap kali mengadakan hubungan seks bersama isteri, kepala zakar terasa ngilu walaupun baru bermula.

Cara melegakan perasaan itu ialah menggunakan krim pelali atau pengebas atau ‘anaesthetic’ untuk disapukan ke kepala zakar.

Selepas beberapa minit apabila bahagian itu kebas dan rasa terkawal, ia boleh dibersihkan dan hubungan seks dilakukan tanpa mengalihkan perasaan kebas itu kepada isteri.

Anda juga boleh dapatkan krim itu melalui doktor anda kerana krim terbabit hanya boleh diberi melalui nasihat doktor.

Gambir Sarawak sebenarnya boleh mendatangkan radang kulit, sekali gus merosakkan tisu dalaman dan sebab itu apa saja bahan sapu yang mengandunginya tidak boleh digunakan untuk tujuan hubungan kelamin kerana kesannya kepada kulit dan mukosa anggota kelamin.

Jika kulit dan mukosa anggota kelamin radang, ia tidak terlindung daripada jangkitan kuman, kulat atau virus, sebab itu hindarkan daripada menggunakan krim mengandungi gambir Sarawak.

Barah Payudara- 4,000 Kes Baru Setahun
Barah payudara dikesan pada lebih 4,000 wanita di negara ini setiap tahun. 30 peratus daripadanya berada pada tahap kronik.

Barah payudara dilaporkan ‘menyerang’ semua kaum, tetapi paling ramai penghidap adalah kaum Cina diikuti Melayu dan India.

Menurut Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya (K) Fuad, banyak faktor risiko yang menyumbang kepada barah itu antaranya genetik, sejarah barah payu dara dalam keluarga, umur mula haid sebelum 12 tahun, putus haid selepas 50 tahun, tidak pernah mengandung atau melahirkan anak pada usia lebih 35 tahun.

Faktor risiko lain, tambah beliau, adalah pemakanan dan gaya hidup yang dilalui.

Sementara itu, beliau berkata, barah payu dara adalah antara barah yang mempunyai kaedah bagi mengesannya lebih awal.

Dr. Fuad Ismail berkata, jumlah itu menunjukkan kesedaran kaum wanita untuk membuat pemeriksaan kesihatan payudara adalah kurang.

“Ada pesakit yang dikesan menghidapi barah ini pada peringkat awal, tetapi tidak mahu menjalani pembedahan disebabkan beberapa faktor termasuk takutkan rawatan susulan yang mana ia penting untuk membunuh sel barah.

“Sikap ini menyebabkan barah mereka merebak ke tahap lebih kronik iaitu pada peringkat tiga dan empat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena kempen Minggu Kesedaran Kanser Payudara bertemakan Hargailah Dirimu selama empat hari yang berakhir hari ini di PPUKM di sini.

Turut hadir pada kempen anjuran PPUKM dan Majlis Kanser Nasional (Makna) itu ialah Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM, Profesor Datuk Dr. Lokman Saim serta Presiden Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin.

Fuad berkata, ada juga beberapa kes yang mana pesakit mengambil alternatif sendiri dengan mengambil makanan tambahan kesihatan yang mereka anggap mampu menyembuhkan barah tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mereka sebenarnya tidak menyedari barah itu sebenarnya perlu dibedah dan dirawat.

“Saya ingin menegaskan makanan tambahan patut diambil selepas sel barah hilang,” katanya.

Justeru, beliau menasihati pesakit agar tidak terikut-ikut promosi pihak tertentu mengenai makanan tambahan tersebut.

Laporan Utusan 26 Okt 2009

Rawatan Mandul Lelaki
Ramia lelaki mandul tidak tahu yang merakanya mandul. Disebabkan ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi ramai lelaki, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur. Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri.

Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi. Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur.

Jika ada ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal.

Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda masalah kepada kilang spermanya.

Yang perlu dilakukan ialah pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur yang dikenali sebagai orkodometer untuk menyukat isi padu buah zakar kerana jika saiz kurang daripada 10 mililiter (mm), kemungkinan kilang tidak aktif.

Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat kemendapan darah.

Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal. Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan.

Jika hormon kesuburan rendah atau rendah tapi dalam lingkungan normal, ubat penyubur boleh diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan dengan ubat penyubur.

Selain ubat penyubur, rawatan alternatif dengan herba tertentu boleh dicuba jika didapati tiada sebab kenapa sperma kurang dan kualiti sperma tidak sempurna.

Di pasaran, beberapa herba pernah dikaji dan herba ini perlu dimakan untuk beberapa bulan (kira-kira tiga hingga enam bulan) sebelum ujian air mani diulangi.

Cuma, ingin saya nasihatkan sesiapa yang berhasrat untuk mencuba herba itu, pastikan anda sudah menjalani pemeriksaan kesuburan untuk lelaki secara teliti kerana tidak perlu menggunakannya jika tiada sebarang masalah.

Masalah Lelaki Buah Dada Besar
Buah dada besar ada pada lelaki dianggap agak lucu dan sangat memalukan dan membuatkan lelaki, terutama yang masih muda berasa kurang yakin dengan penampilan diri sendiri. Lelaki tidak sepatut mempunyai buah dada, dada lelaki sepatutnya leper dan berotot tetapi apabila bahagian ini ‘membengkak’, ia akan membuatkan seseorang individu itu tidak selesa dengan bentuk badannya. Malah, mereka biasanya menjadi bahan usikan ahli keluarga atau rakan sebaya. Lebih memalukan jika puting buah dada jelas kelihatan.

Ia menyebabkan mereka malu untuk membuka baju di depan rakan lelaki atau terpaksa memakai singlet (baju dalam) sepanjang masa walaupun ketika bersenam supaya keadaan yang kurang menyenangkan itu tidak menjadi tumpuan atau mencuri pandangan orang lain. Dalam kes lebih teruk, ada lelaki membalut dada mereka dengan kain panjang supaya dada nampak leper.

Masalah yang meresahkan lelaki ini dipanggil ginekomastia. Dari segi perubatan ginekomastia ditakrif sebagai pembesaran benigna (tidak merebak) buah dada lelaki yang boleh berlaku pada semua peringkat umur, termasuk orang tua.

Walaupun masalah ginekomastia ini lebih kerap dilihat pada lelaki yang sangat gemuk atau obes. Pun begitu ada juga sebilangan kecil lelaki yang mempunyai buah dada besar meskipun mereka tidak gemuk; terutama jika mereka melakukan senaman bina badan seperti angkat berat dan makan makanan protein atau menjalani rawatan suntikan hormon. Ginekomastia berlaku apabila keseimbangan hormon lelaki (androgen) dan hormon perempuan (estrogen) terganggu. Setiap orang mempunyai kedua-dua hormon ini pada keseimbangan tertentu yang memberi bentuk atau sifat kelelakian atau kewanitaan. Pada lelaki, antara kesan akibat berlebihan hormon estrogen ialah buah dada menjadi besar atau ginekosmastia. Ia juga mungkin disebabkan tisu buah dada lelaki menjadi lebih sensitif pada hormon estrogen walaupun hormon estrogen berada pada tahap biasa, kata Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik, Dr Heng Kien Seng. Ginekomastia boleh berlaku dalam tiga peringkat iaitu:

# Bayi dan kanak-kanak – Bayi lelaki memang mempunyai banyak hormon wanita yang diperoleh daripada ibu (ketika dalam kandungan) dan dianggarkan 60 hingga 90 peratus bayi lelaki mengalami ginekomastia. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana akan hilang atau susut sendiri dalam masa beberapa bulan apabila bayi semakin besar.

# Akil baligh – Pada keadaan ini berlaku ketidakseimbangan hormon dan ia juga adalah perkara normal yang biasanya bermula ketika kanak-kanak lelaki berumur 10 hingga 12 tahun. Saiz buah dada akan susut sendiri secara perlahan-lahan dalam masa tiga hingga empat tahun. Walaupun boleh berlarutan sehingga selepas berumur 17 tahun tetapi ia jarang berlaku.

# Pertengahan umur dan lebih tua (melebihi umur 45 tahun) – Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku pada orang dewasa antaranya kekurangan hormon androgen (masalah biasa di kalangan lelaki berumur); ada bahagian badan lain yang menukar hormon androgen kepada estrogen (daripada hormon lelaki kepada hormon perempuan) atau akibat pengambilan ubat tertentu.

“Biasanya pembesaran buah dada lelaki berlaku pada dua-dua belah. Namun, ada juga yang berlaku pada sebelah dada saja. Sehingga kini tiada siapa yang tahu mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku.

“Bagi lelaki, terutama lelaki muda keadaan ini sangat memalukan khususnya jika buah dada mereka lebih besar daripada teman wanita mereka. Mereka akan berasa tidak selesa dan risau dengan penampilan diri khususnya apabila berada di khalayak ramai,” katanya.

Adakah ginekomastia masalah biasa? Tiada kajian khusus mengenainya di negara kita tetapi secara purata ia berlaku antara 25 hingga 60 peratus pada setiap peringkat yang dibincangkan di atas. Di Amerika Syarikat, ginekomastia adalah antara punca paling lazim yang menyebabkan lelaki menjalani penilaian saiz buah dada. Punca Dr Heng berkata, ginekomastia boleh dibahagikan kepada empat kategori mengikut punca iaitu:

# Ginekomastia idiopatik – dilahirkan dengan buah dada yang besar dan punca sebenarnya tidak diketahui. Hampir 25 peratus kes ginekomastia berada dalam kategori ini.

# Ginekomastia puberti (baligh) – Walaupun ginekomastia akan hilang dalam masa tiga atau empat tahun, tetapi 25 peratus kes terus berlarutan sehingga dewasa dan ini menyebabkan mereka diejek atau diusik.

# Pseudoginekomastia (ginekomastia palsu) – Dalam kes ini, pembesaran buah dada bukan disebabkan kehadiran tisu buah dada sebaliknya disebabkan pengumpulan lemak. Ini biasanya berlaku pada lelaki yang sangat gemuk atau obes (25 peratus). Mereka juga adalah antara kumpulan yang sangat sensitif dengan penampilan diri.

# Ginekomastia benar yang disebabkan: a. Pengambilan sesetengah jenis ubat seperti ubat penenang, ubat tidur, ubat gastrik, ubat anti kulat, ubat yang mengandungi hormon estrogen atau mempunyai aktiviti seperti estrogen, ubat yang merangsang penghasilan estrogen dan ubat yang menyekat penghasilan atau tindakan hormon androgen. b. Penyakit – contohnya tumor pada testis (iaitu bahagian yang menghasilkan hormon androgen) menyebabkan fungsi testis terjejas, penyakit hati, Sindrom Klinefelter (lelaki mempunyai bahan baka XXY dan bukan XY seperti lelaki normal), tumor pada kelenjar pituitari, sesetengah jenis kanser (kanser paru-paru, perut dan buah pinggang); kegagalan buah pinggang, sindrom kurang sensitif pada androgen atau hipertiroidisme.

c. Penyalahgunaan dadah seperti heroin dan ganja Malah pengambilan alkohol yang berlebihan juga dikatakan boleh menyebabkan sesetengah lelaki mengalami masalah ginekomastia. Namun bagaimana dan kenapa ia hanya terjadi pada golongan tertentu saja masih menjadi misteri.

Saiz Besar mana yang dikatakan terlalu besar untuk lelaki? Perkara ini sebenarnya sangat subjektif, bergantung kepada penerimaan setiap individu. Ada orang tidak kisah walaupun mempunyai buah dada yang agak besar jika dibandingkan dengan saiz normal. Sebaliknya ada lelaki yang sangat sensitif dan berasa kurang selesa apabila buah dadanya dirasakan ‘tidak normal’ dan ‘timbul’ seperti perempuan.

Namun menurut Dr Heng, secara umumnya buah dada lelaki dikategorikan sebagai besar jika garis pusatnya melebihi empat sentimeter (iaitu ukuran daripada hujung ke hujung bahagian yang ‘bengkak’). Ia boleh dirasa dengan tangan; seperti ada benjolan yang anjal di bawah puting. Dalam sesetengah kes yang serius, buah dada lelaki boleh membesar sehingga melendut ke bawah. “Lelaki yang mengalami ginekomastia bimbang jika ia boleh menyebabkan kanser buah dada. Jangan bimbang kerana benjolan benigna ginekomastia tidak akan berubah menjadi kanser. Ia tiada kena mengena dengan kanser. Bahkan ia juga tidak akan menyebabkan masalah kesihatan lain kecuali ia mungkin menjadi lebih besar dan menimbulkan rasa malu.

“Kebanyakan yang datang mendapatkan rawatan adalah lelaki muda dalam lingkungan 20-an. Pada peringkat inilah isu penampilan diri sangat penting dan mempunyai buah dada besar memang boleh menjejaskan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan orang lain sama, terutama apabila mahu mencari kerja atau pasangan,” katanya.

Benjolan ginekomastia tidak sama dengan kanser buah dada kerana berasa lembut, anjal dan berasa sakit apabila dipicit. Sebaliknya benjolan akibat kanser pula keras. Dr Heng menyarankan supaya lelaki menjalani pemeriksaan mamogram atau biopsi bagi memastikan pembesaran buah dada mereka bukan disebabkan barah Rawatan Rawatan untuk ginekomastia tertakluk kepada puncanya tetapi secara umumnya ia terbahagi kepada dua, iaitu rawatan bukan pembedahan dan pembedahan. Ada banyak kes ginekomastia tidak memerlukan rawatan seperti yang dialami kanak-kanak atau remaja akil baligh kerana saiz buah dada mereka akan susut sendiri secara perlahan-lahan dalam masa beberapa bulan bagi kanak-kanak dan tiga hingga empat tahun bagi ginekomastia puberti (baligh).

Rawatan bukan pembedahan adalah untuk ginekomastia yang disebabkan pengambilan ubat, penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol secara berlebihan. Bagi ginekomastia yang berpunca daripada pengambilan ubat atau dadah, buah dada akan kembali ke saiz asal apabila pengambilan ubat dihentikan. Seandainya ia berpunca daripada penyakit hati, maka pesakit perlulah menjalani rawatan untuk merawat penyakitnya terlebih dulu kerana itu yang lebih utama berbanding saiz buah dada.

Jika masalah ini disebabkan kegemukan atau obesiti, cara terbaik untuk menanganinya ialah menurunkan berat badan secara sihat, iaitu melalui amalan pemakanan yang betul dan bersenam, walaupun mereka boleh menjalani rawatan sedut lemak. Apabila berat badan berkurang, lemak yang berkumpul pada tisu buah dada juga akan hilang secara perlahan-lahan dan dada akan tampak lebih berotot.

Sebaliknya jika pembesaran buah dada itu berpunca daripada kekurangan hormon (akibat masalah pada testis), doktor akan memberikan ubat atau suntikan hormon untuk mengembalikan semula keseimbangan hormon androgen dan estrogen. Kaedah pembedahan pula ada dua, iaitu rawatan sedut lemak atau pun pembedahan pembentukan semula buah dada. Kebanyakan kes diatasi dengan pembedahan kerana ramai yang datang berjumpa doktor selepas tiga atau empat tahun mempunyai benjolan pada dada. Lebih lama ia dibiarkan, benjolan akan menjadi lebih keras dan ia tidak boleh disusutkan dengan pengambilan ubat.

“Rawatan sedut lemak hanya boleh dilakukan jika buah dada tidak terlalu besar atau terlondeh – yang menandakan ada banyak lebihan kulit pada buah dada. Jika terlalu besar, lebih baik jalani pembedahan pembentukan semula buah dada.

“Kaedah rawatan sedut lemak yang ada di negara kita kini amat baik kerana ia bukan saja bertindak menyedut lemak tetapi turut menyedut tisu buah dada. Ada orang bimbang apabila menjalani rawatan sedut lemak, lama kelamaan lemak akan berkumpul semula di bahagian dada. “Perkara ini sangat jarang berlaku kerana tempat terakhir untuk lemak berkumpul pada badan lelaki ialah di buah dada. Pembesaran buah dada boleh berlaku semula jika seseorang itu menghidap penyakit (senarai di atas) atau kekurangan hormon lelaki,” katanya. Rawatan sedut lemak menelan kos minimum RM4,500 manakala kos pembedahan pula tertakluk kepada saiz pembedahan itu sendiri yang bermula daripada RM6,000.

Pun begitu, kata Dr Heng, pembedahan hanya dijalankan ke atas calon yang layak saja iaitu mereka yang benar-benar sihat, cukup umur (tidak lagi mengalami tumbesaran), tidak menghidap penyakit berbahaya seperti kanser, sirosis hati dan kencing manis. Bagaimanapun, pesakit kencing manis masih boleh menjalani pembedahan jika penyakit mereka terkawal.

Adakah ginekomastia mempunyai kaitan dengan makanan seperti yang didakwa sesetengah pihak? Dr Heng berkata, pseudoginekomastia mungkin ada kaitan dengan makanan dan masalah itu akan hilang jika pengambilan sesetengah jenis makanan dihentikan. Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan hormon tumbesaran yang disuntik pada ternakan boleh menyebabkan ginekomastia kerana pembesaran buah dada disebabkan berlebihan hormon estrogen bukannya hormon tumbesaran.

“Bagi lelaki yang ingin menjalani rawatan mengecilkan buah dada, pastikan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dulu. Pastikan juga doktor yang mereka temui itu menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas pesakit bagi memastikan pesakit cukup sihat untuk menjalani rawatan sedut lemak atau pembedahan. Ini kerana jika ada kanser buah dada, sel kanser boleh tersebar ke bahagian badan yang lain ketika rawatan sedut lemak dilakukan,” katanya.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

hmetro.com.my

2010/01/17

Gambir Sarawak ‘Ubat Kuat Seks’ lelaki Iban dan Melanau
RAMAI lelaki taksub dengan Gambir Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.

Lebih teruk lagi, saya pernah mengendalikan beberapa kes kemelecetan faraj dan vulva akibat penggunaan gambir Sarawak.

Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini, pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada lelaki dijalankan.

Gambir atau nama saintifiknya ‘Uncaria Gambier’ biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Nusantara, India dan China.

Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen.

Wujud rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba, tumbuhan itu digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di sana kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah bandar raya Kuching.

Sebenarnya, gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak. Di negara lain wujud beberapa spesies lagi daripada keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘Uncaria Ramulus’ contohnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala selain sawan.

Namun, penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit-birit, kerosakan buah pinggang, mual, bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

Penyelidikan di Institut Sains Perubatan China, Taiwan, pula mendapati ekstrak ‘Uncaria Rhynchophylla’ mampu melegakan kekejangan dan sawan.

Namun di Sarawak, gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.

Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki.

Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai, berkata cuma Gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat keperkasaan lelaki kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu digunakan hanya untuk tujuan perubatan.

Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula, Chai berkata, gambir sering digunakan untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia.

Sehubungan itu, Chai yang juga perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa berpendapat khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal.