Seksi Malaysia » Perhubungan

Gagal merasa kemuncak suami
ghairah-seks

Apakah makanan tambahan yang boleh diambil jika perlu selain asid folik untuk merangsang kesuburan, potensi hamil dan keghairahan?

Apakah cara atau teknik terbaik untuk memastikan sperma terus mengalir ke faraj dan dapat disenyawakan selepas bersetubuh selain menghitung waktu kesuburan?

Adakah kehamilan boleh berlaku walaupun ujian kehamilan memberikan keputusan negatif atau kedatangan haid seperti biasa di awal perkahwinan?

GAMBARAN pancutan air mani bukanlah seperti yang anda bayangkan. Pancutan air mani sewaktu ejakulasi di dalam faraj tidak semestinya seperti mana-mana pancutan air yang kita lihat. Oleh it jika si isteri tidak pernah merasai pancutan mani suami dalam faraj saya selama bersetubuh adalah normal.

Sewaktu ereksi, zakar memenuhi ruang faraj sehingga ke penghujungnya. Lazimnya, sewaktu ejakulasi, wanita mungkin dapat merasa denyutan otot zakar yang berlaku selang beberapa saat.

Denyutan otot inilah yang menghantar dan memancutkan air mani keluar dari zakar.

Air mani pula seperti cecair lain, ia tidak dapat bergerak sendiri ke dalam ruang rahim. Hanya sperma di dalam air mani ini sahaja yang dapat berenang, sebahagiannya melalui bukaan pintu rahim yang terdapat di penghujung faraj untuk memasuki ruang rahim sebelum meneruskan perjalanan melalui bukaan tiub falopio sehingga samapi ke telur yang terdapat berhampiran penghujung tiub falopio ini.

Wanita juga tidak merasai kenikmatan ejakulasi lelaki. Wanita sepatutnya turut dapat menikmati klimaks sendiri (seperti lelaki) cuma lazimnya, bukan dalam bentuk ejakulasi. Klimaks ini boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas klimaks lelaki.

Bagi sebahagian wanita, klimaks tidak berlaku atau dirasai. Ada yang tidak dapat mencapai klimaks dalam beberapa tempoh awal hubungan seks, ada juga yang masih belum menikmatinya walaupun setelah beberapa tahun menjalani hubungan seks.

Klimaks wanita tidak mempengaruhi kesuburannya. Kesuburan wanita lebih bergantung kepada sama ada telur sudah mengalami ovulasi dan berada di dalam tiub falopio, tiub falopio tidak tersumbat dan berfungsi baik, rahim tidak mengalami masalah dan beberapa faktor lain.

Ovulasi tidak bergantng kepada klimaks. Ini berbeza dengan lelaki, klimaksnya (ejakulasi) mengeluarkan jutaan sperma di dalam air mani.

Sungguhpun begitu, ada juga lelaki yang tidak subur langsung di mana air maninya tidak mengandungi walaupun satu sperma, keadaan ini dinamakan azoospermia.

Asid folik pula bukanlah ubat subur atau perangsang potensi hamil, ia juga bukan ubat untuk klimaks atau keghairahan. Ia sejenis vitamin B yang dapat mengurangkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang janin sehingga sebanyak 80 peratus. Wanita yang bercadang untuk hamil dinasihatkan mengambilnya sebaik-baiknya sebulan sebelum hamil dan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya tiga bulan kehamilan.

Cara yang terbaik dan sihat untuk memastikan sperma sampai ke faraj adalah secara hubungan seks penetratif sehingga berlakunya ejakulasi di dalam faraj.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan penerangan lanjut, sebaiknya secara bergambar atau visual untuk merungkai salah faham di atas. Di samping itu, masalah klimaks anda juga boleh dibincang lebih peribadi.

Dr. Adilah Ahmat

Kehidupan Seks Sihat Suami Isteri
seks-sihat

Kehidupan Seks Sihat Suami Isteri adalah penting untuk mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.

Sebagai pasangan suami isteri adakah anda menikmati kehidupan seks sepuasnya? Atau anda tidak pasti akan jawapannya sehingga kadang kala membuat perbandingan kehidupan seks anda dengan rakan anda.

Sebenarnya tindakan itu salah. Jangan sesekali membuat perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang padah dalam perhubungan suami isteri.

Hakikat sebenarnya, sesebuah perhubungan kelamin suami isteri itu unik. Setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza mengemudikannya.

Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda. Ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai ukuran adakah anda menjalani kehidupan seks yang sihat atau sebaliknya.

Tanda Seks Sihat 1 – Perhubungan anda sihat

Pasangan suami isteri yang sihat, akan sentiasa berbicara tentang apa yang berlangsung dalam kehidupan mereka.

Mereka tidak membataskan diri tentang isi perbualan termasuk dalam isu perhubungan seks. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena ataupun kepuasan seks yang dihajati tidak tercapai, mereka akan menyuarakannya.

Pasangan yang sihat juga lebih realistik dan memahami kemampuan pasangan masing-masing.

Tanda Seks Sihat 2 – Eksperimen dalam bilik tidur

Pasangan suami isteri yang suka melakukan eksperimen dalam hubungan kelamin adalah tanda mereka berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.

Jangan salah faham, apa yang dimaksudkan di sini bukanlah seks melampau yang tidak dituntut syarak.

Eksperimen yang dicadangkan cukuplah dengan mengajak pasangan sesekali menukar posisi, mencuba beberapa gaya terbaru atau boleh juga menukar lokasi seperti di kerusi atau sofa.

Katil bukanlah tempat yang wajib untuk hubungan seks. Dengan mencuba idea terbaru ini bukan sahaja mudah malah membuktikan kebahagiaan anda berdua.

Tanda Seks Sihat 3 – Ikhlaskan hati untuk hubungan seks

Pernahkah anda terasa bahawa hubungan seks kini berbeza dengan ketika di awal perkahwinan?

Sudah bertahun kahwin, jadi seks itu umpama kewajipan asas suami isteri sahaja. Ia bukan lagi sesuatu yang dinikmati dengan penuh perasaan. Padahal seks adalah satu perkara yang anda dan pasangan lakukan dengan penuh keseronokan.

Pastikan anda menikmati puncak kenikmatan dan melakukannya kerana keikhlasan hati untuk pasangan anda.

Tanda Seks Sihat 4 – Seks sebagai rutin dalam perhubungan

Bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan seks sebagai perkara terakhir dalam sesuatu perhubungan. Dalam situasi di mana anda mempunyai sebuah keluarga, anak-anak dan pekerjaan seks menjadi perkara yang sukar untuk dilakukan setiap hari.

Pasangan yang sentiasa cuba mewujudkan masa untuk hubungan seks sekerap mungkin adalah pasangan yang mempunyai perhubungan seks yang sihat. Jadilah lebih spontan.

Tanda Seks Sihat 5 – Seks bukan sekadar hubungan, ia lebih dari itu

Seks lebih dari sekadar hubungan kelamin. Gurau senda dan sentuhan awal amat penting untuk hubungan seks yang sihat dan ceria. Pastikan anda lebih kreatif setiap hari supaya ada kejutan untuk pasangan anda.

Sebagai contoh, tinggalkan nota-nota indah atau boleh juga menghantar hadiah secara mengejut ke pejabat.

Tindakan ini boleh membuatkan pasangan anda teruja. Walaupun lepas seks berakhir anda masih romantik, itulah tanda hubungan seks anda sesuatu yang sihat. Jika salah satu tanda di atas ada menerangkan tentang kehidupan seks anda, maka anda boleh menikmati kehidupan seks yang sihat dan gembira.

utusan.com.my

Susunan NOOR FAZRINA KAMAL

18 Jan 2011

Nafsu Seks Kurang Selepas Beranak
Ada wanita 30-an yang sudah berkhawina dingin atau hilang nafsu seks selepas melahirkan anak. Ada yang mencuba pelbagai cara termasuk mengambil jamu dan berurut tetapi tidak menjadi.

Nafsu seks wanita lazimnya lebih kompleks berbanding lelaki. Bukan saja ia kurang jelas memandangkan wanita tidak mengalami ereksi yang nyata, nafsunya juga mempunyai hubung kait dengan pelbagai aspek seperti:

penampilan fizikal,

emosi,

hubungan sosial bersama suami,

persekitaran,

stres sebagai ibu,

perasaan rendah diri sebagai wanita yang semakin berusia,

penyusuan badan,

kegemukan,

gangguan hormon dan seumpamanya.

Eloklah anda mulakan dengan perbincangan dari hati ke hati bersama suami, kemudian mendapatkan nasihat profesional daripada pakar sakit puan, pakar psikologi atau pakar psikiatri. Kebiasaannya ia berkait dengan perasaan atau emosi dan bukan masalah fizikal. Anda tidak perlu malu untuk berjumpa pakar psikiatri.

Semakin ramai pasangan berani tampil mendapatkan bantuan pakar itu walaupun masih ada yang bimbang atau malu seolah-olah mereka akan dipandang serong atau kurang siuman jika berjumpa pakar psikiatri. Bidang psikiatri sebenarnya lebih luas daripada itu. Ramai antara kita yang tidak menyedari mengenai gangguan stres yang dialami, teknik dan rawatan ubatan (hanya jika perlu) profesional daripada mereka dapat membantu kita menangani stres.

Hubungan seks suami isteri dituntut dan halal di sisi Islam.

Dr. Adilah Ahmat

Cincin Kanda Tingkatkan Daya Seks
Cepat klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang ketegangan manakala ereksi yang hanya kekal seketika turut memberi hanya sedikit kepuasan.

Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tips daripada rakan. Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh memudaratkan lagi.

Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif. Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai cincin Kanda yang boleh didapati pada harga kira-kira RM120 untuk 6 unit.

Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika menggerakkan ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan juga tiada lagi, menyebabkan ejakulasi awal boleh berlaku.

Sehubungan itu pemakai cincin ini perlu tahu cara menggunakannya supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal. Jika ia masih tiada perubahan, lebih baik berjumpa doktor.

Cincin Kanda merupakan produk penemuan genius yang diperbuat daripada getah asli Malaysia berkualiti tinggi dan telah dipatenkan.

Dengan penggunaan Cincin Kanda ia dapat membantu anda mendapatkan hubungan seksual yang benar-benar memuaskan pasangan anda.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan, Cincin Kanda dilihat mampu membantu lelaki untuk mengawal ejakulasi sekaligus membantu memuaskan isteri dengan lebih kerap.

Cara penggunaan cincin kanda sangat mudah. Cuma sarungkan Cincin Kanda ketika zakar mengalami ketegangan maksimum kemudian anda boleh terus menikmati pelayaran yang indah bersama isteri anda.

Gunakan Cincin Kanda mengikut arahan yang diberikan, kini anda mempunyai kawalan penuh pada zakar anda dan mampu mengawal ejakulasi dengan mudah.

Penemuan Hebat – Keistimewaan Cincin Kanda™

Cincin Kanda dapat melewatkan dan memberi kawalan penuh ejakulasi

Cincin Kanda dapat mengatasi masalah ejakulasi pra-matang

Cincin Kanda membantu mengekalkan ketegangan yang maksimum

Cincin Kanda membantu zakar kekal padat, keras dan mantap

Cincin Kanda dapat membantu isteri klimaks dengan cepat

Cincin Kanda dapat meransang clitoris wanita melalui sentuhan

Cincin Kanda 100% selamat dan di syorkan oleh pakar

Dengan Cincin Kanda anda tidak perlu menelan pil dan menguru

Cincin Kanda tidak menyakitkan dan tiada kesan sampingan

Bagaimana Cincin Kanda Meningkatkan Kepuasan Seks?

Teori Cincin Kanda cukup mudah. Alih perhatian anda daripada kegelian yang dirasai pada zakar di saat ia bergeser pada dinding faraj, maka secara tidak tidak sedar anda dapat bertahan dengan lebih lama.

Dengan pemakaian Cincin Kanda anda dapat melatih zakar anda supaya dapat mengawal ejakulasi dengan mudah dan cepat.

Fungsi Cincin Kanda tidak berhenti disini sahaja. Dengan bentuk yang unik, ia sengaja direka agar dapat memberi kenikmatan pada isteri dengan bonjolan yang terdapat pada cincin.

Dengan menggunakan Cincin Kanda bukan sahaja anda dapat bertahan lama malah dapat mempercepatkan klimaks isteri anda. Bukankah ianya menarik?

Masalah Seks- Ejakulasi Awal (Premature Ejaculation)
Masalah seks ejakulasi awal, dialami oleh 29 peratus lelaki di Malaysia mengikut satu kajian.

Masalah seks premature ejaculation (PE) atau ejukulasi pra matang yang dialami lelaki Malaysia kebanyakanny tidak dapat menerima hakikat ini. Malau, rasa bersalah, resah serta enggan menerima kenyataan, begitulah reaksi yang ditunjukkan lelaki di Malaysia yang menghadapinya. PE adalah salah satu daripada masalah seks yang bersifat umum di kalangan lelaki. Namun, pemahaman mengenai PE masih pada tahap rendah.

PE juga dikatakan menjadi antara punca masalah rumah tangga serta mencetus isu dalam hubungan intim antara kebanyakan pasangan di rantau Asia Pasifik. Sehubungan itu, lelaki yang menghadapi masalah PE seharusnya mendapatkan nasihat perubatan dan menjalani rawatan mengatasinya. Hasil Kajian Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Awal Asia Pasifik (AP PEPA) terhadap 5,000 responden lelaki yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan, tahap kesedaran mengenai PE di rantau ini masih rendah.

Dalam kajian itu, responden diminta menilai sendiri sama ada mereka menghidap PE atau tidak. Responden juga dikehendaki menjawab soal selidik Alat Diagnostik Ejakulasi Awal (PEDT) bagi membuat penilaian objektif sama ada mereka menghidap PE ataupun sebaliknya.

Berdasarkan hasil tinjauan, didapati kira-kira 29 peratus lelaki di Malaysia mungkin menghadapi masalah PE manakala 31 peratus lelaki di rantau Asia Pasifik mungkin menghadapi masalah sama.

Bagaimanapun, kajian itu mendapati, lelaki secara umumnya keberatan membincangkan isu PE secara terbuka atau mendapatkan nasihat dan rawatan profesional membabitkan masalah disfungsi seks. Ini kerana tindakan seumpama itu mungkin dianggap memalukan.

Hasil tinjauan juga menunjukkan 66 peratus responden tidak tahu apa sebenarnya masalah PE atau disfungsi erektil (ED). Ini mungkin menjadi faktor mengapa mereka berat hati untuk membincangkannya.

Hasil kaji selidik itu dibentangkan pada Mesyuarat Dwitahunan Ke-12, Persatuan Perubatan Seksual Asia Pasifik yang diadakan di Singapura, Disember lalu. Pada mesyuarat itu, panel pakar kesihatan seks berbincang dan meninjau implikasi dari kajian yang dikendalikan.

Pakar Runding Urologi Universiti Malaya, Dr George Lee berkata, golongan lelaki perlu menyedari PE adalah masalah perubatan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan.

“Namun, berita baik bagi mereka ialah masalah PE boleh dirawat. Saya tahu mungkin sukar untuk membincangkan hal intim tetapi mereka tidak keseorangan dan bantuan boleh didapati.

“Kesan PE terhadap lelaki dan pasangan boleh menjejaskan hubungan. Ini bukan saja masalah yang menyentuh soal harga diri atau kejantanan, bahkan ia memberi kesan besar terhadap kepuasan wanita serta hubungan pasangan secara keseluruhan.” katanya.

Dr Lee berkata, PE merujuk kepada disfungsi seks umum yang mungkin dialami sejak hubungan seks pertama atau tempoh selepas itu. Masalah ini ditakrifkan Persatuan Perubatan Seks Antarabangsa sebagai ‘disfungsi seks lelaki’ dengan ciri-ciri seperti:

Ejakulasi yang sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum atau bagi tempoh kira-kira seminit selepas persetubuhan (kemasukan zakar ke dalam vagina); dan

kegagalan menangguhkan ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersetubuh; dan

menyebabkan kesan peribadi yang negatif termasuk kegelisahan, gangguan, keresahan dan/atau keputusan untuk mengelak daripada melakukan hubungan seks.

“Lelaki tidak harus terus menderita dalam diam. Tinjauan serantau ini menunjukkan ramai yang tidak sanggup tampil mendapatkan rawatan kerana bimbang dipandang serong atau rasa malu.

“Kaum lelaki perlu sedar bahawa untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan, mereka tidak seharusnya membiarkan masalah yang boleh dirawat menjejaskan keupayaan mereka menikmati hubungan seks yang memuaskan bersama pasangan,” katanya.

Hasil Kajian Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Awal Asia Pasifik (AP PEPA)

Hasil tinjauan mendedahkan ramai responden yang disahkan mengalami masalah PE menafikan masalah mereka. Kira-kira dua pertiga daripada responden yang didapati menghidap PE melalui PEDT (PEDT= 11) tidak menganggap diri mereka menghadapi masalah itu. Seramai 31 peratus disahkan melalui PEDT sebagai menghidap PE atau mungkin menghidap PE, tapi hanya 13 peratus mengakui mereka mengalami PE.

Hasil tinjauan mendapati 29 peratus lelaki di Malaysia mungkin menghadapi masalah PE. Malaysia menunjukkan peratusan responden tertinggi yang berpendapat bahawa peningkatan tempoh masa akan menambah baik hubungan seks atau hubungan keseluruhan mereka dengan pasangan masing-masing, berbanding responden dari Indonesia dan Filipina.

Responden yang didapati menghidap PE melalui PEDT menyatakan mereka berasa lebih resah mengenai berapa lama mereka dapat menahan ejakulasi (21 peratus) berbanding dengan golongan yang tidak disahkan menghidap PE (empat peratus).

Responden juga kecewa dengan tahap kawalan mereka terhadap ejakulasi (23 peratus) berbanding mereka yang tidak disahkan menghidap PE (dua peratus). Secara keseluruhannya, golongan lelaki amat resah dengan masa yang singkat sebelum ejakulasi dan kegagalan mengawal ejakulasi mereka.

Perbezaan PE dan ED

SELAIN tahap kesedaran yang rendah, kajian PEPA juga mendapati tahap kefahaman yang cetek mengenai PE di rantau ini. Malangnya, hingga 35 peratus daripada responden berpendapat PE dan ED adalah lebih kurang sama.

Hampir separuh daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat bagi ED. Seorang dalam setiap tiga responden percaya PE langsung tidak boleh dirawat dengan berkesan.

Kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan memainkan peranan penting dalam menentukan masa ejakulasi.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Pendidikan Berterusan di Universiti Valparaiso , Prof. David Rowland berkata, matlamat utama bagi terapi PE adalah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi.

“Matlamat utama bagi terapi PE, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku adalah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi yang mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya, atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul disebabkan masa ejakulasi,” katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Fakulti Sains Kesihatan, University of Sydney merangkap Pengarah Pusat Kesihatan Seks Australia di Sydney, Australia, Prof Chris McMahon berkata, rawatan yang betul boleh menamatkan kekecewaan yang dialami penghidap PE dan pasangan seks mereka.

“Malangnya, situasi bertambah buruk kerana doktor dan pesakit tidak membincangkan perkara berhubung seks seperti sepatutnya kerana rasa malu atau kerana tanggapan buruk yang dikaitkan dengannya.

“Sementara itu, wanita pula rasa berat hati untuk membincangkan perkara ini dengan pasangan lelaki mereka sedangkan kami dapati ramai lelaki akan mendapatkan nasihat doktor jika didorong oleh pasangan mereka,” katanya.

Kajian PEPA adalah kajian komprehensif terbesar membabitkan lebih daripada 5,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun, meliputi 10 negara dan wilayah Asia Pasifik merangkumi Australia, New Zealand, China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Filipina.

PEDT adalah soal selidik mesra pengguna, serba ringkas dan pelbagai dimensi berasaskan laporan sendiri untuk mengesahkan ejakulasi awal. Soal selidik kuantitatif ini menilai berasaskan markah. Dalam kajian ini, markah dicirikan seperti berikut:

# 8 atau ke bawah: subjek tidak menghidap PE.

# 9 dan 10: subjek mungkin menghidap PE.

# 11 dan ke atas; subjek menghidap PE.

Skandal Seks di Internet
Sakandal seks di internet dan penipuan dalam talian dapat dikesan dengan mudah dengan mengupah ‘penyiasat dalam talian’.

Sekiranya and mengesyaki pasangan anda mempunyai kekasih di internet dan mempunyai skandal seks, mungkin anda boleh mengabaikan saja perasaan tersebut namun lagi lama dibiarkan macam ada sesuatu yang makin tidak kena pada hubungan anda berdua.

Anda tidak mampu menafikan wujud perasaan curiga yang pasangan anda menipu tentang hubungan cintanya di Internet. Jangan ambil mudah kerana anda sebenarnya sudah berada di tahap pertama amaran bahawa teknologi ini boleh menggugat keharmonian rumah tangga anda.

Dalam tahap ini, anda mungkin mengesyaki pasangan anda namun berjaya menyedapkan hati dengan mengatakan bahawa itu hanya imaginasi sahaja. Ini kerana anda belum mempunyai bukti kukuh dan belum pun mahu mengumpul bukti tersebut.

Memasuki tahap kedua, anda sebenarnya sudah bersedia untuk menerima kebenaran. Anda mahukan fakta. Mungkin dalam tahap ini juga pasangan anda yang menipu sudah terasa gerak-gerinya diperhati dan dia mula mengurangkan tindak tanduknya di depan komputer. Anda pula sudah bersedia untuk menangkap pasangan yang curang di alam maya.

Persoalannya bagaimana anda boleh menangkap pasangan yang penuh muslihat ini? Memang bukan senang untuk mengumpul bukti, namun dengan adanya sedikit ilmu teknologi maklumat (IT) anda juga boleh menangkap pasangan yang menipu di Internet.

Anda mungkin boleh memeriksa dengan cara mencari sendiri di laman sembang yang pasangan anda gemar layari.

Mudah saja! Cara pertama layari laman web dengan kata kunci ‘bagaimana menangkap pasangan yang menipu di Internet?’ Dari situ anda akan menemui banyak cara untuk mengenalpasti sama ada pasangan anda sudah terlibat dengan skandal di Internet.

Ikut kaedah yang disarankan dan cuba sesuaikan dengan situasi anda. Perlu ingat segala tindakan anda haruslah berlandaskan fikiran dan bukan emosi kerana anda mahu mencegah sebelum parah dan bukannya mahu menambah kekacauan dalam rumah tangga.

Sebagai individu yang sayangkan keharmonian rumah tangga, anda perlu mengambil langkah bijak dalam membendung masalah ini. Jangan biarkan berlarutan dan ambil sikap tunggu dan lihat.

Cara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengajak pasangan melakukan aktiviti bersama anda atau keluarga selepas pulang dari kerja dan kurangkan masa mengadap komputer.

Boleh jadi dengan bersama-sama menonton filem kegemaran, melayan anak-anak, atau keluar bersiar-siar anak melupakan keinginannya untuk mengadap komputer.

Awas jika terlambat kerana insan ketiga pasti akan memporak perandakan keluarga.

Upah penyiasat dalam talian

Satu lagi cara yang mudah, murah dan cepat untuk mengesan pasangan yang menipu dalam talian ialah dengan mengupah ‘penyiasat dalam talian’.

Caranya ialah dengan hantarkan alamat emel pasangan anda kepada penyiasat tersebut secara pendaftaran dalam talian.

Penyiasat tersebut akan memberikan anda senarai perkhidmatan janji temu dalam talian (online dating service) yang telah didaftarkan menerusi emel pasangan anda tadi.

Jadi, anda akan tahu laman sosial manakah yang sering dikunjungi pasangan di belakang anda.

Dengan penyiasat ini, anda bukan saja boleh mengesan laman web sosial yang sering dikunjunginya malah anda juga boleh tahu siapa yang sering dihubungi pasangan dan berapa seriusnya perhubungan mereka.

Jika anda mendapati pasangan anda terlibat dalam satu hubungan yang di luar sangkaan seperti meminati kaum sejenis atau aktiviti seksual luar biasa yang bercanggah dengan pegangan moral, jangan terus melenting.

Itu lebih baik kerana anda mengetahui sendiri sisi gelap pasangan anda yang tidak didedahkan selama berpasangan dengannya. Memang rahsia si dia akan terbongkar dan fikirlah ada hikmah di sebalik semua ini.

Dan bila anda sudah bersedia untuk menangkap pasangan anda, terdapat banyak perkhidmatan penyiasat profesional dalam talian yang boleh diupah.

Namun sebelum mengambil keputusan mengupah penyiasat, ada beberapa perkara yang perlu diawasi, jangan sampai pasangan sedar anda sedang mengupah penyiasat tersebut.

Cari di Google dan periksa sama ada penyiasat tersebut telah mempunyai reputasi baik dalam penyiasatan dalam talian oleh rakan-rakannya.

Tidak semua penyiasat layak untuk melakukan penyiasatan untuk anda jadi anda juga perlu berhati-hati sebelum mengupah!

NOOR FAZRINA KAMAL

Utusan Malaysia

Masalah Buang Bayi
GEJALA seks bebas merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan masalah buang bayi kebelakangan ini sehingga mendorong kepada pelancaran kempen Kami Prihatin yang dirasmikan Khamis lalu.

Selain itu, tanggapan bahawa cinta kepada kekasih perlu dibuktikan melalui hubungan seks juga menyebabkan si gadis hamil luar nikah manakala lelaki yang terlibat mengambil sikap lepas tangan atau menghilangkan diri.

Akibat tidak sanggup untuk menanggung perasaan malu dan takut untuk berhadapan dengan keluarga si gadis yang ditinggalkan seorang diri atau pasangan yang terlanjur itu akhirnya mengambil jalan singkat dengan membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.

Dalam meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya menghargai dan menyayangi bayi dan kanak-kanak, punca gejala buang bayi iaitu masalah seks bebas perlu dibendung dengan sebaik-baik mungkin.

Golongan remaja perlu diberikan kesedaran dan penerangan mengenai kepentingan untuk mengutamakan nilai-nilai moral serta kesan buruk seks bebas yang boleh membawa banyak kemudaratan seperti masalah buang bayi dan pelbagai penyakit.

Ketua Unit Kaunseling Bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Khamsiah Ismail berkata, keluarga perlu menerapkan nilai-nilai murni berteraskan agama dan adat timur dari rumah di peringkat kanak-kanak lagi.

”Secara tidak formal kanak-kanak perlu diingatkan bahawa budaya bergaul bebas ditegah agama selain bukan budaya timur. Kanak-kanak perempuan perlu dididik tentang cara-cara menjaga kehormatan diri dan kanak-kanak lelaki juga perlu diajar supaya menjadi pelindung kepada perempuan dan bukannya mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Dr. Khamsiah, pendidikan kesihatan reproduksi juga perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi mengikut tahap kematangan para pelajar.

”Apabila meningkat umur remaja dan akil baligh, remaja perempuan perlu diajar tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan setelah mereka mengalami haid. Apa yang akan berlaku jika mereka mengadakan hubungan seks setelah mengalami haid umpamanya perlu diterangkan.

”Sesetengah remaja yang terjebak dalam seks bebas tanpa menyedari risiko bahawa mereka boleh mengandung. Ini berlaku kerana salah faham dan sebagainya. Ada yang beranggapan hanya pasangan yang berkahwin sahaja yang mampu mengandung dan bukannya remaja seperti mereka,” jelasnya.

Tambah beliau, remaja perempuan juga perlu dimaklumkan mengenai hukuman yang bakal dihadapi mengikut Kanun Keseksaan jika mereka membuang bayi atau membunuh bayi dan sebagainya.

Sementara remaja lelaki, tambah Dr. Khamsiah, perlu didedahkan bahawa melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur adalah satu kesalahan dan mereka boleh menghadapi tindakan undang-undang seperti dipenjarakan dan sebagainya.

”Remaja lelaki dan perempuan perlu diingatkan bahawa kegiatan seks bebas boleh memusnahkan masa depan mereka dan harus dijauhi.

”Usaha membendung seks bebas bukanlah satu langkah yang mudah dan ia memerlukan pendekatan menyeluruh di semua peringkat termasuklah di rumah, sekolah dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan remaja hanya akan mampu mengawal diri daripada terjebak dalam gejala negatif seperti seks bebas jika diberikan bimbingan, panduan, kesedaran dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak.

”Gejala seks bebas sehingga mengakibatkan hamil luar nikah sebenarnya boleh dibendung jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.

”Ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan para pemimpin misalnya mesti melihat semula sejauh manakah mereka telah melaksanakan peranan untuk dijadikan benteng kepada remaja daripada terlibat dalam gejala negatif ini,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Rosnah, golongan agama pula mesti mendekati para remaja dan bukannya mengasingkan diri atau menyisihkan kelompok berkenaan.

”Kekuatan remaja untuk berhadapan dengan gejala negatif ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan adanya sokongan semua pihak,” katanya.

10/04/2010

Oleh ROHANI IBRAHIM

Utusan Malaysia

Cara Melakukan Hubungan Seks
Burung tahu melakukan hubungan seks. Lebah melakukan hubungan seks. Tapi bagaimana mereka tahu cara melakukan hubungan seks? Naluri. Manusia juga boleh. Ini adalah naluri untuk berkembang biak dengan orang-orang yang kita cintai. Dan naluri itu telah menambah penduduk dunia kepada lebih daripada enam bilion orang. Ini bermakna hubungan seks tidak sukar. Tetapi jika anda memerlukan panduan tentang bagaimana dua insan “digabungkan,” maka berikut adalah beberapa langkah tentang cara hubungan seks.

Langkah 1- Hubungan Seks- Cari Pasangan

Cari rakan yang bersedia dan bersih. Idealnya, anda dan pasangan serius dalam hubungan monogami. Seks rambang menyeronokkan, tetapi boleh menyebabkan membawa jangkitan penyakit kelamin yang padah dan mengancam hidup  dan kehamilan yang tidak diingini.

Langkah 2- Hubungan Seks- Komunikasi

Komunikasi tentang keinginan hubungan seksual dengan pasangan anda. Mencari tahu sejarah seksual mereka, dan membincangkan jika anda cukup matang dan siap secara emosional untuk berhubungan seks. Jika anda takut mengatakan “Aku cinta pada mu” kepada orang, anda tidak sedia untuk berhubungan seks.

Langkah 3- Hubungan Seks- Rancang Kehamilan

Pembelian kawalan kelahiran dan alat pencegahan penyakit kelamin. Perempuan boleh memilih pelbagai kaedah pencegahan kehamilan, sedangkan laki-laki harus membeli kondom.

Langkah 4- Hubungan Seks- Cari Tepat Sesuai

Cari saat yang tepat. Melakukan seks sering merupakan peristiwa spontan, dan perlu terlalu banyak perancangan kerana ia boleh merosakkan suasana. Namun, anda ingin memastikan anda berada dalam persekitaran yang aman di mana tidak ada seorang pun akan menceroboh persekitaran anda.

Langkah 5- Hubungan Seks- Bercumbuan

Perlahan-lahan menanggalkan pakaian dan mulai pemanasan. Permulaannya adalah mencium dan menyentuh yang berlaku sebelum melakukan hubungan seks. Laki-laki selalunya ingin terus melakukan seks, tetapi wanita memerlukan sedikit pemanasan. Lelaki umpama ketuhar dan wanita umpama periuk – mereka mengambil masa yang berbeza untuk mendapatkan mencapai “suhu” yang sama.

Langkah 6- Hubungan Seks-

Baring di tempat tidur. Lelaki boleh berada di atas tubuh perempuan, di antara kedua kakinya perempuan yang terbuka, dan alat kelamin mereka selari. Ini disebut posisi “mubaligh”, dan ini adalah salah satu daripada banyak posisi yang berbeza untuk hubungan seks.

Langkah 7- Hubungan Seks- Baring

Masukkan zakar yang keras ke dalam faraj. Jika vagina kering dan sukar untuk menyisip masuk, gunakan beberapa titis cecair pelincir.

Langkah 8- Hubungan Seks- Berdayung

Dengan berirama, gerakan bersamaan dengan punggung, dengan hati-hati dan bergerak perlahan-lahan zakar masuk dan keluar daripada faraj. Mungkin diperlukan beberapa minit (atau bulan) untuk mendapatkan irama bersama.

Langkah 9- Hubungan Seks- Syahwat

Apabila dekat klimaks atau syahwat, irama akan meningkat, tubuh akan panas dan jeritan kepuasan. Selepas klimaks, laki-laki akan memancut sperma ke dalam kondom atau vagina, dan zakar akan mengempis.

Langkah 10- Hubungan Seks- Penyudahan

Laki-laki akan penat. Peluk satu sama lain, lafaskanlah kata-kata cinta dan menikmatilah saat-saat selepas syahwat.

Hubungan Sejenis- Langgar Fitrah
Hubungan sejenis semakin berleluasa, ini menyebabkan ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun mereka tidak menyulam perasaan cinta terhadap isteri. Ini disebabkan mereka lebih ‘berselera’ dengan kaum sejenis.

Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak.

Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual (liwat), ia sememangnya amat membimbangkan. Golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan ‘mukadimah’ seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.

Malah, mereka mempunyai kelab gay yang menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan itu.

Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka ‘cipta’ sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama.

Memang Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis.

Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku. Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang.

Manakala kaum perempuan juga mengamalkan perkara sama dan hanya berminat terhadap wanita atau lesbian.

Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.

Melihat azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, apakah manusia akhir zaman tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Allah berfirman yang bermaksud: “Kepada orang-orang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 81) “Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 84) “Lalu suara guruh (bunyi bumi yang gempa) menimpa mereka ketika matahari terbit.” (Surah al-Hijr ayat 73). Selain daripada azab yang menimpa kaum Nabi Luth, mirip kepada kejadian sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan di Itali). Kota Pompeii adalah sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada satu ketika dahulu.

Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan. Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja. Masyarakat Pompeii di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka. Nauzubillah! Sehingga pada 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan. Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit. Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada kepada fitrah asal dan tidak terus hanyut menyimpang. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sebab itu, setelah datang keputusan Kami lalu Kami jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82).

Peringatan Allah itu mengingatkan seluruh manusia agar mengambil pengajaran dalam setiap yang berlaku dan kembali bertaubat agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Malang sekali manusia tidak pernah mengambil iktibar daripadanya. Yang pasti, jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya. Bagi pengamal seks songsang sebegini memang tiada penawar bagi mereka jika dijangkiti penyakit kelamin seperti kemaluan, dubur bernanah dan Aids yang akhirnya akan memusnahkan seluruh kehidupan mereka kelak. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata gejala homoseksual adalah virus yang memerlukan golongan berkenaan menjalani pakej kaunseling lengkap. “Golongan gay yang berhasrat untuk berubah hendaklah meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

“Mereka perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti psikologi dan kesihatan dalam usaha kepada pemulihan diri yang lebih sempurna. “Namun, perkara ini berbalik semula kepada kekuatan diri sendiri menangkis perasaan serta tindak tanduk yang boleh membawa kepada perilaku yang keji dan kotor ini,” katanya.

Zamihan berkata, virus gejala gay itu amat buruk kesannya sehingga menyebabkan pengamalnya berasa ketagih dan semakin jauh dari keredaan Allah.

“Jika mereka tidak melawan perasaan itu akibatnya kita bukan saja mendapat kemurkaan Allah s.w.t, malah di kutuk oleh seluruh makhluk serta kehidupan di dunia ini.

“Terbukti segala bencana yang diturunkan ke atas manusia sebelum ini adalah berpunca daripada kepincangan yang dilakukan manusia sendiri. Mereka secara terangan melanggar peraturan dan hak yang dihadkan dalam sesuatu perkara,” katanya. Beliau berkata malapetaka akan menimpa ke atas manusia pada bila-bila masa jika manusia masih enggan meninggalkan perkara serta perbuatan mungkar. “Amat malang jika seseorang yang mengamalkan aktiviti songsang ini sudah mempunyai isteri dan anak kerana dosa yang tertanggung adalah berlipat kali ganda.

“Mereka layak adalah penjenayah besar dalam Islam kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebenar terhadap keluarga,” katanya. Justeru, pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya buat manusia selagi mereka tidak mensyirikkan Allah.

Namun taubat mesti dilakukan dengan sebenar-benarnya dengan harapan tidak mengulangi perbuatan silam. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina; barang siapa melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu Tuhan pengampun lagi mengasihani.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).

fadly@hmetro.com.my

2010/01/29

Lelaki Inginkan Wanita yang Cantik, Seksi dan Bergaya
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.

Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.