Seksi Malaysia » Agama

Buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam- Diharamkan
Seks Islam-Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia1

3 Nov

JAKIM dapati bahan terbitan KTS bercanggah dengan ajaran Islam

KUALA LUMPUR: Buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks  Islam kepada dunia terbitan Kelab Taat Suami (KTS) diwartakan sebagai  haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas didapati bercanggah  dengan ajaran Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim,  berkata hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati  kandungan buku terbabit menyalahi Garis Panduan Penapisan Bahan  Penerbitan Berunsur Islam.    “Kita sudah menghantar buku berkenaan  kepada KDN semalam (kelmarin)  untuk diwartakan sebagai penerbitan yang diharamkan kerana kandungannya  yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Kita juga akan terus menyiasat dan meneliti buku terbitan KTS yang  lain yang diragui kandungannya jika mendapat sebarang aduan,” katanya  kepada Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan mengenai penerbitan buku itu  oleh KTS yang dikatakan panduan kepada ahli kelab itu dan mereka yang  sudah berkahwin, antara lain menceritakan mengenai hubungan suami isteri  secara roh di mana suami boleh melakukannya serentak dengan semua  isteri.

Buku setebal 115 muka surat itu yang dihasilkan Hatijah Aam atau  Ummu Jah, yang juga isteri kepada pemimpin bekas pemimpin Al-Arqam,  Asaari Muhammad turut mendakwa ketika dunia menyangka Asaari atau Abuya  sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks  Islam.

Bagaimanapun, Hatijah yang juga Presiden KTS Antarabangsa dalam  satu sidang media melalui laman Skype dari Makkah, menafikan kandungan  buku itu terpesong daripada ajaran Islam, sebaliknya ia perlu diketahui  umat Islam zaman ini yang  didakwa sudah terpengaruh dengan ajaran seks  barat.

Mashitah berkata, kandungan buku berkenaan terutama yang menyentuh  hubungan suami isteri secara roh   pemikiran yang tidak terjangkau oleh  akal dan boleh menyesatkan orang lain jika tidak dibendung.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Program Seksualiti Merdeka  2011 yang memperjuangkan kesaksamaan jantina  termasuk untuk golongan  homoseksual dan lesbian, katanya, acuan pemikiran sedemikian merosakkan  masyarakat dan sama sekali tidak dibenarkan sama ada dari segi agama,  budaya mahu pun Perlembagaan negara.

[/caption]

13 Okt

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan  menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan  Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana  didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir  Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan  walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana  ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan  negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham  Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari  hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke  alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku  ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada  Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku  115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru  untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau  lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka  Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan  seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku  berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan  lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah.

12 Okt

KOTA BHARU: Kelab Taat Suami (KTS) yang pernah menimbulkan kontroversi  kerana meminta isteri melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama,’  sekali lagi menimbulkan keresahan masyarakat apabila menerbitkan buku  mengenai seks suami isteri yang diulas secara terperinci perlakuan  berkenaan.

Hilang Dara- Hymen
Dara Tidak Hilang Dengan Menggosok Alat Sulit

Selaput dara atau hymen tidak akan koyak dengan perbuatan menggosok alat sulit saudari tidak membawa apa-apa kesan yang negatif. Namun dari sudut agama Islam, ia haram. Kegiatan ini atau dalam kata lain iaitu masturbasi menyebabkan seseorang itu terangsang/ghairah dan ini diikuti dengan keluaran cecair putih jernih atau air mazi.

Cecair ini adalah lelehan dari kelenjar-kelenjar Bartholin dan dinding faraj. Dalam hubungan intim, cecair ini adalah pelincir ketika hubungan seksual dan jika tiada, hubungan seksual akan mengalami kesakitan.

Tindakan menggosok alat sulit saja tidak akan membuat seseorang itu kehilangan dara. Selaput dara agak susah juga untuk terkoyak kerana ianya agak tebal. Sekiranya berlaku penetrasi/kemasukan banyak kali sama ada semasa hubungan seksual atau memasukkan sesuatu dalam faraj, mungkin selaput dara akan terkoyak.

Dalam proses melakukan saringan lumuran pap pada wanita yang belum berkahwin atau anak dara pun, selaput tidak mudah koyak.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/Cr5rkwRQ_vE&hl=en_US&fs=1?rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube-nocookie.com/v/Cr5rkwRQ_vE&hl=en_US&fs=1?rel=0" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Dara Mungkin Hilang Dengan Aktiviti Sukan Lasak

Usah bimbang dara hilang akibat aktif bersukan. Selagi tidak pernah mengalami perdarahan di bahagian sulit semasa bersukan, terlalu kecil sekali kemungkinan untuk dara “hilang”. Kalau berlaku pun sukan yang lasak, berkuda dan berbasikal mungkin boleh menyebabkan selaput dara tercedera.

Katakanlah selaput dara saudari terkoyak semasa bersukan, persoalannya adalah saudari di kira tidak mempunyai dara? Dara akan hilang sekiranya berlaku persetubuhan dan bukannya sebab-sebab lain seperti bersukan atau masturbasi. Juga ada selaput dara yang tidak koyak semasa hubungan seksual banyak kali. Adakah mereka ini masih dara?

Tidak perlu memberitahu bakal suami sama ada dara masih ada atau tidak. Kehilangan dara tidak sama sekali mengganggu keintiman malam pertama. Kebenarannya apabila selaput terkoyak masa hubungan seksual boleh menyakitkan.

Dara Mungkin Hilang Dengan Perbuatan Memasukkan Jari

Perbuatan memasukkan jari ke dalam vagina berkemungkinan besar menyebabkan selaput dara atau hymen koyak. Ini kerana hymen adalah selaput nipis yang menyelaputi separuh dari pembukaan vagina. Ia adalah sebahagian daripada struktur yang dikenali sebagai vulva iatu kemaluan luar wanita (external genitalia).

Hymen ini mempunyai pelbagai bentuk. Bentuk yang sering ditemui ialah bulan sabit. Oleh kerana ia adalah struktur yang nipis, hymen mudah koyak.

Bukan saja akibat memasukkan jari atau hubungan seks, hymen boleh koyak ketika aktif dalam sukan. Aktiviti lasak dan ketika kecederaan pada vagina, proses memasukkan tampon ke dalam vagina juga boleh menyebabkan kecederaan pada hymen.

Malam Pertama Tidak Berdarah

Tidak semestinya wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara. Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya.

Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal, ada pula yang nipis seperti sehelai kertas. Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj (bentuk cecincin), mempunyai sambungan di tengahnya (septate), menutupi keseluruhan bukaan faraj lubang halus menembusinya (fenestrasi), malah ada yang menutup terus (imperforate).

Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah, ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah. Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan.

Nama selaput dara juga mungkin mengelirukan kerana bagi kebanyakan perempuan, ia tidaklah menyelaputi keseluruhan bukaan faraj, tetapi hanya seperti cecincin nipis yang mengelilingi tepian faraj terbabit. Lubang di tengahnya membolehkan aliran darah haid atau lelehan faraj keluar.

Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan. Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik.

Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan. Hubungan seks eloklah dilakukan dalam keadaan si isteri sudah bersedia agar ia dapat dinikmati bersama.

Namun, ini tidak bermakna jika isteri tidak bersedia, pendarahan akan berlaku. Jika benar, sudah tentu ia dialami ibu lain yang didatangi suaminya dalam keadaan yang belum atau tidak bersedia.

Kadangkala, pendarahan boleh disebabkan luka pada sempadan di antara bibir kemaluan dengan bukaan faraj bahagian belakang (dinamakan fourchette posterior), ia boleh mengalami luka laserasi dan menyebabkan kesakitan pada setiap kali penetrasi hubungan seks.

Pemeriksaan Dara

Kerap kali apabila hymen mengalami kecederaan, akan berlaku sedikit pendarahan.

Hymen sukar dilihat dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat oleh doktor yang dilatih dalam bidang perbidanan dan sakit puan.

Vagina adalah struktur yang dikelilingi oleh otot dan pembesaran lubang vagina hanya akan berlaku semasa proses melahirkan bayi atau selepas wanita mengalami menopause.

Bagaimanapun, untuk mengesahkan sama ada hymen terkoyak atau tidak, pakar perbidanan dan sakit puan perlu dirujuk. Melalui pemeriksaan fizikal, doktor boleh memberitahu status hymen atau dara.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="480" height="385" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/1Lu0qhRrIow&hl=en_US&fs=1?rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="480" height="385" src="http://www.youtube-nocookie.com/v/1Lu0qhRrIow&hl=en_US&fs=1?rel=0" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube-nocookie.com/v/fvvpVVQGUtc&hl=en_US&fs=1?rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube-nocookie.com/v/fvvpVVQGUtc&hl=en_US&fs=1?rel=0" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

Hubungan Sejenis- Langgar Fitrah
Hubungan sejenis semakin berleluasa, ini menyebabkan ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun mereka tidak menyulam perasaan cinta terhadap isteri. Ini disebabkan mereka lebih ‘berselera’ dengan kaum sejenis.

Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak.

Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual (liwat), ia sememangnya amat membimbangkan. Golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan ‘mukadimah’ seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.

Malah, mereka mempunyai kelab gay yang menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan itu.

Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka ‘cipta’ sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama.

Memang Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis.

Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku. Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang.

Manakala kaum perempuan juga mengamalkan perkara sama dan hanya berminat terhadap wanita atau lesbian.

Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.

Melihat azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, apakah manusia akhir zaman tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Allah berfirman yang bermaksud: “Kepada orang-orang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 81) “Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 84) “Lalu suara guruh (bunyi bumi yang gempa) menimpa mereka ketika matahari terbit.” (Surah al-Hijr ayat 73). Selain daripada azab yang menimpa kaum Nabi Luth, mirip kepada kejadian sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan di Itali). Kota Pompeii adalah sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada satu ketika dahulu.

Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan. Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja. Masyarakat Pompeii di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka. Nauzubillah! Sehingga pada 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan. Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit. Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada kepada fitrah asal dan tidak terus hanyut menyimpang. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sebab itu, setelah datang keputusan Kami lalu Kami jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82).

Peringatan Allah itu mengingatkan seluruh manusia agar mengambil pengajaran dalam setiap yang berlaku dan kembali bertaubat agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Malang sekali manusia tidak pernah mengambil iktibar daripadanya. Yang pasti, jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya. Bagi pengamal seks songsang sebegini memang tiada penawar bagi mereka jika dijangkiti penyakit kelamin seperti kemaluan, dubur bernanah dan Aids yang akhirnya akan memusnahkan seluruh kehidupan mereka kelak. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata gejala homoseksual adalah virus yang memerlukan golongan berkenaan menjalani pakej kaunseling lengkap. “Golongan gay yang berhasrat untuk berubah hendaklah meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

“Mereka perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti psikologi dan kesihatan dalam usaha kepada pemulihan diri yang lebih sempurna. “Namun, perkara ini berbalik semula kepada kekuatan diri sendiri menangkis perasaan serta tindak tanduk yang boleh membawa kepada perilaku yang keji dan kotor ini,” katanya.

Zamihan berkata, virus gejala gay itu amat buruk kesannya sehingga menyebabkan pengamalnya berasa ketagih dan semakin jauh dari keredaan Allah.

“Jika mereka tidak melawan perasaan itu akibatnya kita bukan saja mendapat kemurkaan Allah s.w.t, malah di kutuk oleh seluruh makhluk serta kehidupan di dunia ini.

“Terbukti segala bencana yang diturunkan ke atas manusia sebelum ini adalah berpunca daripada kepincangan yang dilakukan manusia sendiri. Mereka secara terangan melanggar peraturan dan hak yang dihadkan dalam sesuatu perkara,” katanya. Beliau berkata malapetaka akan menimpa ke atas manusia pada bila-bila masa jika manusia masih enggan meninggalkan perkara serta perbuatan mungkar. “Amat malang jika seseorang yang mengamalkan aktiviti songsang ini sudah mempunyai isteri dan anak kerana dosa yang tertanggung adalah berlipat kali ganda.

“Mereka layak adalah penjenayah besar dalam Islam kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebenar terhadap keluarga,” katanya. Justeru, pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya buat manusia selagi mereka tidak mensyirikkan Allah.

Namun taubat mesti dilakukan dengan sebenar-benarnya dengan harapan tidak mengulangi perbuatan silam. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina; barang siapa melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu Tuhan pengampun lagi mengasihani.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).

fadly@hmetro.com.my

2010/01/29

Onani- Tidak Haram
HUKUM onani adalah haram dan berdosa. Dalam keadaan tertentu pula, ulama mengharuskannya apabila takut terjerumus dengan zina.

Jika seorang isteri beronani sehingga klimaks tanpa kehadiran suami dan si isteri melakukan perbuatan itu disebabkan suami tidak mampu melakukan persetubuhan (suami ED). Tambahan isteri mempunyai keinginan seks yang kuat kerana masih muda (umur 33 tahun dan suami 51 tahun). Perbuatan onani itu demi mengelak daripada terfikir untuk bermesra dengan teman lama. Dalam keadaan itu, hukumnya TIDAK haram dan TAK berdosa.

Bagaimanapun, melakukan onani bukan pilihan terbaik dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Ia hanya jalan singkat dan sementara saja. Pasangan dinasihatkan supaya mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit suami puan. Dalam dunia perubatan sekarang terdapat banyak ubatan di pasaran yang mampu mengembalikan kekuatan seksual. Pasangan dinasihatkan berjumpa doktor bagi menyelesaikan masalah itu.

2009/12/29 @hmetro.com.my

Seks Ketika Haid
ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi ada yang tetap melakukannya kerana hidup bertuankan nafsu. Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Ada juga lelaki gemar melakukan hubungan seks ketika wanita dalam haid. Kononnya mereka seronok dengan bau darah haid.

Ini dikaitkan dengan ‘fetihisme’ atau ‘fetish’ kepada darah haid, yang mana perasaan seksual mereka mencapai satu keadaan luar biasa apabila terdedah kepada darah haid.

Tidak kurang juga pasangan yang sanggup melakukan seks ketika wanita dalam haid kerana tidak mahu wanita itu hamil.

Bagaimanapun, jika hubungan seksual dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Justeru, pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita perlu ikut hukum. Hubungan seksual masih boleh dilakukan ketika wanita itu kedatangan haid tetapi tanpa seks, seperti sentuhan intim di bahagian atas pusat.

2010/02/13 @hmetro.com.my