Seksi Malaysia » Skandal Seks Selebriti

Mempelacurkan 5 Artis-Haslinda Merican, Mohd. Amin dipenjara
RM5,000 untuk khidmat seks artis, akhirnya bekas  penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan Mohd. Amin Jamadi dipenjarakan atas kesalahan Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.

PUTRAJAYA 13 Okt. – Selepas 16 tahun turun naik mahkamah, bekas  penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan bekas  perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi akhirnya dihantar ke penjara hari  ini atas kesalahan menjadi perantara pelacuran melibatkan empat artis  wanita.

Kedua-duanya diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan  serta-merta dan denda RM5,000 selepas rayuan akhir mereka terhadap  sabitan dan hukuman, ditolak secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan  yang bersidang sehingga pukul 6.10 petang.

Sebaik sahaja keputusan itu dibuat, Haslinda Merican yang bertudung  dan berjubah warna ungu serta Mohd. Amin yang berkemeja biru dan seluar  hitam, masing-masing dilihat agak terkejut sebelum mereka dibawa oleh  anggota polis ke lokap mahkamah.

Haslinda Merican yang hadir bersama seorang adik lelakinya sebelum  itu turut mengakui susuk badannya yang kurus semakin susut berikutan kes  itu yang memakan masa bertahun- tahun lamanya.

Mereka sebelum ini telah menjelaskan denda tersebut. Mohd. Amin  pernah dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir beberapa kali ketika  kesnya disebut manakala Haslinda Merican sentiasa berada di mahkamah  sepanjang prosiding berlangsung.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md.  Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd.  Yunus dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner dengan itu mengesahkan  keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi yang  mengekalkannya.

Hakim Md. Raus ketika mengumumkan keputusan tersebut menyatakan,  panel itu bersetuju dengan penghakiman kedua-dua mahkamah terdahulu  bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui tahap keraguan  yang munasabah.

Sehubungan itu, pada hemat beliau, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan  hukuman dan denda yang munasabah manakala Mahkamah Tinggi betul ketika  mengekalkannya.

Mereka didapati bersalah pada 4 Oktober 2000 kerana menjadi perantara  pelacuran terhadap empat artis wanita (nama mereka dirahsiakan oleh  mahkamah) di antara pukul 8 dan 10.30 malam, 27 Jun 1995 di lobi Hotel  Ming Court (kemudian dikenali sebagai Hotel Corus), Jalan Ampang di ibu  negara.

Haslinda Merican dan Mohd. Amin diwakili oleh peguam Gurbachan Singh  manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya,  Mohamad Abazafree Mohd. Abas dan Najib Zakaria.

Kes berprofil tinggi itu pernah mendapat liputan meluas pihak media  kerana beberapa nama orang kenamaan dan artis terkenal wanita turut  disebut ketika perbicaraan yang bermula pada 13 November 1995.

Sebelum itu, Gurbachan berhujah, hakim bicara gagal mengenal pasti  wujudnya lompang dalam kes pendakwaan yang boleh menjadikan tuduhan  terhadap Haslinda Merican dan Mohd. Amin tidak dapat dipertahankan.

Beliau menghujahkan, dua saksi utama dalam kes itu telah dicabar  dalam prosiding kebolehpercayaan saksi manakala seorang lagi saksi  penting gagal dikesan walaupun maklumat daripada suaminya sendiri  menyatakan dia menetap di Australia.

Hujahnya, tiada keterangan langsung daripada seorang lagi saksi  penting bahawa dia diminta memberikan khidmat seks manakala keterangan  salah seorang saksi utama pendakwaan diterima bagi menyokong pertuduhan  walaupun wanita itu dipersetujui oleh mahkamah sebagai rakan sejenayah.

Sementara itu, Mohamad Abazafree berhujah, hakim bicara betul ketika  mensabitkan kedua-duanya selepas berpuas hati bahawa keterangan  saksi-saksi pendakwaan menyokong pertuduhan melibatkan kegiatan menjadi  perantara pelacuran.

Beliau menghujahkan, wujud transaksi pembayaran yang membuktikan  adanya kegiatan pelacuran selepas wang RM5,000 yang dibayar atas khidmat  seks ditemui pada tubuh Mohd. Amin ketika dia ditangkap.

Mohamad Abazafree turut berhujah, keterangan saksi polis bahawa dia  berada di atas katil dalam bilik hotel bersama-sama salah seorang wanita  berbogel (namanya disebut dalam pertuduhan) sebelum gambarnya dirakam  dalam serbuan itu jelas menunjukkan wujud penawaran seks.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita  dan Gadis 1973 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun  atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Utusan Online

14/10/2011

5 Kes Khalwat dan Cerai Sensasi 2009
KES-KES mahkamah melibatkan artis sering mendapat perhatian utama di dada-dada akhbar kerana ia menarik minat para pembaca yang mahu mengetahui kehidupan peribadi artis terbabit.

Kes-kes sebegini bukan sahaja meliputi perceraian, malah turut melibatkan tuntutan saman malu, khalwat, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya sehingga mencetuskan kontroversi.

Akhil Hayy-Maizawati

Kes menuntut ‘kebenaran cerai’ yang dikemukakan oleh isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal apabila penyanyi dan penceramah bebas itu tidak pulang ke rumah dan tidak bertanya khabar selama tiga bulan.

Kemuncak ketegangan rumah tangga Akhil sampai ke penghujungnya pada 15 Julai lalu apabila dia dengan sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Kemelut rumah tangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’ dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Norman Hakim-Memey Suhaiza

Pasangan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan pelakon baru Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008.

Pertuduhan dibuat terhadap Norman-Memey dan difailkan pada bulan Januari tahun ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Memey dan Norman diwakili oleh peguam syarie yang sama iaitu, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Prosiding kes mereka masih lagi berjalan.

Daphne Iking

Bekas suami Daphne Iking, Ryan Chong Yiing Yih telah menfailkan saman peribadi terhadap seorang eksekutif Darren Choy Khin Min berhubung dakwaan memikat model dan pengacara TV itu.

Kes yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy dituduh memikat atau membawa pergi seorang perempuan iaitu Daphne yang ketika itu masih menjadi isteri kepada Chong dengan niat untuk membolehkannya melakukan persetubuhan yang ditegah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di B-13-2 The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail di sini, antara Julai 2007 hingga September 2008.

Daphne dan Chong berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel kini berusia 21 bulan.

Pada 9 Disember lalu, Mahkamah Majistret telah menggantung prosiding dan membenarkan Darren untuk merujuk tujuh soalan perlembagaan bagi menentukan sama ada prosiding saman peribadi terhadapnya sah dari segi perlembagaan.

Erema-Seri Bayu

Kes cerai fasakh biasa melibatkan pasangan penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad dan penulis lirik Seri Bayu atau Jamaludin Sulik dianggap antara kes yang sukar apabila sang suami mengenakan syarat untuk melepaskan sang isteri.

Seri Bayu berkata dia boleh melepaskan Erema dengan syarat wanita itu perlu meminta maaf kerana telah mengaibkan dan menamparnya.

Erema telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu dan perbicaraan kes cerai fasakh ini ditangguhkan pada 1 Mac depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Mahkamah juga telah memerintahkan Maybank cawangan Sungai Besi mengeluarkan penyata Erema mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat.

Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan Seri Bayu ke dalam akaun miliknya.

Nash-Sosilawati

Setelah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu, kini pasangan Nash atau Jamaludin Elias dan Datuk Sosilawati Lawiya sedang berhadapan dengan majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta sepencarian RM1.38 juta.

Kes tersebut melibatkan tuntutan Sosilawati terhadap penyanyi dan pelakon itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang ditangguh pada 12 Januari depan.

Sosilawati sebelum ini berjanji tidak akan menuntut nafkah edah, mutaah, nafkah tertunggak dan apa juga tuntutan yang dibenarkan di mahkamah, manakala permohonan bagi harta sepencarian akan difailkan kemudian.

Menurut draf tuntutan itu, Nash berjanji membayar semula keseluruhan wang yang dipinjamkan Sosilawati kepadanya secara ansuran, namun sehingga kini Nash gagal menjelaskan semula hutangnya kepada Sosilawati.

Isnin Disember 28, 2009 (mStar Online)

Jamal Abdillah Cerai Isteri Fatimatuzahra Samad
SHAH ALAM 3 Julai 2009 (Bernama) — Penyanyi terkenal Jamal Abdillah dan isteri Fatimatuzahra Samad hari ini disahkan bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini mensabitkan lafaz talak yang dilakukan oleh penyanyi itu pada 15 Mei 2007.

Hakim Syarie, Drs. Atras Mohamed Zin memutuskan kesahihan lafaz perceraian itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 selepas mahkamah menerima sumpah nafi yang dibuat oleh Jamal.

Jamal, 50, mengangkat sumpah nafi di depan hakim bagi mengesahkan lafaz talak yang diucapkannya kepada Fatimatuhzahra, semasa beliau sedang memandu kereta itu, berlaku pada pukul 10 pagi dan bukan 8 malam seperti didakwa isterinya.

Fatimatuzahra, 25, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 30 April lepas. Pasangan itu bernikah pada 3 Jan 2006 di Pejabat Agama Islam Songkhla, Thailand dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.

Jamal hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam manakala Fatimatuzahra diwakili oleh Hairunnajmi Najmuddin.

– BERNAMA

JAIS Silapan Tuduhan Norman-Memey Khalwat
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.

Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Rahman Lai Abdullah dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang merupakan sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainanan.

“Saya tidak nampak mana-mana lelaki semasa (saya) masuk ke dalam rumah (premis dalam kertas pertuduhan) dan saya juga tidak nampak mana-mana lelaki semasa memeriksa tingkat bawah dan ruang udara di tingkat atas rumah,” kata Abdul Rahman ketika disoal balas oleh peguambela Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pada 20 Jan lepas, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 21, di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Okt 2008.

Bagi kesalahan itu Norman dibicarakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Dalam sesi soal balas itu lagi, Abdul Rahman juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa agama pada malam kejadian adalah berdasarkan maklumat dengar cakap daripada pengadu yang dibuat melalui panggilan telefon.

Fakhrul: “Bagaimana kamu tahu bahawa dalam premis itu ada orang yang didakwa salah, lelaki (Norman) dan wanita (Memey) ini?”

Abdul Rahman: “Dari maklumat yang diterima dari pengadu.”

Fakhrul: “Setuju atau tidak saya katakan bahawa pemeriksaan premis adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay daripada pengadu sahaja?”

Abdul Rahman: “Betul.”

Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa maklumat yang diberikan pengadu yang mendakwa Norman dan Memey berada dalam premis beralamat 4-1A itu adalah salah kerana Norman sebenarnya tidak berada pada pukul 2.40 pagi dalam premis yang dinyatakan.

“Saya tidak boleh kata maklumat itu tidak betul kerana saya belum selesai membuat pemeriksaan lagi ketika itu,” katanya.

Perbicaraan disambung 31 Julai.

– BERNAMA

Pesta Seks: Penyampai berita, Pelakon wanita ditahan
KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seorang penyampai berita dan seorang pelakon adalah antara 26 yang ditahan dalam satu pesta seks, dadah dan arak yang diadakan di sebuah bilik hotel di Jalan P.Ramlee di sini, awal pagi ini.

Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan umur 20-an dan pelakon wanita terbabit pula difahamkan membintangi drama bersiri.

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/fQonUBt5WYY&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en&feature=player_embedded&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowScriptAccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/fQonUBt5WYY&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en&feature=player_embedded&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="425" height="344"></embed></object>

Selain kedua-dua selebriti berkenaan, 24 lagi yang ditahan berusia antara 18 hingga 31 tahun dan sembilan daripada mereka itu positif dadah.

Malah, kebanyakan yang ditahan dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Lembah Klang.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi.

Polis turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras.

Separuh Bogel

“Sembilan daripada 26 yang ditahan termasuk penyampai berita serta pelakon wanita sambilan yang juga penulis skrip sebelum ini didapati positif dadah jenis ketamin dan ekstasi menerusi ujian saringan air kencing pertama.

“Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah ketika dihubungi berkata, siasatan pihaknya mendapati kesemua mereka bebas dari sebarang tuduhan berkaitan seks.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi semalam di tingkat 11 hotel terbabit, turut ditahan ialah sepasang suami isteri dan seorang penuntut kolej swasta lelaki yang dipercayai dalang dan pembekal dadah untuk pesta berkenaan.

Difahamkan, ia dianjurkan sempena sambutan Tahun Baru 2009 menerusi jemputan khas dalam laman web ‘friendster’.

Ketika serbuan, segelintir daripadanya dipercayai dalam keadaan mabuk dan khayal dan ada juga di antara mereka dalam keadaan separuh bogel.