Seksi Malaysia » Rogol

Warga Emas 60 tahun Rogol dan Lakukan Seks Luar Tabii dengan Pelajar Buta
11 OKT KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas hari ini dihadapkan ke Mahkamah  Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan  Orang Kelainan Upaya (OKU),buta berusia 13 tahun, anak kepada rakan baiknya.

Mohd Zubir Muda, 60, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Murni  Permai Tok Jembal dan Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir antara  10.30 pagi hingga 3 petang pada 6 Jun 2010, Mac 2011 dan 4 September  lalu.

Tertuduh, yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi dan pemandu juga bapa kepada empat anak, yang  bertanggungjawab menghantar mangsa ke sekolah, didakwa mengikut Seksyen  376(2)(d) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 30  tahun dan boleh dikenakan sebatan.    Bagaimanapun, Mohd Zubir terlepas hukuman sebatan atas faktor usia.

Dia turut didakwa melakukan seks luar tabii menggunakan jari dengan mangsa yang cacat  penglihatan pada 10.30 pagi, 6 Jun tahun lalu di sebuah rumah di Taman  Murni Permai, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Zubir juga berdepan dua pertuduhan mencabul kehormatan mangsa  yang sama pada 3 petang dan 12 tengah hari dalam bulan Mac dan 4  September lalu di Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir mengikut  Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 10  tahun, atau denda, atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 21 November depan  untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak  RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang menawarkan jaminan  sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Hakim Zainal Abidin menasihati Mohd Zubir supaya melantik peguam  kerana dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum 110 tahun, jika  disabitkan kesalahan, serta mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai  Polis Gong Badak setiap bulan.

Selain tidak dibenarkan berada di luar daerah Kuala Terengganu tanpa  kebenaran mahkamah, tertuduh dan warisnya dilarang mengganggu mangsa  serta keluarganya. – BERNAMA

Selangor paling banyak kes rogol Januari-Ogos 2010
Selangor mencatat jumlah kes jenayah rogol tertinggi dari Januari hingga Ogos tahun ini dengan 456 kes daripada keseluruhan 2,426 kes yang dilaporkan di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bilangan terendah pula dicatatkan di Perlis iaitu 18 kes.

“Kes jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram dan mencabul kehormatan adalah satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.

“Pihak polis memandang serius kes seumpama ini kerana majoriti mangsa yang terbabit adalah dari kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Kok meminta kementerian menyatakan pecahan laporan kes rogol, sumbang mahram dan pencabulan seksual yang diterima oleh polis di setiap negeri dan jumlah kes yang telah didakwa di mahkamah.

Hishammuddin berkata, bagi kes jenayah sumbang mahram pula, jumlah tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 43 kes daripada keseluruhan 289 kes, manakala kes terendah dicatatkan di Perlis iaitu satu kes.

Jumlah kes mencabul kehormatan yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 adalah 1,441 kes.

Jumlah kes tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 216 kes manakala kes terendah adalah di Perlis iaitu sebanyak 20 kes.

Hishammuddin berkata, bagi tempoh itu juga sebanyak 119 kes (lima peratus) daripada 2,426 kes membabitkan jenayah rogol dan sumbang mahram telah dibawa ke mahkamah manakala bagi kes mencabul kehormatan, sebanyak 73 kes (lima peratus) daripada 1,441 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama telah dihadapkan ke muka pengadilan.

Kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula, Hishammuddin berkata sehingga 31 Julai lalu jumlah anggota polis di seluruh negara ialah 106,530 orang.

“Daripada jumlah tersebut, 84,523 orang (79.34 peratus) adalah Melayu, 2,210 (2.07 peratus) kaum Cina, 3,624 (3.4 peratus) kaum India dan 15,886 (14.91 peratus) kaum-kaum lain.

Bagi Jabatan Imigresen pula, terdapat 11,017 kakitangan terdiri 9,598 (87.12 peratus) Melayu, 322 (2.92 peratus) kaum India, 208 (1.87 peratus) kaum Cina, 813 (7.38 peratus) kaum Bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan 76 (0.69 peratus) kaum-kaum lain.

- BERNAMA 2010/12/09

Rogol Di Dalam Bilik Darjah dan Pensel Dicucuk
Mangsa rogol di dalam bilik darjah disahkan mengandung sebulan dan pensel ditemui di dalam kemaluannya.

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.

“Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April 2010, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.

Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama.

Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar.

“Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.

Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri.

bharian.com.my

2010/04/22

OKU 56 Tahun- Cacat Kedua Tangan Rogol Remaja
Batu Pahat- OKU 56 Tahun- Cacat Kedua Tangan Rogol Remaja dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan.

“Saya tahu kamu suka sama suka, tetapi gadis ini masih kecil dan bertaraf cucu kepada kamu. Selagi mangsa berusia bawah 16 tahun, undang-undang negara mengklasifikasikan tindakan kamu sebagai kes rogol.

“Kamu sepatutnya melindungi serta menasihatkan gadis ini dan bukan memujuknya melakukan hubungan seks,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukum kepada seorang warga emas orang kurang upaya (OKU).

Tertuduh, Mohd Sairi Munajar@Munajat, 56, yang cacat kedua-dua tangannya dipenjara 10 tahun dan enam sebatan semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di asrama pekerja di Kampung Dalam, Ayer Hitam pada Oktober 2009.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, tertuduh sepatutnya melindungi dan menasihatkan gadis berkenaan daripada melakukan perbuatan negatif, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Beliau berkata, kes rogol membabitkan mangsa di bawah umur semakin berleluasa dan hukuman lebih tegas perlu dikenakan sebagai peringatan dan amaran kepada masyarakat.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan kepada tertuduh yang juga seorang tukang kayu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sairi dituduh merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun sembilan bulan di Asrama Pekerja Kilang, Syarikat Berjaya Perniagaan Kayu Kayan T dan Y di Batu 19, Kampung Dalam, Ayer Hitam, di sini, pada jam 11.30 malam, 24 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh merogol mangsa di tempat sama antara jam 2 petang hingga 11 malam pada 25 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Mohd Sairi yang tidak diwakili peguam dalam prosiding semalam merayu supaya tidak dikenakan hukuman sebatan dengan alasan dia menghidap asma selain faktor usia.

Bagaimanapun, Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu kerana kesalahannya serius.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiah Saini, manakala dua peguam yang pernah membela tertuduh sebelum ini menarik diri daripada kes itu.

Menurut fakta kes, tertuduh mengenali mangsa selepas gadis itu tersilap menghantar SMS kepada nombor telefon bimbitnya.

Kedua-duanya berbalas SMS selama sembilan bulan sebelum lelaki terbabit memujuk mangsa melarikan diri dari rumah keluarganya di Gemas, Negeri Sembilan, dengan berjanji membawanya ke Genting Highlands, sebaliknya ke tempat lain sebelum dirogol.

www.hmetro.com.my

3 Dis 2010

Pemandu Lori Rogol 2 anak Dipenjara 40 Tahun
MUAR 5 Julai 2010- “Saya rasa hukuman ini wajar dikenakan tetapi ia adalah hukuman di dunia sahaja dan saya berharap ia memberi pengajaran kepada tertuduh dan pada masa yang sama menjadi ingatan kepada orang lain.”

Demikian tegas hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan sebatan 34 kali terhadap seorang pemandu lori yang menjadikan dua orang anaknya sebagai tempat melampiaskan nafsu serakahnya.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman tersebut selepas lelaki berusia 39 tahun itu mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol dan dua tuduhan melakukan seks oral terhadap dua anaknya pada awal tahun ini.

Tertuduh mengaku merogol dan melakukan seks oral terhadap anaknya berusia 14 tahun di rumah mereka di Sungai Mati, Ledang, dekat sini kira-kira pukul 7 malam, 3 Januari lalu.

Dia turut mengaku atas tuduhan mengulangi kedua-dua perbuatan itu terhadap seorang lagi anaknya yang berusia 12 tahun di sebuah pondok di tepi Jalan Pulau Penarik, Sungai Mati kira-kira pukul 7 malam, 7 Februari lalu.

Dua pertuduhan rogol itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan manakala kesalahan melakukan seks oral dikemukakan mengikut Seksyen 377(c) kanun yang sama.

Hakim tersebut menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan 15 kali bagi setiap kesalahan merogol dan penjara 15 tahun dan sebatan dua kali atas setiap kesalahan melakukan seks oral.

Hukuman kedua-dua kesalahan tertuduh bagi setiap mangsa berjalan serentak tetapi hukuman membabitkan mangsa berusia 12 tahun diperintah dilaksanakan selepas selesai hukuman bagi kesalahan melibatkan kakaknya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana dia sudah insaf dan bertaubat dengan kesalahannya serta mahu berubah menjadi insan yang soleh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran yang mengendalikan pendakwaan meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana melibatkan kesalahan yang cukup serius.

Katanya, sebagai seorang ayah, tertuduh sepatutnya membimbing dan melindungi anak kandungnya, sebaliknya dia melakukan perbuatan yang menimbulkan rasa trauma terhadap kedua-dua anaknya itu.

Berdasarkan fakta kes, kejadian rogol terhadap remaja berusia 14 tahun itu mula diketahui ibu mangsa selepas dimaklumkan guru kaunseling sekolah anaknya yang mendapati mangsa kelihatan muram dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.

Pendedahan itu turut membongkar kejadian sama yang berlaku terhadap adik mangsa yang berusia 12 tahun pada 7 Februari lalu menyebabkan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Mati, dua hari kemudiannya.

Selepas laporan polis tersebut dibuat, tertuduh menyerah diri kepada pihak polis pada keesokkan harinya.

Warga emas 81 Tahun Cuba Rogol Remaja
TELUK INTAN 7 April 2010 Petikan Utusan- Niat murni seorang remaja yang sanggup berhenti sekolah untuk membantu keluarganya berkecai apabila dia cuba dirogol oleh majikannya berusia 81 tahun.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam, remaja berusia 15 tahun berasal dari Kampung Terengganu di sini, tergamam apabila lelaki itu meraba badan dan alat sulit mangsa sebelum terus memeluknya.

Timbalan Ketua Polis Hilir negeri, Supritendan Mohd. Zaki Harun berkata, mangsa baru sahaja bekerja di syarikat pembinaan yang dipercayai milik lelaki itu di sini.

“Ketika berada di ruang dapur syarikat berkenaan, tiba-tiba muncul lelaki itu memberi minuman sambil melayan mangsa dengan baik.

“Suspek memberi seperti minyak urut dan menyapu ke badannya hingga bahagian alat sulit mangsa. Kemudian suspek terus memeluk mangsa kuat-kuat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dalam keadaan terperanjat, mangsa cuba melawan sambil menjerit meminta pertolongan sebelum berlaku pergelutan.

“Mangsa yang berjaya melepaskan diri terus memberitahu ahli keluarga mengenai kejadian menimpanya sebelum membuat laporan di balai polis Teluk Intan,” kata Mohd. Zaki.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek tetapi membebaskannya semula atas faktor usia dan kesihatan suspek.

Bagaimanapun katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba mencabul gadis bawah umur.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 19 tahun menyerah diri kepada pihak polis kerana merogol teman wanitanya berusia 13 tahun.

“Kejadian berlaku kira-kira dua bulan lalu. Suspek yang berasal dari Batu 71/2, Jalan Changkat Jong, ditahan pada 30 Mac lalu.

“Mangsa mengadu dirogol oleh kekasihnya sewaktu di rumah kakaknya pada 17 Januari lalu kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi,” katanya

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan telah merogol gadis bawah umur.

Buruh Bebas Tuduhan Rogol Jiran
KOTA BHARU 28 Feb 2010 – Seorang buruh, Mat Jais Mat Jusoff, 43, terlepas daripada hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu di sini hari ini menerima rayuannya berhubung tuduhan merogol seorang jirannya pada tahun 2002.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan tersebut selepas mendapati perayu melalui peguamnya, Datuk Sukri Mohamed berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 Julai 2007 yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan terhadapnya

Mengikut fakta pertuduhan pada tahun 2002, Mat Jais didakwa merogol Fatimah Mahmood yang berusia 57 tahun ketika itu di rumah mangsa di Tok Uban, Pasir Mas di sini.

Tertuduh yang berjiran dengan mangsa didakwa memasuki rumah warga emas berkenaan melalui bahagian dapur sebelum mengheret dan merogol mangsa.

Akibat perbuatan tersebut, Fatimah mengalami kecederaan teruk di bahagian rahim dan terpaksa dijahit oleh pegawai perubatan untuk menghentikan pendarahan.

Bagaimanapun ketika prosiding, Ahmad Zaidi berkata, timbul keraguan terhadap keputusan yang dibuat sebelum ini memandangkan mangsa sebenarnya merupakan kekasih kepada tertuduh ketika kejadian itu.

Menurut beliau, daripada fakta perbicaraan sebelum ini juga mendapati mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks tiga kali sebelum berlaku pendarahan tersebut.

“Persoalannya sekarang, sekiranya tidak berlaku pendarahan, adakah mangsa akan buat laporan seperti itu kerana sebelum ini mereka sudah melakukannya beberapa kali tanpa paksaan.

“Inilah yang perlu difikirkan, oleh itu saya percaya wujud syak yang munasabah daripada pihak pembelaan terhadap dakwaan itu,” tegas beliau.

Sebaik keputusan dibuat, Mat Jais yang berada di kandang tertuduh dan memakai kemeja biru segera mengucapkan kesyukuran dan kelihatan tersenyum.

Mat Jais yang datang bersama beberapa ahli keluarga bagaimanapun enggan memberikan sebarang reaksi ketika ditemui wartawan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob.

Pelajar Saman Kolej RM5 juta Kerana Dirogol
KOTA BHARU 7 April 2010- Seorang pelajar berusia 24 tahun yang menjadi mangsa rogol menyaman sebuah kolej kejururawatan swasta menuntut ganti rugi RM5 juta atas dakwaan cuai dalam menyediakan aspek keselamatan di asrama kolej tersebut.

Dalam saman difailkan peguamnya, Mohd Zubairi Salleh, pelajar berusia 24 tahun itu menamakan pemilik kolej berkenaan, Masterskill (M) Sdn Bhd, sebagai defendan.

Pelajar tahun pertama Diploma Kejururawatan itu mendakwa akibat kecuaian tersebut, dia telah dirogol oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk bilik asramanya pada 8.15 pagi, 9 Februari tahun lalu.

Writ saman difailkan melalui firma guaman, Rafizi Zubairi & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Wanita tersebut selaku plaintif menamakan kolej kejururawatan yang mempunyai ibu pejabat di Selangor itu sebagai defendan.

Dia diwakili dua peguam Mohd. Rafizi Abdullah dan Mohd. Zubairi Salleh. Turut hadir di mahkamah hari ini ialah kedua ibu bapanya.

Mangsa menuntut defendan membayar ganti rugi teladan sebanyak RM3 juta selain ganti rugi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta.

Turut dituntut ialah ganti rugi am, faedah ke atas penghakiman pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relif.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menyatakan, dia merupakan penghuni berdaftar di asrama yang disediakan oleh defendan.

Sebelum kejadian itu berlaku, dakwa plaintif, dia dan lima rakan sebiliknya didatangi seorang lelaki yang bertanyakan mengenai seorang perempuan dan apabila gagal menemuinya, lelaki itu keluar dari bilik tersebut.

Plaintif mendakwa, dia kemudian masuk ke bilik air untuk mandi dan secara tiba-tiba lelaki yang sama masuk lalu merogolnya dan tidak mampu melawan kerana lelaki itu bersenjatakan pisau.

Akibat kejadian tersebut, dia mengalami trauma dan sehingga kini masih dalam pengawasan pihak doktor serta mengalami tekanan perasaan sehingga terpaksa menangguhkan pengajian di kolej tersebut.

Peniaga bebas hukuman rogol anak
SHAH ALAM 16 Julai 2010- Seorang peniaga telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kajang atas dua tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun tiga bulan, empat tahun lalu.

Walaupun keterangan doktor mengesahkan tiada kesan rogol selain laporan perubatan yang dikemukakan adalah palsu, lelaki berusia 52 tahun itu telah disabit dan dihukum penjara 38 tahun serta sebatan 12 kali.

Hari ini, dia yang lengkap berpakaian banduan menangis teresak-esak apabila Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuannya dengan mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.

Hakim Dr. Badariah Sahamid semasa membacakan keputusannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang semasa menjatuhkan hukuman tersebut.

Beliau berpendapat, keterangan mangsa yang tidak begitu menyakinkan gagal disokong oleh keterangan ibu dan pegawai penyiasat kerana ia hanya sekadar mengulang apa yang diceritakan oleh gadis itu.

Katanya, mangsa dalam keterangannya juga gagal memberi gambaran yang tepat tentang warna kemaluan bapa kandungnya selain ia tidak disahkan oleh pegawai penyiasat.

Dalam kes tersebut, jelas Hakim Badariah, laporan perubatan yang dikemukakan tidak boleh diterima sebagai bukti kerana tandatangan padanya disahkan palsu oleh pegawai perubatan, Dr. M. Menaga.

Malah, kata beliau, pegawai perubatan yang sama juga mengesahkan mangsa tidak dirogol dan kesan koyakan pada kemaluannya akibat ditusuk dengan objek tumpul seperti hujung belakang pensil.

”Saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap perayu dan hakim yang mendengar kes itu telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang yang sekali gus menjadikan tidak selamat untuk mensabitkan perayu,” katanya.

Perayu yang tidak dapat menahan tangisan selepas mendengar keputusan itu dilihat turut bersalaman dengan dua tertuduh kes berasingan sebelum keluar dari mahkamah bersama beberapa pegawai penjara.

Malah, dia turut mengekori banduan-banduan lain untuk ke lokap mahkamah sebelum dihalang dan diberitahu bahawa dia tidak perlu berada di sana kerana telah dibebaskan.

Lelaki itu didakwa merogol anak gadisnya yang berusia 14 tahun tiga bulan (semasa kejadian) di sebuah rumah di Taman Kenangan, Kajang dekat sini pada pukul 7 pagi dalam bulan Mac 2006.

Dia didakwa melakukan perkara yang sama terhadap anaknya pada pukul 12.45 malam, 23 April 2006.

Bagi setiap pertuduhan, dia dibicarakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Selepas diperintah membela diri, pada 5 Februari lalu, perayu telah disabit dan dihukum penjara 19 tahun dan sebatan enam kali bagi setiap pertuduhan dengan kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan secara berasingan.

Pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden dalam rayuan itu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohd. Adzhar manakala perayu diwakili peguam Boestaman Ahmad.

Guru Disyaki Rogol Pelajar Berusia 16 Tahun
KUALA LUMPUR 3 Julai 2010– Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah yang dialami seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dirogol oleh guru sekolahnya, yang juga merupakan teman lelakinya, dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam laporan polis yang diterima, mangsa telah pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit yang berumur 22 tahun di rumah suspek di Taman Garing Utama Rawang, dekat sini pada April lepas.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lepas, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Mangsa telah mengadu kejadian terbabit kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang pada 19 Jun,” katanya.

Abdul Rahim berkata, doktor mendapati ada kesan koyak lama, bagaimanapun mangsa tidak mengandung.

Beliau berkata, mangsa dan keluarganya telah membuat laporan polis sebaik mendapat laporan hospital itu, dan pihak polis telah mengenal pasti dan menahan suspek tersebut hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Bernama