Seksi Malaysia » Liwat

Anwar Ajak Saiful Adakan Hubungan Seks Luar Tabii
Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan – 27 Mei

KUALA LUMPUR: Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana niat jahat dalam membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh ketua pembangkang itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 September ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, K Pavani, menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Jason Tay dan Zamri Idrus untuk Mohd Saiful.

Zamri memberitahu pemberita, bahawa peguam plaintif (Anwar) meminta mahkamah untuk tarikh lain bagi sebutan kes itu sementara menunggu perbicaraan jenayah Anwar mengenai pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi Jenayah.

Mahkamah Tinggi Jenayah telah menetapkan 31 Mei hingga 4 Jun untuk meneruskan perbicaraan liwat Anwar. Mahkamah juga menetapkan sebulan dari 2 hingga 30 Ogos untuk perbicaraan tersebut.

Anwar, 63, memfailkan saman itu terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun 2008, yang mendakwa bahawa bekas pembantunya itu membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik.

Dalam kenyataan tuntutannya, beliau berkata, Mohd Saiful, mengetahui bahawa pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi meneruskan dan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Beliau mendakwa bahawa, berikutan laporan polis itu, reputasi beliau telah terjejas dan beliau sangat sengsara dan malu. Mohd Saiful, dalam kenyataan pembelaannya pada Mei 2009, berkata laporan polis itu adalah wajar dan jika tidak benar, pendakwaan tidak akan mengenakan pertuduhan liwat terhadap Anwar. – Bernama

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan – 21 Mei

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau sementara menungggu keputusan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel hakim terdiri daripada Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim, memutuskan bahawa adalah tidak wajar bagi mereka meluluskan penangguhan itu sementara menunggu keputusan rayuan berkenaan.

Sulong berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika berlangsungnya suatu perbicaraan dan tidak mengetepikan hak pihak terbabit.

“Sekiranya permohonan perayu kepada Mahkamah Rayuan diterima, saksi SP1 (Mohd Saiful) masih boleh dipanggil semula untuk disoal pada mana-mana peringkat perbicaraan sebelum penghakiman dibuat dan prosiding sewajarnya bagi mencabar keterangan saksi itu masih boleh diadakan,” katanya.

Hakim Zaharah menggantikan Hakim Mohamed Apandi Ali yang secara sukarela menarik diri daripada mendengar permohonan itu, selepas peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, membantah kehadiran beliau dengan alasan hakim itu mempunyai hubungan dengan Umno pada masa lampau.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya menetapkan pendengaran rayuan itu sebelum 31 Mei.

Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Mei sebagai tarikh bagi menyambung semula perbicaraan kes itu.

Anwar mahu pihak pendakwaaan memberikan kepada beliau kenyataan saksi Mohd Saiful kerana mendakwa terdapat perkara yang tidak konsisten antara keterangan Mohd Saiful dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Pihak pembelaan berhujah bahawa Mohd Saiful berkata perbuatan liwat yang didakwa berlaku itu dibuat tanpa kerelaannya tetapi Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan berkaitan hubungan seks secara rela.

Anwar mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan supaya menangguhkan perbicaraan kes itu selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk berbuat demikian pada 13 Mei.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Dalam hujahnya hari ini, Karpal Singh berkata perbicaraan itu akan menjadi sia-sia sekiranya Anwar berjaya dalam rayuannya dan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan ini tidak diluluskan.

Hujah beliau bahawa keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan kenyataan tersebut boleh dirayu telah dibantah oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat itu.

Mohd Yusof berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika berlangsungnya satu perbicaraan dan tidak boleh dirayu kerana ia adalah perintah muktamad. – Bernama

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan –  14 Mei

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya sehingga rayuan berhubung permohonannya supaya dibekalkan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar dan dilupuskan.

Notis usul yang disertakan dengan afidavit peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh, bagi menyokong permohonan itu, difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan petang ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Anwar memfailkan rayuan pada 12 Mei lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada hari sama yang menolak permohonan ketua pembangkang itu supaya dibekalkan dengan kenyataan Mohd Saiful mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang telah direkodkan oleh polis.

Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat Anwar juga menolak permohonan Anwar supaya menangguhkan perbicaraan kesnya itu sementara menunggu rayuannya (Anwar) itu dilupuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Ketika ditemui pemberita, Karpal berkata beliau juga telah memfailkan sijil perakuan segera bagi memohon mahkamah mendengar permohonan Anwar secepat mungkin, iaitu sebelum 31 Mei, tarikh yang telah ditetapkan untuk perbicaraan kes liwatnya disambung.

Dalam afidavitnya itu, Karpal berkata perbicaraan itu perlu ditangguhkan sehingga rayuan itu diputuskan kerana Anwar mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kenyataan Mohd Saiful itu.

Karpal berkata, sekirannya Mahkamah Rayuan tidak memberikan perintah penangguhan perbicaraan kes liwat Anwar, keputusan yang akan diberikan oleh Mahkamah Tinggi akan menjadi sia-sia.

“Sekiranya Mahkamah Tinggi membenarkan supaya Anwar dibekalkan dengan semua kenyataan Mohd Saiful, ada kemungkinan besar bahawa kebolehpercayaan Mohd Saiful boleh dicabar dengan berkesan,” katanya.

Karpal berkata, sekiranya itu berlaku, ini bermakna keseluruhan keterangan Mohd Saiful akan terjejas dan tidak boleh diguna pakai dan keseluruhan kes pendakwaan akan terjejas mengakibatkan satu kes prima facie tidak dapat dibuktikan terhadap Anwar.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. – Bernama

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan –  13 Mei

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Mohd Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian,beliau mandi sepenuhnya. Mohd Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan

beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam

bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas

bagi membolehkan penangguhan diberikan. Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata ” Ooo.. mahu simpan bukti”.

Karpal : Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Mohd Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Mohd Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Mohd Saiful berkata beliau

memang ada peluang berbuat demikian.

Mohd Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatKAN nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Mohd Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008,

Karpal meminta Mohd Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada

wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Mohd Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus

peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

Bagaimanapun, Mohd Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat

ketiga di laporan itu iaitu pada ayat “pertama kali diliwat”.

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada

wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan

wartawan berkenaan. Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Mohd Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau

diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Mohd Saiful

berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.

Kepada persoalan lain, Mohd Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

Mohd Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lalu memberitahu

mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Mohd Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa

dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 Senior Asisten Komisioner (SAC) I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Mohd Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac

2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

“Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa

(R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong,” jawab Mohd Saiful

sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.

Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Mohd Saiful: Tidak setuju.

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan berkenaan serta soalan Karpal kepada Mohd Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.

Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya

konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat

Mohd Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit

Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Mohd Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat

Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, jam 1.30 tengah hari dan tiba

ke kondominum, di tempat kejadian 2.45 petang.

Menjawab soalan Karpal Singh mengapa beliau mengambil masa selama sejam

lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Mohd Saiful

berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.

“Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba

hilangkan diri,” katanya.

Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak

berkunci.

Mohd Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik. Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal Singh, bagaimanapun

dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak

pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup 2.15 petang. – Bernama

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan –  12 Mei

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diasak soalan oleh peguam Karpal Singh, memberitahu mahkamah semalam beliau tetap dengan pendirian kejadian beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dua tahun lalu, adalah tanpa kerelaannya.

Mohd Saiful, 25, yang tenang menjawab soalan balas Karpal itu berkata, pendiriannya itu ada dicatatkan melalui beberapa rakaman percakapan yang diberikan kepada pihak polis.

Ditanya Karpal sama ada beliau pernah memberikan kenyataan sama di luar mahkamah, Mohd Saiful menjawab, “Saya tidak pasti tetapi semua orang tahu.”

Karpal: Adakah kamu tahu tarikh ia (keterangan) itu direkodkan?

Mohd Saiful: Pada 29 Jun 2008 adalah yang pertama. Selepas itu saya tidak pasti kerana banyak kali.

Karpal: Semalam kamu kata ia berlaku tanpa kerelaan?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Ada direkodkan di sini (dalam laporan polis)?

Mohd Saiful: Ada.

Karpal: Adakah kamu tetap dengan pendirian semalam (kelmarin) ia tanpa kerelaan?

Mohd Saiful: Semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) adalah sama.

Pada peringkat itu Karpal memberitahu mahkamah pihak pembelaan memohon mendapatkan semua rakaman percakapan Mohd Saiful untuk meneliti pendiriannya sama ada dakwaan dirinya diliwat adalah tanpa kerelaan atau sebaliknya.

Katanya, ada percanggahan yang besar antara rakaman percakapan saksi, laporan polis dan keterangannya di mahkamah dengan tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dihadapi anak guamnya.

Beliau berkata, Seksyen 377B berhubung kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dilakukan dengan rela, manakala Seksyen 377C membabitkan kesalahan sama dilakukan ke atas seseorang tanpa kerelaannya.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin memberitahu mahkamah mengikut Seksyen 155 Akta Keterangan 1950, kewibawaan saksi hanya boleh dicabar jika ada keterangan saksi itu tidak boleh dipercayai, saksi disogok atau menerima rasuah dan keterangan saksi tidak konsisten.

Katanya, percanggahan dibangkitkan Karpal satu perkara baru kerana Seksyen 145 Akta Keterangan mengenai keterangan saksi terdahulu yang tidak konsisten dengan keterangannya di mahkamah dan bukannya bercanggah dengan pertuduhan.

Katanya, fungsi Peguam Negara dalam mengemukakan tuduhan dan keterangan seseorang pengadu perlu dibezakan dan pendakwaan seseorang tertuduh mengikut mana-mana seksyen di bawah bidang kuasa beliau yang tidak boleh dipersoalkan.

“Tidak ada perbezaan antara Seksyen 377B dan Seksyen 377C, ia satu kesalahan, sama ada secara sukarela atau tidak. Ia tidak memperuntukkan kesalahan yang berbeza cuma membabitkan hukuman lebih berat jika dilakukan tanpa kerelaan.

“Saya tegaskan tiada asas bagi mahkamah meneliti permohonan pihak pembelaan dan untuk mempercayai ada percanggahan seperti didakwa dan seterusnya mengarahkan dokumen berkenaan dibekalkan kepada mereka,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan hari ini untuk memberikan keputusan kerana beliau memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan –  11 Mei

KUALA LUMPUR: Selepas dua bulan ditangguhkan, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semalam dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mengaku pernah beberapa kali diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum kejadian pada 26 Jun 2008.

Mohd Saiful membuat pengakuan itu ketika menjawab soalan balas peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi di sini berhubung perjumpaannya dengan seorang pegawai polis, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Rodwan Yusof selepas beliau menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) pada 24 Jun 2008.

Dalam pertemuan dengan Mohd Rodwan di Hotel Melia di Jalan Imbi pada jam 8 malam itu, Mohd Saiful menceritakan bahawa beliau pernah diliwat Anwar beberapa kali.

Disoal Karpal, Mohd Saiful berkata, beliau tidak pernah mengenali Mohd Rodwan sebelum itu dan mengaku menemuinya selepas berjumpa dengan Najib.

Karpal: Jadi apa yang diceritakan kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu (Najib) adalah apa yang berlaku sebelum kejadian 26 Jun 2008 (kejadian Saiful mendakwa diliwat Anwar)?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Saiful juga berkata, beliau tidak tahu jika ada sesiapa yang mengarahkan Mohd Rodwan menemuinya dan tidak pasti daripada mana pegawai polis itu mendapat nombor telefonnya.

“Pada masa itu dia (Mohd Rodwan) telefon saya, beliau cakap hendak bertemu saya. Ketika bertemu dengannya, dia menyatakan hendak tahu apa masalah yang saya sedang hadapi,” katanya.

Terdahulu, Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Najib di kediamannya di Taman Duta di sini pada 24 Jun 2008 bagi mengadu masalahnya dan selepas itu tidak pernah lagi menemui Perdana Menteri.

Katanya, beliau hanya berjumpa Najib dan tidak pernah berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mohd Saiful berkata, dalam laporan polis dibuatnya pada 28 Jun 2008, beliau menyatakan kejadian liwat pada 26 Jun (dua hari sebelum laporan polis dibuat) dilakukan tanpa kerelaannya.

Dalam prosiding itu, Mohd Saiful turut diasak dengan beberapa soalan termasuk sama ada beliau mandi junub dan menunaikan solat pada hari kejadian liwat 26 Jun 2008.

Mohd Saiful mengaku beliau langsung tidak solat pada hari kejadian itu kerana diliwat dan kurang bersolat ketika bekerja dengan Anwar tetapi selepas membuat laporan polis, beliau kembali insaf serta menunaikan solat lima waktu.

Disoal Karpal berhubung mandi junub (wajib), Mohd Saiful berkata, beliau mandi sedikit saja dan tidak mencuci di bahagian dubur.

“Saya dalam keadaan darurat ketika itu kerana jika saya mandi…,” katanya tanpa sempat menghabiskan penjelasannya kerana dicelah Karpal dengan soalan lain.

Menjawab soalan Karpal, Mohd Saiful juga mengakui tidak mandi junub pada 27 Jun 2008 dan pada hari beliau ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) serta Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat pemeriksaan pada 28 Jun 2008.

Disoal berhubung pemeriksaannya di Pusrawi pada jam 2 petang, 28 Jun 2008, Mohd Saiful berkata beliau memaklumkan doktor yang memeriksanya, Dr Mohd Osman Abdul Hamid, bahawa beliau sakit di bahagian dubur dan perut.

“Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut. Ketika dia periksa, saya berterus terang dengan cakap saya diliwat,” katanya.

Diminta menjelaskan mengenai laporan Dr Mohd Osman yang menyatakan pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur, Mohd Saiful berkata:

“Saya tidak pernah berkata demikian, saya tidak pasti mengapa ini ditulis, tetapi ia adalah bohong dan tidak benar.”

Mohd Saiful berkata, Dr Osman kemudian menyarankan beliau membuat pemeriksaan di HKL dan beliau berada di hospital itu antara jam 3 petang hingga 12 malam.

“Dr Daniel mengarahkan saya ke wad One Stop Crisis Centre (OSCC) dan ketika berjumpanya, saya berterus-terang yang saya diliwat. Saya diperiksa secara rapi oleh tiga doktor lelaki,” katanya.

Diminta menjelaskan laporan perubatan yang menyatakan tiada kecederaan dikesan di duburnya, Mohd Saiful berkata, beliau tidak tahu kerana tidak dapat melihat duburnya sendiri.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan bagaimanapun mencelah dengan menyatakan Karpal sepatutnya mengajukan soalan itu kepada doktor yang memeriksa Mohd Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Zabidin yang bersetuju dengan Mohamed Yusof, berkata sudah tentunya Mohd Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah ketawa.

Mohd Saiful turut berkata: “Semasa diliwat saya guna pelincir”.

Perbicaraan itu yang sepatutnya disambung pada sebelah petang, bagaimanapun ditangguhkan hari ini selepas Karpal memohon masa untuk menyiapkan hujah bagi mendapatkan semua keterangan bersumpah Mohd Saiful, yang diberikan kepada dua polis di wad HKL pada 28 Jun 2008.

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan –  10 Mei

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa laporan polis yang dibuatnya menyatakan beliau diperlakukan demikian tanpa kerelaan.

Mohd Saiful, 25, yang memakai kot hitam dan berkemeja biru, berkata demikian apabila ditanya oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan dalam pemeriksaan balas ketika kes itu disambung semula hari ini di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Kemudiannya, Mohd Saiful diminta oleh Karpal membaca laporan polis yang dibuatnya.

Laporan itu antaranya berbunyi : “Saya Mohd Saiful ingin melaporkan saya diliwat oleh majikan saya. Kejadian ini tanpa kerelaan saya…Oleh itu laporan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapat keadilan dan pembelaan atas diri saya bagi tujuan keselamatan jika perkara ini tersebar luas.”

Terdahulu, selepas Mohd Saiful mengangkat sumpah dalam kandang saksi, Karpal Singh mengingatkan beliau supaya bercakap benar di mahkamah kerana menjadi kewajipan besar baginya sebagai saksi untuk bercakap benar.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, di sebuah apartmen di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa seorang anggota polis iaitu Asisten Komisioner Mohd Rodwan Yusof, berjumpa dengannya di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 8 malam 24 Jun 2008.

Karpal: Untuk tujuan apa ACP Rodwan berjumpa kamu?

Mohd Saiful: Pada masa itu ACP Rodwan ada telefon saya. Beliau kata nak jumpa. Pada masa itu saya tidak tahu tujuan apa. Masa jumpa dia tanya saya apa masalah yang saya hadapi.

Karpal: Jumpa ACP Rodwan lepas jumpa (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Ada sesiapa arahkan ACP Rodwan jumpa anda?

Mohd Saiful: Tidak tahu.

Karpal: Macam mana dia tahu nombor telefon anda?

Mohd Saiful: Tidak pasti

Karpal: Apa berlaku lepas berjumpa?

Mohd Saiful: Saya ceritakan kepada dia yang saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

Karpal: Ada kenyataan anda kata, anda diliwat tanpa kerelaan?

Mohd Saiful: Ya, dalam laporan polis saya.

Karpal juga bertanya Mohd Saiful dengan siapa beliau berjumpa sebelum mendapatkan rawatan dan mengapa beliau mengambil selama dua hari sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaannya diliwat.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008 bagi mengadu masalahnya kepada Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri di rumah Najib di Taman Duta di sini dan selepas itu beliau tidak berjumpa lagi dengan Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau hanya berjumpa Najib, dan tidak pernah berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika ditanya Karpal mengenai pemeriksaannya di Hospital Pusrawi pada 28 Jun, iaitu selepas dua hari beliau didakwa diliwat oleh Anwar, Mohd Saiful berkata, bahawa beliau memberitahu Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang beliau sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut.

Mohd Saiful berkata, sebelum pemeriksaan dibuat oleh Dr Mohd Osman, beliau memberitahu yang beliau sakit perut tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat.

Ketika diminta penjelasan mengenai laporan perubatan oleh Dr Mohd Osman yang antaranya menyebut bahawa “pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur”, Mohd Saiful berkata, beliau tidak faham tulisan doktor itu.

Karpal: Adakah apa yang ditulis ini benar?

Mohd Saiful: Saya tidak pernah buat aduan seperti ini kepada doktor itu.

Karpal: Adakah anda tahu doktor itu akan beri keterangan di mahkamah?

Mohd Saiful: Ya tahu.

Karpal: Mengapa doktor itu tulis macam itu.

Mohd Saiful: Saya tidak pasti.

Karpal: Adakah doktor itu bohong?

Mohd Saiful : Ya bohong. Tidak benar.

Mohd Saiful kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa selepas berjumpa dengan Dr Osman, beliau diarah oleh doktor itu untuk membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Saiful berkata, beliau pergi ke HKL dengan bapa saudaranya yang dipanggilnya Uncle Tuah pada 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Di HKL, katanya, seorang doktor bernama Dr Daniel memintanya pergi ke wad One Stop Crisis Centre (OSCC) dan semasa berjumpa Dr Daniel beliau berterus terang yang beliau diliwat.

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diperiksa oleh tiga orang doktor termasuk Dr Daniel.

Beliau juga diminta membaca laporan perubatan oleh ketiga-tiga doktor itu.

Karpal juga meminta Mohd Saiful menjelaskan mengenai kandungan laporan perubatan itu antaranya “tiada tanda cedera di dubur” yang mana Mohd Saiful menjawab beliau tidak dapat melihat duburnya sendiri.

Karpal: Apa pendirian kamu dengan laporan perubatan ketiga-tiga doktor iaitu iaitu “tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan dubur awak.”

Mohd Saiful: Saya tidak tahu. Saya tidak dapat nampak dubur saya.

Ketika ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah, dan berkata, Karpal sepatutnya menunjukkan soalan itu kepada

doktor berkenaan.

Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dengan Mohamed Yusof, dengan berkata, bahawa sudah tentunya Mohd Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri, dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah ketawa.

Mohd Saiful juga menyampuk sambil menjawab “Semasa diliwat saya guna pelincir.”

Pada pemeriksaan balas itu juga, Karpal meminta penjelasan Mohd Saiful sama ada beliau adalah seorang Islam yang baik, dan Mohd Saiful berkata, beliau cuba untuk menjadi seorang Islam yang baik.

Mohd Saiful berkata, ketika bekerja dengan Anwar, beliau jarang bersembahyang tetapi mulai insaf selepas membuat laporan polis berhubung kejadian liwat itu.

Katanya, beliau tidak sembahyang selepas kejadian liwat.

Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)?

Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.

Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun?

Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.

Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?

Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.

Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?

Mohd Saiful :Ya.

Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.

Pada ketika itu, Mohamed Yusof membantah. Hakim Mohamad Zabidin kemudiannya berkata, pihak pembelaan tidak boleh membantah sekiranya pihak pendakwaan membuat serangan peribadi terhadap Anwar, di mana Karpal menjawab, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap perkara itu.

Perbicaraan disambung esok bagi mendengar kedua-dua pihak berhujah mengenai permohonan Karpal untuk mendapat salinan keterangan saksi yang diambil oleh polis. – Bernama

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan – 16 April

PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan tuduhan liwat terhadapnya akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei depan.

Peguam bela Anwar, S N Nair memberitahu pemberita bahawa beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui faks.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Rayuan yang pada 17 Februari memutuskan bahawa Anwar gagal untuk membuktikan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap beliau adalah bersifat menindas bagi membolehkan tuduhan itu dibatalkan.

Anwar, 63, mahu agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat berdasarkan penemuan laporan perubatan oleh tiga doktor bahawa “tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum”.

Beliau gagal dalam usahanya agar tuduhan itu dibatalkan di Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonannya pada 1 Disember tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful apabila perbicaraan bersambung pada 10 Mei. – Bernama

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan – 22 Mac

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Bebas hari ini mencadangkan di Dewan Rakyat supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung perkara itu.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu perlu diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap Anwar.

Katanya, rakyat terutama orang kampung terpedaya apabila perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh dijaja di seluruh negara.

“Jadi, sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya seperti yang didedah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai Peristiwa 16 September, nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret, kemudian cerita Apco yang menjadi heboh pagi ini yang didedah penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau.

“Kemudian kaset yang mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ibrahim berkata, tidak ada siapa yang melebihi undang-undang di negara ini, malah Malaysia mempunyai Mahkamah Khas untuk membicarakan kes yang membabitkan Raja-Raja Melayu.

“Orang lain boleh didakwa di mahkamah, orang ini tak boleh sebab kononnya dia tak bersalah…ini adalah hari yang amat mengaibkan.

“Sebab itu saya katakan wajar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja atau menjalankan inkues untuk menyiasat ataupun membuka kertas putih supaya kita dapat betulkan persepsi rakyat ini, betulkan fikiran rakyat ini, kononnya ketua pembangkang ini adalah satu tokoh yang cukup bersih, hebat dan dia sajalah yang dapat menyelamatkan negara Malaysia ini, orang lain tak layak jadi Perdana Menteri.

“Dan selagi mana dia tak dapat jadi Perdana Menteri, selagi itulah ianya menghantui rakyat Malaysia dan selagi itulah isu ini akan terus berlaku, dan saya tidak tahu bagaimanakah perjalanan mahkamah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan berada dalam keadaan serba-salah untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

“Mengambil tindakan dikatakan zalim, tak ambil tindakan, ini yang jadi. Jadi yang pentingnya macam mana nak betulkan persepsi atau pandangan rakyat mengenai perangai dan tindak-tanduk ketua pembangkang ini.

“Saya bandingkan dengan kes Datuk Harun (Idris) dulu, kes Datuk Mokhtar (Hashim) serta banyak lagi pemimpin lain yang dihadapkan ke mahkamah, tetapi mereka melalui proses mahkamah dengan penuh tenang sebab kita kena percaya suatu hari nanti, Allah akan buktikan siapa yang benar dan tidak benar,” katanya.

Selama ini, beliau berkata pihak pembangkang terutamanya beria-ia mahu melihat sistem kehakiman negara berjalan dengan baik tanpa diganggu gugat, telus dan dihormati oleh semua pihak sehingga Jawatankuasa Pelantikan Hakim dibentuk.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat pengedaran sejuta risalah serta surat yang turut dilampirkan laporan perubatan yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiayai dalam kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, terdapat kaset atau cakera padat yang mengandungi fatwa Yusuf al-Qaradawi yang dibuat di kediaman tokoh agama itu di Qatar yang mahu Saiful dirujuk di bawah qazaf mengikut Undang-undang Syariah kerana gagal mengemukakan empat saksi dalam pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Ibrahim mencadangkan kerajaan mengambil langkah mempertemukan Saiful dengan Yusuf bagi membolehkan ulama terkenal itu mendapatkan gambaran sebenar mengenai kes itu.

Katanya, tindakan Anwar turut menyaksikan campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan.

Ibrahim berkata, beliau telah mengutus surat kepada Ahli Parlimen Australia Micheal Danby yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negara bagi membantah campur tangan itu.

“Mengikut apa yang saya dapat dari laman web, Micheal Danby adalah daripada bangsa Yahudi dan penyokong kuat Israel serta pejuang hak asasi golongan gay dan lesbian. Ini maklumat yang mungkin rakyat Malaysia terutama orang kampung tak tahu,” katanya. – Bernama

Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd. Saiful Bukhari Azlan – 5 Feb

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini.

Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Mohd. Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.

Mohd. Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. – Bernama

Kes Liwat Anwar SAiful “Can I f- you today?” – 3 Feb

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f- you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata “what” (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri. Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Permohonan itu dibenarkan oleh hakim untuk perbicaraan yang bersambung esok.

Sebelum itu, Mohd Saiful, 25, berkata beliau pergi ke kondominium tersebut dengan menaiki sebuah van dan tiba di hadapan pondok pengawal pada kira-kira pukul 2.15 petang dan hanya perlu menyebut perkataan “Mokhtar” sebelum dibenarkan masuk.

Mohd Saiful berkata beliau pernah pergi ke kondominium tersebut untuk bertemu Anwar di sebuah unit lain yang dimiliki rakan tertuduh bernama “Hasanuddin”.

“Untuk sampai ke unit bernombor 1152, saya terpaksa menaiki lif dan menggunakan intercom, dan setiap kali mendengar suara lelaki yang sama menjawab sebelum pintu unit itu dibuka,” jelas Mohd Saiful.

Beliau kata sebaik sahaja bilik itu dibuka, beliau melihat Anwar duduk di meja makan.

Mohd Saiful berkata beliau hanya bekerja dengan Anwar selama empat bulan iaitu pada awal Mac 2008 sehingga 28 Jun tahun yang sama dan berhenti sebagai pembantu peribadinya kerana tidak sanggup lagi diliwat oleh majikannya itu.

Mohd Saiful yang berkot biru gelap dan kemeja biru berkata beliau tidak memberikan surat peletakan jawatan kepada Anwar tetapi memberitahu mengenai perkara itu melalui e-mel yang dihantar menerusi blackberrynya kepada e-mel Anwar pada 27 Jun 2008.

Dalam e-mel itu, beliau memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Ditanya Mohamed Yusof mengapa beliau berhenti kerja Mohd Saiful berkata beliau tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan.

Bagaimanapun apabila ditanya kali kedua kenapa beliau berhenti kerja, katanya beliau tidak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan itu.

Mohd Saiful berkata disebabkan beliau mula bekerja seminggu sebelum pilihan raya umum ke-12, beliau ditugaskan sebagai sukarelawan iaitu mengatur jadual perjalanan pilihan raya dan program pilihan raya bagi Anwar.

Setelah dua bulan bekerja, iaitu pada April beliau dilantik sebagai pembantu peribadi tetapi tiada surat pelantikan diberikan kepadanya.

Selaku pembantu peribadi, Mohd Saiful berkata beliau mempunyai empat tugas iaitu mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ejen anggota-anggota Parlimen yang ingin lompat parti, membantu Ibrahim Yaakub iaitu pembantu khas Anwar bagi mengatur jadual Anwar, membuat filing dokumen sulit Anwar seperti penyata bank dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar pada setiap pagi seperti memeriksa khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon itu.

Mohd Saiful berkata beliau dibayar gaji secara rasmi sebanyak RM1,000 sebulan dan diberikan elaun USD$1,000 dan HKD$10,000, bergantung pada lawatan yang diikutinya.

Ketika ditanya Mohamed Yusof mengenai tahap pendidikannya, Mohd Saiful berkata pada tahun 2003 beliau telah mengikuti kursus Landasan Kejuruteraan Kuasa Elektrik di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kemudiannya ditawarkan mengikuti kursus yang sama pada peringkat ijazah.

Bagaimanapun beliau tidak menamatkan pengajiannya kerana gagal dalam peperiksaan.

“Keputusan saya sangat teruk. Saya malu dan tertekan dan bertindak tamatkan pengajian,” katanya.

Mohd Saiful juga diminta Mohamed Yusof membaca dalam hatinya laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2006, dua hari selepas kejadian, mengenai kes liwat itu.

Ketika Mohamed Yusof mengemukakan soalan, siapa yang membawa beliau ke balai polis Jalan Travers untuk membuat laporan, Karpal Singh memohon mahkamah untuk membatalkan perkataan “kejadian kali terakhir” di barisan tiga dalam laporan polis itu. Karpal berkata perkataan-perkataan “kejadian kali terakhir” memberi maksud adanya kejadian-kejadian lain sebelum 26 Jun 2008.

Mohamed Yusof berkata laporan polis itu ditulis berdasarkan apa yang diberitahu oleh pengadu dan pihak pendakwaan tidak boleh menghalang laporan tersebut dibuat.

Mohamed Yusof berkata walaupun ayat itu ada tertera dalam laporan polis tersebut, pihak pendakwaan akan hanya menjuruskan kes berkenaan mengikut kertas pertuduhan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Karpal Singh untuk membatalkan perkataan itu kerana ia akan membawa maksud adanya kejadian lain sebelum itu.

Dalam ucapan pembukaannya, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar.

Mohamed Yusof dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.

Selain Karpal Singh, Anwar juga diwakili peguam Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando. – BERNAMA

Rogol dan Liwat- Kumpulan ‘Sawit United’ Tumpas
Penjenayah samun, rogol dan liwat yang dikenali sebagai kumpulan ‘Sawit United’ yang cuba menyerang polis dengan senjata tajam di ladang kelapa sawit Serting Hilir, Bandar Sri Jempol, berakhir tragedi apabila mereka terbunuh selepas ditembak malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, tiga lelaki menunggang tiga motosikal terserempak dengan sepasukan polis berhampiran tangki air ladang kelapa sawit itu.

Mereka yang berusia 20-an hingga 30-an turun daripada motosikal lalu menyerang polis dengan senjata berbahaya seperti pisau dan sabit, menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata lapan das tembakan dilepaskan polis membunuh tiga lelaki itu yang tiada dokumen pengenalan diri.

Katanya, polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan yang mendapat maklumat mengenai kehadiran suspek di lokasi berkenaan sejak beberapa hari lalu bertindak melakukan rondaan.

“Operasi membabitkan kira-kira 20 anggota dan pegawai dan polis percaya kumpulan tiga lelaki ini terbabit dalam 13 kes jenayah di negeri ini sejak tahun lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis merampas sebilah pisau, pemutar skru dan alat pemotong. Tiga butir peluru jenis 9 mm turut ditemui berhampiran mayat seorang daripada suspek.

Menurutnya, modus operandi kumpulan penjenayah ini adalah menceroboh rumah mangsa sebelum mengikat dan menutup mulut menggunakan pita pelekat lalu melakukan samun.

“Kumpulan penjenayah itu dipercayai turut terbabit dalam beberapa kes jenayah, termasuk samun di Johor, Melaka, dan Pahang, selain satu kes rogol dan liwat di Johor, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, polis percaya ada beberapa lagi ahli kumpulan penjenayah itu yang masih bebas dan usaha mengesan mereka giat dilakukan.

Katanya, kumpulan penjenayah ini dipercayai aktif sejak kira-kira setahun lalu dan menjadikan kawasan ladang kelapa sawit sebagai tempat pertemuan.

“Polis percaya, ketika kejadian, mereka merancang melakukan jenayah. Polis juga mendapati satu daripada motosikal digunakan suspek adalah motosikal curi manakala dua lagi dalam siasatan.

“Kami juga menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga penjenayah kerana tiada dokumen perjalanan diri ditemui bersama mereka,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai saki baki kumpulan suspek yang masih diburu boleh menghubungi IPK Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau balai polis berhampiran.

asnawi@hmetro.com.my

2010/03/07

Guru Didakwa Meliwat dan Lakukan Seks Oral
KLANG, 21 Jan — BERNAMA melaporkan seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap seorang remaja lelaki berumur 14 tahun di sebuah rumah di Rantau Panjang di sini, Ogos tahun lepas.

Badrul Akmal Ishak, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii dengan meliwat mangsa di rumah No: 53, Jalan Genting 5/KU4, Taman Kembara 2, Rantau Panjang, kira-kira pukul 1 pagi pada 24 Ogos tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Badrul Akmal, yang ditangkap pada 29 Ogos tahun lepas, juga didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa, kira-kira pukul 3 pagi di tempat dan hari yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pembantu Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin membantah ikat jamin diberikan kepada Badrul Akmal kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa.

Peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh bagaimanapun menyangkal dakwaan Aimi Syazwani dengan alasan anak guamnya yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis tidak pernah mengganggu mangsa.

Lazarus memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah munasabah dan mengenakan syarat-syarat tambahan kepada anak guamnya.

Hakim Yong Zarida Sazali kemudian membenarkan Badrul Akmal diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta seorang penjamin dan melarang tertuduh mendekati atau menganggu mangsa.

Mahkamah turut memerintahkan Badrul Akmal melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes itu selesai dan menetapkan 3 Mac untuk sebutan semula kes. — Bernama

Rayuan Anwar Bagi Kes Liwatnya Dibicara Di Mahkamah Sesyen Ditolak
PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) — Mahkamah Rayuan pada Khamis menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya perbicaraan kes liwatnya dihantar semula ke Mahkamah Sesyen daripada Mahkamah Tinggi.

Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah memutuskan tiada anggota Eksekutif, atau malahan Perdana Menteri boleh campur tangan atau membelenggu kuasa bebas pendakwa raya daripada segi pendakwaan.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan itu berkata Perdana Menteri bukan pihak berkuasa kompeten berhubung perkara berkaitan pendakwaan jenayah di negara ini.

“Kuasa ini sepertimana ditetapkan dalam Perkara 145(3) & (3A) Perlembagaan Persekutuan adalah hanya terletak pada pendakwa raya. Semua pendakwaan adalah atas namanya yang mewakili kepentingan negara atau awam,” kata Hakim Abdull Hamid.

Beliau berkata pendakwa raya, yang juga merupakan Peguam Negara, daripada segi pentadbiran adalah bertanggungjawab kepada Perdana Menteri tetapi pastinya bukan dalam bidang pendakwaan di mana Perlembagaan Persekutuan dan juga awam mahukan beliau bebas daripada sebarang campur tangan atau halangan luaran.

Beliau berkata sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pendakwa raya adalah sah mengikut Seksyen 418A Kanun Acara Jenayah (KAJ) kerana beliau hanya menjalankan tugas pentadbiran apabila beliau menandatanganinya.

Selepas keputusan itu disampaikan, Anwar yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata: “Saya meluat dengan keputusan ini, ia mempermainkan badan kehakiman kita”.

Anwar, 62, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Mac yang mengubah keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengekalkan perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Sesyen.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya yang berumur 23 tahun, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, S. N.Nair memberitahu pemberita pasukan pembelaan menimbangkan untuk memfailkan semakan terhadap keputusan Khamis.

Hakim Abdull Hamid berkata jaminan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Abdul Gani tidak akan terlibat secara peribadi dalam kes itu tidak bermaksud pendakwa raya itu dihalang sepenuhnya daripada menjalankan tugasnya daripada segi pendakwaan.

Beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, dalam keputusan kerangka 17 muka surat, berkata jaminan Abdullah itu bermaksud pendakwa raya (Abdul Gani) tidak lagi dilihat mewakili dalam prosiding liwat Anwar.

“Ia tidak boleh dikatakan sebagai bermaksud sehingga ke tahap yang bekas Perdana Menteri berhasrat menghalang pendakwa raya daripada menjalankan tugas rasminya seperti menurunkan tandatangan pada sijil pemindahan,” katanya.

Katanya Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila memutuskan sijil pemindahan itu tidak sah kerana semasa ia dikemukakan kepada mahkamah, mahkamah rendah itu tidak mempunyai bidang kuasa atau budi bicara untuk menentukan kesahihannya tetapi membuat pemindahan itu seperti diminta.

Katanya Hakim Mahkamah Sesyen tidak terbelenggu dengan kuasa seperti itu dan bahawa beliau telah bertindak di luar bidang kuasanya.

“Apabila berdepan dengan sijil seumpama itu, mahkamah rendah tiada pilihan kecuali mematuhinya. Ini adalah syarat mandatori di bawah Seksyen 418A KAJ,” katanya.

Hakim Abdull Hamid juga berkata disebalik dakwaan akan wujud keadaan berat sebelah dan konflik kepentingan di pihak Abdul Gani, beliau merupakan satu-satunya pegawai yang diberikan kuasa spesifik mengikut undang-undang untuk menandatangani sijil pemindahan itu mengikut Seksyen 418A KAJ.

“Tindakannya itu tidak boleh dipertikaikan dengan alasan berlakunya berat sebelah atau konflik kepentingan,” katanya.

Hakim Abdull Hamid juga berkata mengikut seksyen itu, tiada sesiapa boleh mempersoalkan keputusan Abdul Gani apabila beliau mengeluarkan sijil pemindahan dan keputusannya itu adalah muktamad dan bahawa mahkamah rendah perlu memindahkan kes sebaik menerima sijil itu.

“Ia memberikan kuasa tidak terhalang dan tidak terkawal kepada beliau (Abdul Gani) daripada aspek yang amat luas berhubung keperluan ini”, katanya.

Hakim Abdull Hamid juga berkata kuasa mandatori itu turut disahkan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Peguam Negara memiliki bidang kuasa untuk memulakan prosiding mahkamah dalam mana-mana forum yang dipilihnya tanpa perlu memberikan alasan bagi tindakannya itu.

Beliau berkata selepas menimbangkan semua faktor, mahkamah mendapati forum yang betul untuk mengendalikan kes liwat Anwar ialah Mahkamah Tinggi kerana tiada bukti menunjukkan Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di situ.

Sebelum mengakhiri penghakimannya, Hakim Abdull Hamid menegaskan bahawa seperti biasa, mana-mana keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu akan menarik kritikan, komen dan pengkritik.

Semasa Hakim Abdull Hamid separuh jalan membacakan keputusan itu, Anwar dilihat tidak berpuas hati dan didengar menggumam “Tidak! Tidak!”.

– BERNAMA

Perbicaraan Kes Liwat Anwar
PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) — Mahkamah Rayuan menetapkan Khamjis untuk membuat keputusan dalam rayuan mengenai forum yang betul untuk mendengar perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, berkata beliau akan memberikan keputusan secara lisan berhubung rayuan Anwar untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menetapkan bahawa kes liwatnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Anwar, yang diiringi isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada prosiding Rabu, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Mac yang memansuhkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengekalkan pendengaran perbicaraan kes liwat itu di Mahkamah Sesyen.

Mengikut prosedur, oleh kerana kes itu bermula di mahkamah rendah, rayuan terakhir ialah di Mahkamah Rayuan.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Kes itu ditetapkan bagi perbicaraan pada 8 Julai di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada permulaan prosiding, peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah berhujah jaminan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada media pada sidang akhbar bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terbabit secara peribadi dalam kes itu telah mewujudkan jangkaan daripada segi undang-undang kepada Anwar dan awam.

Sulaiman berkata malahan Abdullah turut memberikan jaminan kerajaan itu pada pertemuan dengan Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah, di Parlimen bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

Beliau berkata persepsi awam adalah amat penting dan dengan itu Abdul Gani sepatutnya menarik diri daripada kes itu dan sepatutnya tidak menandatangani sijil pemindahan.

Mengambil contoh kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin lwn Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi, Sulaiman berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mohammad Ariff Md Yusof telah menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan persepsi awam kerana pembabitannya dalam PAS sebelum beliau dilantik pesuruhjaya kehakiman September lepas.

Sulaiman berkata wujud bahaya akan berlaku berat sebelah di pihak Abdul Gani dalam kes itu memandangkan fakta yang didedahkan baru-baru ini mengenai peranan Abdul Gani sebagai pendakwa raya dalam cubaan menutup insiden mata lebam pada 1998.

“Lagipun, Abdul Gani selaku pendakwa raya dalam kes sebelum ini (kes mata lebam) terhadap Anwar, telah memainkan peranan sebagai penyiasat dan pendakwa. Sebagai penyiasat, beliau bertindak mendapatkan keterangan palsu dengan menggunakan proses keadilan jenayah daripada peguam bela Anwar. Sebagai pendakwa raya, beliau hadir di mahkamah sebagai sebahagian pasukan pihak pendakwaan,” katanya.

Sulaiman berkata oleh yang demikian, Abdul Gani sepatutnya secara automatik lucut kelayakan atas alasan wujud konflik kepentingan.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan berhujah jaminan Abdullah bahawa Abdul Gani tidak akan mengambil bahagian secara peribadi dalam kes itu bermaksud Abdul Gani tidak akan terlibat secara langsung dalam prosiding kes liwat Anwar itu dalam pasukan pendakwaan.

Katanya semasa Abdullah memberikan jaminan itu, jelas dalam fikirannya tidak merujuk kepada Seksyen 418A Kanun Acara Jenayah (KAJ) yang sekysen itu menetapkan, mahkamah rendah perlu memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pemindahan dikemukakan kepada mahkamah.

Mohamed Yusof berkata Abdul Gani sebagai Peguam Negara, hanya bertanggungjawab kepada Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan dan bukannya ketua eksekutif (Perdana Menteri).

Beliau berkata malahan sekiranya kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, ia tidak akan mengenepikan hak Anwar bagi perbicaraan yang adil kerana apa yang berbeza hanya tempatnya.

Mohamed Yusof berkata Abdul Gani hanya menjalankan tugas pentadbiran dan bukannya tugas kehakiman atau kuasi-kehakiman apabila beliau menandatangani sijil pemindahan itu mengikut Seksyen 418A KAJ.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Jumaat ini bagi pendengaran permohonan Anwar supaya mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan memberikan semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu kepadanya.

Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini tetapi semalam Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan bagi perkara itu di Mahkamah Tinggi, sementara menunggu keputusan (Mahkamah Rayuan) berhubung perkara itu.

Antara dokumen yang diminta termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, sampel DNA, kenyataan para saksi termasuk kenyataan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan polis.

Dalam prosiding hari ini, seorang daripada peguam bela Anwar, S.N.Nair meminta Hakim menetapkan tarikh sebutan bagi membolehkan peguam bela pergi ke mahkamah untuk mencari tarikh yang mereka bebas daripada kes lain untuk ditetapkan bagi pendengaran permohonan itu.

Namun Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin meminta mahkamah meneruskan prosiding itu esok kerana menurutnya terdapat petanda yang Mahkamah Rayuan akan memberikan keputusannya hari ini.

Mohamad Zabidin, bagaimanapun, menetapkan Jumaat bagi pendengaran dan meminta Nair memaklumkan kepada peguam utama Anwar, Sulaiman supaya memebri keutamaan kepada permohonan itu.

– BERNAMA