Seksi Malaysia » Khalwat

5 Kes Khalwat dan Cerai Sensasi 2009
KES-KES mahkamah melibatkan artis sering mendapat perhatian utama di dada-dada akhbar kerana ia menarik minat para pembaca yang mahu mengetahui kehidupan peribadi artis terbabit.

Kes-kes sebegini bukan sahaja meliputi perceraian, malah turut melibatkan tuntutan saman malu, khalwat, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya sehingga mencetuskan kontroversi.

Akhil Hayy-Maizawati

Kes menuntut ‘kebenaran cerai’ yang dikemukakan oleh isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal apabila penyanyi dan penceramah bebas itu tidak pulang ke rumah dan tidak bertanya khabar selama tiga bulan.

Kemuncak ketegangan rumah tangga Akhil sampai ke penghujungnya pada 15 Julai lalu apabila dia dengan sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Kemelut rumah tangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’ dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Norman Hakim-Memey Suhaiza

Pasangan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan pelakon baru Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008.

Pertuduhan dibuat terhadap Norman-Memey dan difailkan pada bulan Januari tahun ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Memey dan Norman diwakili oleh peguam syarie yang sama iaitu, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Prosiding kes mereka masih lagi berjalan.

Daphne Iking

Bekas suami Daphne Iking, Ryan Chong Yiing Yih telah menfailkan saman peribadi terhadap seorang eksekutif Darren Choy Khin Min berhubung dakwaan memikat model dan pengacara TV itu.

Kes yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy dituduh memikat atau membawa pergi seorang perempuan iaitu Daphne yang ketika itu masih menjadi isteri kepada Chong dengan niat untuk membolehkannya melakukan persetubuhan yang ditegah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di B-13-2 The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail di sini, antara Julai 2007 hingga September 2008.

Daphne dan Chong berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel kini berusia 21 bulan.

Pada 9 Disember lalu, Mahkamah Majistret telah menggantung prosiding dan membenarkan Darren untuk merujuk tujuh soalan perlembagaan bagi menentukan sama ada prosiding saman peribadi terhadapnya sah dari segi perlembagaan.

Erema-Seri Bayu

Kes cerai fasakh biasa melibatkan pasangan penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad dan penulis lirik Seri Bayu atau Jamaludin Sulik dianggap antara kes yang sukar apabila sang suami mengenakan syarat untuk melepaskan sang isteri.

Seri Bayu berkata dia boleh melepaskan Erema dengan syarat wanita itu perlu meminta maaf kerana telah mengaibkan dan menamparnya.

Erema telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu dan perbicaraan kes cerai fasakh ini ditangguhkan pada 1 Mac depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Mahkamah juga telah memerintahkan Maybank cawangan Sungai Besi mengeluarkan penyata Erema mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat.

Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan Seri Bayu ke dalam akaun miliknya.

Nash-Sosilawati

Setelah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu, kini pasangan Nash atau Jamaludin Elias dan Datuk Sosilawati Lawiya sedang berhadapan dengan majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta sepencarian RM1.38 juta.

Kes tersebut melibatkan tuntutan Sosilawati terhadap penyanyi dan pelakon itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang ditangguh pada 12 Januari depan.

Sosilawati sebelum ini berjanji tidak akan menuntut nafkah edah, mutaah, nafkah tertunggak dan apa juga tuntutan yang dibenarkan di mahkamah, manakala permohonan bagi harta sepencarian akan difailkan kemudian.

Menurut draf tuntutan itu, Nash berjanji membayar semula keseluruhan wang yang dipinjamkan Sosilawati kepadanya secara ansuran, namun sehingga kini Nash gagal menjelaskan semula hutangnya kepada Sosilawati.

Isnin Disember 28, 2009 (mStar Online)

Video Khalwat JAIS Terbocor di Internet
Video khalwat yang  menunjukkan aksi-aksi berkhalwat pasangan remaja sewaktu ditahan pihak berwajib yang didakwa sebahagian koleksi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini disebarkan di Internet dan mendapat sambutan hangat orang ramai.

Video-video pendek khalwat ini, semuanya sekitar 20 hingga 30 saat, memuatkan saat-saat pasangan disoal siasat oleh seseorang, dipercayai penguatkuasa agama, untuk menentukan sama ada mereka suami isteri yang sah.

Dalam klip-klip video khalwat tersebut, pasangan yang ditahan kelihatan cemas apabila didekati oleh beberapa lelaki dan diminta memperkenal diri masing-masing.

Tiga daripada klip video khalwat tersebut didakwa berasal daripada koleksi bahagian penguatkuasaan JAIS dengan nombor fail 23, 28 dan 172.

Sementara satu klip tersebut pula menunjukkan seorang gadis yang didakwa sudah insaf dengan keterangan “syukur, ada peluang bertaubat. Tahniah JAIS & majlis perbandaran!”

Semua klip video ini dimasukkan ke sebuah portal video terkenal di dunia sejak awal bulan ini oleh seorang ahlinya.

Sementara seorang ahli lain memuatkan satu klip video satu pasangan remaja yang dipercayai mengadakan hubungan seks yang lebih intim.

Berdasarkan dialog dalam klip itu, sepanjang 51 saat, lelaki yang menyoal siasat mengesyaki pasangan ini menyentuh bahagian sulit masing-masing.

Walaupun ahli ini tidak menyebut sumber video tersebut diperolehi daripada JAIS, teknik soal siasat itu sama seperti klip-klip video yang didakwa diperolehi daripada jabatan tersebut.

Sewaktu dihubungi mStar Online hari ini, penolong pengarah sektor operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIS mengesahkan pihaknya membuat rakaman video sewaktu operasi tangkapan khalwat.

Akmal Senin berkata JAIS merakam adegan-adegan seperti itu sebagai bahan bukti dalam sesetengah kes khalwat yang dibicarakan di mahkamah syariah negeri itu.

“Tapi tidak semua video yang dirakam digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan, hanya kadang-kadang saja digunakan dalam kes tertentu. Apabila selesai perbicaraan, pihak peguam bela boleh mohon untuk lupuskan bahan bukti, tetapi ada juga yang kita simpan,” katanya.

Ditanya kewujudan klip-klip video di Internet yang didakwa berasal daripada JAIS, beliau berkata: “Kami belum dapat sahkan atau nafikan kerana kami pun belum tengok lagi video-video ini dan saya rasa mungkin bukan datang daripada JAIS dan kita pun belum pernah dapat maklumat mengenai video sebegini.”

Beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai berkenaan jika terbukti video tersebut diperolehi daripada sumber jabatan agama itu.

“Ini soal etika. Jika kita dapati ada anggota kita yang terlibat, kita akan kenakan tindakan tatatertib kerana mereka adalah kakitangan awam,” kata Akmal.

Beliau menjelaskan, unit teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) jabatan tersebut terlibat dalam operasi khalwat kerana tidak semua pegawai penguatkuasa mempunyai kemahiran mengendalikan rakaman.

“Kita ada satu unit ICT yang mengendalikan laman web jabatan dan juga perkakasan multimedia. Anggota unit ini, akan turut bersama dalam operasi kita kerana bukan semua anggota penguatkuasa tahu menggunakan peralatan itu,” katanya.

Oleh SALHAN K. AHMAD- Jumaat November 24, 2006 (mstar.com.my)

JAIS Silapan Tuduhan Norman-Memey Khalwat
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.

Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Rahman Lai Abdullah dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang merupakan sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainanan.

“Saya tidak nampak mana-mana lelaki semasa (saya) masuk ke dalam rumah (premis dalam kertas pertuduhan) dan saya juga tidak nampak mana-mana lelaki semasa memeriksa tingkat bawah dan ruang udara di tingkat atas rumah,” kata Abdul Rahman ketika disoal balas oleh peguambela Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pada 20 Jan lepas, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 21, di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Okt 2008.

Bagi kesalahan itu Norman dibicarakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Dalam sesi soal balas itu lagi, Abdul Rahman juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa agama pada malam kejadian adalah berdasarkan maklumat dengar cakap daripada pengadu yang dibuat melalui panggilan telefon.

Fakhrul: “Bagaimana kamu tahu bahawa dalam premis itu ada orang yang didakwa salah, lelaki (Norman) dan wanita (Memey) ini?”

Abdul Rahman: “Dari maklumat yang diterima dari pengadu.”

Fakhrul: “Setuju atau tidak saya katakan bahawa pemeriksaan premis adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay daripada pengadu sahaja?”

Abdul Rahman: “Betul.”

Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa maklumat yang diberikan pengadu yang mendakwa Norman dan Memey berada dalam premis beralamat 4-1A itu adalah salah kerana Norman sebenarnya tidak berada pada pukul 2.40 pagi dalam premis yang dinyatakan.

“Saya tidak boleh kata maklumat itu tidak betul kerana saya belum selesai membuat pemeriksaan lagi ketika itu,” katanya.

Perbicaraan disambung 31 Julai.

– BERNAMA