Buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam- Diharamkan

Seks Islam-Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia1

Seks Islam-Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia1

3 Nov

JAKIM dapati bahan terbitan KTS bercanggah dengan ajaran Islam

KUALA LUMPUR: Buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia terbitan Kelab Taat Suami (KTS) diwartakan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas didapati bercanggah dengan ajaran Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati kandungan buku terbabit menyalahi Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam. “Kita sudah menghantar buku berkenaan kepada KDN semalam (kelmarin) untuk diwartakan sebagai penerbitan yang diharamkan kerana kandungannya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Kita juga akan terus menyiasat dan meneliti buku terbitan KTS yang lain yang diragui kandungannya jika mendapat sebarang aduan,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan mengenai penerbitan buku itu oleh KTS yang dikatakan panduan kepada ahli kelab itu dan mereka yang sudah berkahwin, antara lain menceritakan mengenai hubungan suami isteri secara roh di mana suami boleh melakukannya serentak dengan semua isteri.

Buku setebal 115 muka surat itu yang dihasilkan Hatijah Aam atau Ummu Jah, yang juga isteri kepada pemimpin bekas pemimpin Al-Arqam, Asaari Muhammad turut mendakwa ketika dunia menyangka Asaari atau Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.
Bagaimanapun, Hatijah yang juga Presiden KTS Antarabangsa dalam satu sidang media melalui laman Skype dari Makkah, menafikan kandungan buku itu terpesong daripada ajaran Islam, sebaliknya ia perlu diketahui umat Islam zaman ini yang didakwa sudah terpengaruh dengan ajaran seks barat.

Mashitah berkata, kandungan buku berkenaan terutama yang menyentuh hubungan suami isteri secara roh pemikiran yang tidak terjangkau oleh akal dan boleh menyesatkan orang lain jika tidak dibendung.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Program Seksualiti Merdeka 2011 yang memperjuangkan kesaksamaan jantina termasuk untuk golongan homoseksual dan lesbian, katanya, acuan pemikiran sedemikian merosakkan masyarakat dan sama sekali tidak dibenarkan sama ada dari segi agama, budaya mahu pun Perlembagaan negara.

Seks Islam-Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia[/caption]

13 Okt

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah.

12 Okt

KOTA BHARU: Kelab Taat Suami (KTS) yang pernah menimbulkan kontroversi kerana meminta isteri melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama,’ sekali lagi menimbulkan keresahan masyarakat apabila menerbitkan buku mengenai seks suami isteri yang diulas secara terperinci perlakuan berkenaan.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Gambir Sarawak untuk Kegunaan Seks
  2. 10 Wanita Ditipu Untuk Lakukan Seks
  3. Kegunaan Gambir Sarawak untuk Seks Merosakan Zakar
  4. Tingkatkan Paras Hormon Testosterone untuk Seks
  5. Sogokan Seks Untuk Projek Perumahan

About admin