KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seorang penyampai berita dan seorang pelakon adalah antara 26 yang ditahan dalam satu pesta seks, dadah dan arak yang diadakan di sebuah bilik hotel di Jalan P.Ramlee di sini, awal pagi ini.
Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan umur 20-an dan pelakon wanita terbabit pula difahamkan membintangi drama bersiri.
Selain kedua-dua selebriti berkenaan, 24 lagi yang ditahan berusia antara 18 hingga 31 tahun dan sembilan daripada mereka itu positif dadah.
Malah, kebanyakan yang ditahan dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Lembah Klang.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi.
Polis turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras.
Separuh Bogel
“Sembilan daripada 26 yang ditahan termasuk penyampai berita serta pelakon wanita sambilan yang juga penulis skrip sebelum ini didapati positif dadah jenis ketamin dan ekstasi menerusi ujian saringan air kencing pertama.
“Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah ketika dihubungi berkata, siasatan pihaknya mendapati kesemua mereka bebas dari sebarang tuduhan berkaitan seks.
Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi semalam di tingkat 11 hotel terbabit, turut ditahan ialah sepasang suami isteri dan seorang penuntut kolej swasta lelaki yang dipercayai dalang dan pembekal dadah untuk pesta berkenaan.
Difahamkan, ia dianjurkan sempena sambutan Tahun Baru 2009 menerusi jemputan khas dalam laman web ‘friendster’.
Ketika serbuan, segelintir daripadanya dipercayai dalam keadaan mabuk dan khayal dan ada juga di antara mereka dalam keadaan separuh bogel.
Related posts: