Skandal Seks Chua Soi Lek

1 Jan 2008 – Menteri Kesihatan yang juga Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang dicuri rakam.

“Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.

“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak- anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” kata Soi Lek.

2 Jan 2008 – Chua Soi Lek, 61, letak semua jawatan parti, Kabinet dan Ahli Parlimen Labis berkuat kuasa serta-merta.

Naib presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku semalam beliau lelaki dalam DVD seks yang diedarkan di Johor, hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan sebagai anggota parlimen Labis berkuatkuasa serta-merta.

Dr Chua kelihatan tenang di sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan berlangsung lebih 45 minit.

Beliau sendiri membuat pengumuman peletakan jawatan tersebut pada satu sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini pada pukul 3.35 petang.

Difahamkan Dr Chua, 61, mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh jemaah menteri, yang mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.

Semalam, pada sidang akhbar di Labis, beliau juga telah meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin-pemimpin parti dan rakan menteri kabinet yang lain atas apa yang telah berlaku.

Beliau berkata bahawa wanita dalam DVD itu adalah teman peribadinya dan beliau bukanlah pihak yang membuat rakaman aksi berkenaan.

Dr Chua berkata peletakan jawatannya telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

“Surat (peletakan jawatan) dalam perjalanan ke pejabat beliau (Abdullah),” katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan berlangsung lebih 45 minit.

Dr Chua yang memakai sepasang sut hitam dan kelihatan tenang serta tenteram berkata: “Saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, naib presiden MCA, anggota parlimen Labis, ketua badan perhubungan MCA Johor dan ketua bahagian MCA Batu Pahat”.

Beliau berharap peletakan jawatannya itu, yang kononnya kerana ‘isu moral’, akan menjadi iktibar kepada semua pemimpin, baik dalam MCA mahupun parti komponen lain.

Dr Chua, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Mac, 2004 selepas memenangi kerusi parlimen Labis pada pilihan raya umum tahun itu setelah mengalahkan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi, berkata beliau mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan itu hasil maklum balas rakyat.

“Selepas membuat pengakuan (semalam), saya berharap rakyat Malaysia boleh menerima permohonan maaf saya itu, tetapi malangnya maklum balas yang saya peroleh, rakyat tidak boleh terima,” katanya, mengulas lebih lanjut mengenai keputusannya itu.

Dr Chua berkata beliau tidak mahu menjadi beban kepada parti dan kerajaan jika terus memegang jawatan.

Di sebalik keputusannya itu, Dr Chua berkata sebagai seorang anggota parti yang telah memegang jawatan dalam kerajaan hampir 20 tahun, beliau akan tetap setia kepada MCA dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Doktor perubatan lulusan Universiti Malaya pada 1973 itu, memulakan kariernya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggeram, Johor pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga 2004.

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Johor (1990-1995), Pengerusi Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Johor (1995-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Johor (1999-2004).

Dr Chua berkata: “Saya berpendapat sesiapa yang melakukan kesilapan ataupun kerana kelemahan-kelemahan tertentu, maka dia sebagai pemimpin kena bertanggungjawab.

“Saya sudah tampil ke depan, berdepan bukan hanya dengan pemimpin negara dan parti bahkan dengan rakyat jelata, (namun) nampaknya tidak boleh diterima.

“Jadi, lebih baik bagi saya dan keluarga untuk saya meletakkan jawatan supaya tidak menjadi beban kepada kepimpinan negara.”

Dr Chua mengakui bahawa beliau langsung tidak menyangka akan memperoleh maklum balas tidak baik daripada orang ramai selepas membuat pengakuan semalam bahawa beliaulah orangnya dalam rakaman pita video itu.

“Saya sangkakan maklum balas itu tentulah bagus (selepas membuat pengakuan) tetapi menurut Astro 91 peratus (orang ramai) mahu saya meletak jawatan. China Press kata 99 peratus mahu saya meletak jawatan,” katanya.

Dengan mengambil perhatian bahawa meskipun penjawat awam perlu mengutamakan akhlak yang baik, Dr Chua berkata beliau berasa bangga kerana tampil secara terbuka untuk mengakui kesalahannya.

“Saya berasa bangga kerana sekurang-kurangnya saya berani untuk mengaku. Saya tidak pernah mengatakan orang itu bukannya saya (dalam DVD).

“Saya tidak pernah kata mereka perlu membuktikan yang sayalah orangnya. Malah saya tidak pernah kata ia (pita video) telah dipalsukan,” katanya.

Beliau mengetepikan anggapan bahawa peletakan jawatannya akan menjejaskan sokongan rakyat kepada parti BN yang memerintah.

Katanya: “Tidak. Saya ingat banyak orang merasakan saya merupakan beban untuk digalas, kerana mereka mahu berkelakuan seolah-olah mereka sahaja yang baik.”

Seperti juga sidang akhbar yang diadakan di Labis semalam, Dr Chua enggan membuat spekulasi mengenai sebab beliau dijadikan sasaran pihak tertentu sehinggakan kehidupan peribadinya turut menjadi tatapan umum.

“Saya sudah katakan sebelum ini yang saya tidak mahu membuat spekulasi. Saya menerima tidak kurang 200 SMS mengutuk pemimpin tertentu parti yang saya tidak akan dedahkan kerana sebaik sahaja saya beredar, saya tidak mahu lihat parti saya berpecah,” katanya.

Namun begitu, Chua tidak menolak kemungkinan beliau dijadikan sasaran kerana terlalu menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Menteri Kesihatan dan juga jawatan-jawatannya dalam parti sehingga ada yang rasa terancam.

“Sejak saya dilantik sebagai Menteri Kesihatan memang saya sudah berusaha sedaya-upaya untuk memenuhi permintaan daripada rakyat, daripada ahli MCA, daripada kepimpinan kerajaan. Saya tumpukan perhatian kepada kerja dan parti sehingga ada orang mengatakan saya menjadi satu ancaman kepada orang tertentu. Itu biasa dalam politik,” katanya.

Dr Chua turut menolak cadangan seorang wartawan bahawa pesaing dalam perniagaan mungkin menjadi dalang di sebalik pengedaran DVD terbabit.

Beliau berkata: “Saya tidak pandai berniaga. Sebab itu saya tidak mengatakan sesiapa yang hendak menjadikan saya sasaran datang daripada kumpulan perniagaan atau kumpulan yang dikatakan musuh saya dalam perniagaan kerana saya tidak pernah terlibat dalam perniagaan sejak saya menjadi ahli politik.

“Tidak pernah, anda boleh tanya. Sesiapa yang kata saya terlibat dalam perniagaan, dia berbohong. Mungkin dia menggunakan nama saya tanpa pengetahuan saya.”

Dr Chua berkata adalah menjadi harapannya setelah meletakkan jawatan, beliau tidak lagi menjadi sasaran pihak tertentu.

Beliau berkata: “PM (Perdana Menteri) telah memberikan jaminan kepada saya bahawa kerajaan akan menyiasat punca dan siapa di belakang (rakaman) pita ini supaya ia tidak menjadi amalan di negara ini untuk menjatuhkan sesiapa.

“Saya percaya kalau dia ini (orang yang menggunakan taktik itu) berjaya, saya bukan yang pertama dan terakhir menjadi mangsa kepada cara ini untuk menjatuhkan seorang pemimpin baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

“Saya pasti saya tidak mahu menjadi orang pertama dan terakhir,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi presiden MCA berhubung perkara itu, Dr Chua berkata Ong mahu melihat parti bersatu dan setiap anggota parti memberikan sokongan padu kepada BN.

“Namun ada ketikanya dalam parti yang demokrasi, presiden dan Perdana Menteri malah berhadapan kekangan serta mempunyai batasan disebabkan rakyatlah yang lebih ulung,” katanya.

Mengenai sama ada beliau akan kembali semula menyertai arus politik perdana pada masa depan, Dr Chua berkata beliau sudah tua untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, secara berjenaka Dr Chua berkata beliau lebih suka menjadi seorang wartawan berdasarkan pengetahuan luas beliau dalam politik. BERNAMA

Kandungan DVD Seks

Menurut saksi yang telah menonton video tersebut, terdapad dua DVD yang menunjukkan babak seks itu yang dikatakan dirakam melalui televisyen litar tutup (CCTV).

DVD pertama selama 56 minit menunjukkan keseluruhan babak perhubungan seks itu dari empat kamera yang dihalakan ke bahagian katil, pintu utama dan bilik tetamu.

Seorang lelaki kelihatan berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipercayai bilik hotel dan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, DVD kedua sepanjang 44 minit pula menunjukkan babak hubungan seks yang sama dari satu kamera sahaja yang difokuskan ke arah katil.

Imej pasangan itu didakwa agak jelas dilihat dalam video tersebut dan mereka berbual dalam longhat Hokkien.

Menurut saksi lagi, video tersebut bermula dengan lelaki yang didakwa ahli politik tersebut sedang mandi dan kemudiannya menukar pakaian dalam bilik berkenaan. Seorang wanita kemudian mengetuk pintu dan dilihat masuk ke dalam bilik tersebut. Pasangan itu nampak seperti sudah mengenali satu sama lain.

Video tersebut kemudiannya menunjuk wanita itu mengeluarkan komputer riba dan meletakkannya di atas katil, dan kemudiannya masuk ke bilik air dan muncul semula dalam keadaan berbogel.

Wanita itu kemudian melakukan seks oral ke atas lelaki yang didakwa ahli politk berkenaan dan diikuti dengan babak hubungan seks di atas katil. Pasangan tersebut kelihatan sedang melihat sesuatu daripada komputer riba itu sepanjang mereka melakukan hubungan seks.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Fairul Azrim Ismail dapat Sedekah Seks Perempuan China
  2. Ustazah Layan Seks Suami dalam Kesakitan Bisul

About admin