MELAKA 21 Julai 2010- Seorang pemandu bas sekolah hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar berusia 13 tahun di dalam bas sekolah, tiga tahun lalu.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Ibrahim Sali @ Ali, 25, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Irfa Sirrhu Samsudin.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili oleh peguam bela Shaari Nor untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa merogol remaja perempuan tersebut di dalam sebuah bas sekolah di hadapan Taman Muhibbah, Merlimau, di sini kira-kira pukul 3 petang pada April 2007.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertamanya dan hubungan seks tersebut dilakukan atas dasar suka sama suka.
Irfa pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana alasan seks suka sama suka tidak boleh diguna pakai dalam kes tersebut.
”Walaupun suka sama suka, sepatutnya mangsa dilindungi, bukan diambil kesempatan,” tegas Irfa.
Related posts:

Pretty section of content. I just stumbled upon your weblog and in accession capital to assert that I acquire in fact enjoyed account your blog posts. Anyway I will be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently fast.