Warga emas 81 Tahun Cuba Rogol Remaja

TELUK INTAN 7 April 2010 Petikan Utusan- Niat murni seorang remaja yang sanggup berhenti sekolah untuk membantu keluarganya berkecai apabila dia cuba dirogol oleh majikannya berusia 81 tahun.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam, remaja berusia 15 tahun berasal dari Kampung Terengganu di sini, tergamam apabila lelaki itu meraba badan dan alat sulit mangsa sebelum terus memeluknya.

Timbalan Ketua Polis Hilir negeri, Supritendan Mohd. Zaki Harun berkata, mangsa baru sahaja bekerja di syarikat pembinaan yang dipercayai milik lelaki itu di sini.

“Ketika berada di ruang dapur syarikat berkenaan, tiba-tiba muncul lelaki itu memberi minuman sambil melayan mangsa dengan baik.

“Suspek memberi seperti minyak urut dan menyapu ke badannya hingga bahagian alat sulit mangsa. Kemudian suspek terus memeluk mangsa kuat-kuat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dalam keadaan terperanjat, mangsa cuba melawan sambil menjerit meminta pertolongan sebelum berlaku pergelutan.

“Mangsa yang berjaya melepaskan diri terus memberitahu ahli keluarga mengenai kejadian menimpanya sebelum membuat laporan di balai polis Teluk Intan,” kata Mohd. Zaki.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek tetapi membebaskannya semula atas faktor usia dan kesihatan suspek.

Bagaimanapun katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba mencabul gadis bawah umur.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 19 tahun menyerah diri kepada pihak polis kerana merogol teman wanitanya berusia 13 tahun.

“Kejadian berlaku kira-kira dua bulan lalu. Suspek yang berasal dari Batu 71/2, Jalan Changkat Jong, ditahan pada 30 Mac lalu.

“Mangsa mengadu dirogol oleh kekasihnya sewaktu di rumah kakaknya pada 17 Januari lalu kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi,” katanya

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan telah merogol gadis bawah umur.


  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tukang Urut Rogol Nenek 65 Tahun
  2. Guru Disyaki Rogol Pelajar Berusia 16 Tahun
  3. Culik, Rogol, Rompak Jururawat Dipenjara 28 Tahun
  4. Rogol Pelajar 13 Tahun Di Dalam Bas Sekolah
  5. Rompak dan Rogol- 14 tahun penjara dan 7 sebatan

About admin