IPOH 7 Mac 2010 Utusan melaporkan– Tidak sampai 24 jam nama mereka disiarkan akhbar, tujuh daripada sembilan suspek kes rogol seorang pelajar di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Felda Sungai Klah dekat Sungkai, datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, ketujuh-tujuh lelaki tersebut tampil menyerah diri di IPD Tapah pada pukul 11.30 malam tadi.
Ujarnya, polis akan mendapatkan tahanan reman terhadap ketujuh-tujuh suspek hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
“Saya sangat berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menyiarkan nama dan gambar mereka yang banyak membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.
“Lima suspek berusia antara 15 hingga 29 tahun itu ditahan di sekitar Sungkai, Khamis lalu. Dengan penahanan tujuh mereka, kita mendapat 12 suspek untuk kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh 14 lelaki di Felda Sungai Klah, dekat Sungkai.
Mangsa dari Felda Trolak Utara itu pada mulanya diajak menaiki motosikal oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Wan’ semasa berjalan-jalan bersama rakannya di satu kawasan pada pukul 6.15 petang.
Malangnya, mangsa telah dibawa ke sebuah kawasan tertutup di TRAP Sungai Klah sebelum dirogol oleh Wan dan tiga lagi rakannya yang menunggu di situ.
Wan kemudian menyuruh seorang rakannya menghantar mangsa pulang ke rumah tetapi sebaliknya dibawa ke sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah sebelum gadis itu sekali lagi dirogol bergilir-gilir lebih 10 lelaki.
Sementara itu ujar Roslan, polis akan meneruskan usaha mencari dua lagi suspek kes tersebut bagi membantu siasatan.
“Polis percaya kedua-duanya akan dapat dikesan dalam tempoh terdekat. Kita syak kedua-dua suspek berada di Kuala Lumpur sekarang.
“Mereka tidak akan dapat lari ke mana-mana kerana polis tahu nombor kad pengenalan dan alamat rumah mereka,” katanya.
TELUK INTAN 12 Mac 2010- Sembilan lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di sebuah taman rekreasi dan dua buah rumah kosong bulan lalu.
Tertuduh ialah Mohd. Sahabudin Hashim, 23; adiknya, Shahrul Hisham, 21; Mohd. Rosli Mustapa, 26; dan Mohamed Shafeq Mohd. Shahimi, 20.
Turut didakwa Mohd. Athika Mohd. Hanapi, 19; Ahmad Nor Sofiaan Alias, 23; Mohd. Shafiq Abu Samah, 21; Saiful Azimi Mhd. Razalli, 29, dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
Kesemua mereka mengangguk tanda faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Daiyauddin.
Mengikut pertuduhan, remaja itu dan Mohd. Shafiq didakwa merogol mangsa di Spa Hot Spring, Felda Sungai Klah, Sungkai di sini antara pukul 6.10 petang dan 8 malam, 28 Februari lalu.
Mohamed Shafeq, Shahrul Hisham, Mohd. Rosli, Mohd. Athika, Mohd. Sahabudin dan Ahmad Nor Sofiaan pula didakwa merogol mangsa di rumah No. D6, Jalan Melor, Felda Sungai Klah antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi, 1 Mac lalu.
Saiful Azimi pula menghadapi dua tuduhan iaitu merogol mangsa di taman rekreasi tersebut di antara pukul 6.10 petang dan 8 malam, 28 Februari lalu dan di rumah A 24, Felda Sungai Klah antara pukul 12 tengah hari hingga 6 petang, 1 Mac lepas.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Faiz memerintahkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 hingga RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 21 Jun ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Suffian Jaafar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela N. Terrence.
Memetik laporan akhbar, mangsa pada mulanya mendakwa diajak menaiki motosikal oleh seorang lelaki dikenali sebagai Wan setelah terserempak dengannya ketika berjalan-jalan bersama rakannya di kawasan kampung tersebut.
Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan tertutup di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) di kampung tersebut sebelum dirogol oleh lelaki berkenaan dan tiga rakannya.
Wan kemudian menyuruh seorang rakannya menghantar mangsa balik ke rumah tetapi rakannya itu membawa mangsa ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol oleh lebih 10 lelaki.
Remaja dari Felda Trolak Utara itu kemudian dihantar pulang sebelum dia membuat laporan polis mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 14 lelaki.
Related posts:

I was recommended this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my trouble. You’re incredible! Thanks!