Buruh Bebas Tuduhan Rogol Jiran

KOTA BHARU 28 Feb 2010 – Seorang buruh, Mat Jais Mat Jusoff, 43, terlepas daripada hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu di sini hari ini menerima rayuannya berhubung tuduhan merogol seorang jirannya pada tahun 2002.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan tersebut selepas mendapati perayu melalui peguamnya, Datuk Sukri Mohamed berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 Julai 2007 yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan terhadapnya

Mengikut fakta pertuduhan pada tahun 2002, Mat Jais didakwa merogol Fatimah Mahmood yang berusia 57 tahun ketika itu di rumah mangsa di Tok Uban, Pasir Mas di sini.

Tertuduh yang berjiran dengan mangsa didakwa memasuki rumah warga emas berkenaan melalui bahagian dapur sebelum mengheret dan merogol mangsa.

Akibat perbuatan tersebut, Fatimah mengalami kecederaan teruk di bahagian rahim dan terpaksa dijahit oleh pegawai perubatan untuk menghentikan pendarahan.

Bagaimanapun ketika prosiding, Ahmad Zaidi berkata, timbul keraguan terhadap keputusan yang dibuat sebelum ini memandangkan mangsa sebenarnya merupakan kekasih kepada tertuduh ketika kejadian itu.

Menurut beliau, daripada fakta perbicaraan sebelum ini juga mendapati mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks tiga kali sebelum berlaku pendarahan tersebut.

“Persoalannya sekarang, sekiranya tidak berlaku pendarahan, adakah mangsa akan buat laporan seperti itu kerana sebelum ini mereka sudah melakukannya beberapa kali tanpa paksaan.

“Inilah yang perlu difikirkan, oleh itu saya percaya wujud syak yang munasabah daripada pihak pembelaan terhadap dakwaan itu,” tegas beliau.

Sebaik keputusan dibuat, Mat Jais yang berada di kandang tertuduh dan memakai kemeja biru segera mengucapkan kesyukuran dan kelihatan tersenyum.

Mat Jais yang datang bersama beberapa ahli keluarga bagaimanapun enggan memberikan sebarang reaksi ketika ditemui wartawan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob.


  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Peniaga bebas hukuman rogol anak
  2. JAIS Silapan Tuduhan Norman-Memey Khalwat
  3. Rogol Gadis Bawah Umur
  4. Tukang Urut Rogol Nenek 65 Tahun
  5. Bomoh Rogol Anak Tiri Depan Ibu

About admin