Rogol Beramai-ramai: Empat Anggota Tentera Direman Bantu Siasat Kes

KUCHING 19 Mac 2010— Empat anggota tentera direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar berusia 18 tahun di sebuah hotel murah, di sini Ahad lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini, di sini.

Keempat-empat lelaki berusia antara 20 dan 24 tahun itu disyaki merogol gadis dari Lundu berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah hotel murah di Padungan di sini.

Mangsa yang dipercayai mengenali salah seorang suspek hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian.

Kesemua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan rotan jika sabit kesalahan. — Bernama


  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tukang Urut Rogol Nenek 65 Tahun
  2. Rogol dan Liwat- Kumpulan ‘Sawit United’ Tumpas
  3. Majikan Dera, Rogol Pembantu Rumah Diburu
  4. Bomoh Rogol Anak Tiri Depan Ibu
  5. Culik, Rogol, Rompak Jururawat Dipenjara 28 Tahun

About admin