Pil Perancang Marvelon

Pil perancang berhormon kombinasi seperti Marvelon digunakan dalam rawatan haid tidak teratur.

Haid bukan saja dijangka menjadi teratur, bahkan jumlah pendarahannya juga akan berkurangan, lebih-lebih lagi dengan kandungan dos hormon estrogen (30 mikrogram ethinyl estradiol) yang terkandung dalam pil Marvelon itu, dengan syarat ia diambil mengikut aturan (setiap pusingan selama 21 hari dan diambil pada waktu yang sama).

marvelon-pil-perancangTerlupa mengambilnya, tidak mengikut waktu yang sama dan masalah serapan usus (seperti muntah-muntah atau cirit-birit), semuanya boleh menyebabkan paras hormon terbabit berkurangan dan mengganggu kawalan haid, malah boleh mengakibatkan kemungkinan hamil.

Keadaan yang sama juga boleh berlaku jika seseorang tidak serasi dengan jenama pil yang mengandungi dos estrogennya yang lebih rendah (dipanggil ultra-rendah) iaitu serendah 20 mikrogram ethinyl estradiol saja.

Umumnya kandungan estrogen pil perancang adalah sebanyak 30 dan 20 mikrogram. Secara prinsipnya, pil perancang elok diambil dalam dos estrogen yang paling rendah bagi mengurangkan kesan sampingannya (termasuk loya, trombosis salur darah dan seumpamanya), namun masih dapat mengekalkan keupayaan tindakannya iaitu mencegah kehamilan.

Jika wanita itu mengalami gangguan kitaran haid dengan dos estrogen ultra-rendah ini, eloklah bertukar kepada dos 30 mikrogram seperti Marvelon yang anda ambil. Cuma ironinya, pil berdos ultra-rendah lebih mahal berbanding pil dos rendah.

Untuk pengetahuan, pil Marvelon termasuk dalam kategori dos rendah. Dos tinggi merujuk kepada kandungan estrogen melebihi 50 mikrogram, ini sudah lama tiada lagi di pasaran.

Cara pengambilan pil (ketepatan waktunya serta pengambilan ubat atau bahan lain yang mengubah keberkesanannya) perlu diteliti.

Dr. Adilah Ahmat

  • Share/Bookmark

No related posts.

About admin