Nafsu Seks Kurang Selepas Beranak

Ada wanita 30-an yang sudah berkhawina dingin atau hilang nafsu seks selepas melahirkan anak. Ada yang mencuba pelbagai cara termasuk mengambil jamu dan berurut tetapi tidak menjadi.

Nafsu seks wanita lazimnya lebih kompleks berbanding lelaki. Bukan saja ia kurang jelas memandangkan wanita tidak mengalami ereksi yang nyata, nafsunya juga mempunyai hubung kait dengan pelbagai aspek seperti:

  • penampilan fizikal,
  • emosi,
  • hubungan sosial bersama suami,
  • persekitaran,
  • stres sebagai ibu,
  • perasaan rendah diri sebagai wanita yang semakin berusia,
  • penyusuan badan,
  • kegemukan,
  • gangguan hormon dan seumpamanya.


Eloklah anda mulakan dengan perbincangan dari hati ke hati bersama suami, kemudian mendapatkan nasihat profesional daripada pakar sakit puan, pakar psikologi atau pakar psikiatri. Kebiasaannya ia berkait dengan perasaan atau emosi dan bukan masalah fizikal. Anda tidak perlu malu untuk berjumpa pakar psikiatri.

Semakin ramai pasangan berani tampil mendapatkan bantuan pakar itu walaupun masih ada yang bimbang atau malu seolah-olah mereka akan dipandang serong atau kurang siuman jika berjumpa pakar psikiatri. Bidang psikiatri sebenarnya lebih luas daripada itu. Ramai antara kita yang tidak menyedari mengenai gangguan stres yang dialami, teknik dan rawatan ubatan (hanya jika perlu) profesional daripada mereka dapat membantu kita menangani stres.

Hubungan seks suami isteri dituntut dan halal di sisi Islam.

Dr. Adilah Ahmat

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Kurang Onani Kerap Mimpi Basah
  2. Masalah Seks- Ejakulasi Awal (Premature Ejaculation)
  3. Kegunaan Gambir Sarawak untuk Seks Merosakan Zakar
  4. Cincin Kanda Tingkatkan Daya Seks
  5. Gambir Sarawak untuk Kegunaan Seks

About admin