Dirogol oleh Bapa Kandung Selama 6 tahun

Seorang pelajar remaja di Kuala Lumpur tidak tahan dirogol oleh bapa kandungnya buat laporan polis. Akibat tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks, seorang remaja berusia 16 tahun memberanikan diri membuat laporan polis terhadap kezaliman bapa kandungnya di Kepong di sini, semalam.

Dalam laporannya, remaja itu mendakwa dirogol bapa kandungnya sejak berusia 10 tahun hingga mendatangkan trauma yang teruk, menyebabkan tumpuan kepada pelajaran terganggu dan mangsa terpaksa berhenti sekolah dua tahun lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, ketika mengesahkan perkara itu berkata, bertindak atas laporan berkenaan, seorang pemandu teksi berusia 40-an ditahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kepong, bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal, remaja itu diperkosa berulang kali di rumah mereka yang didiami bersama ibu tiri mangsa,” katanya di sini, semalam.

Muhammad Sabtu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Oleh Wan Faizal Ismayatim
bharian.com.my
2010/04/07

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Remaja diperkosa bergilir-gilir Selama 12 Hari
  2. Saya diperkosa oleh Majikan
  3. Rompak dan Rogol- 14 tahun penjara dan 7 sebatan
  4. Mati pucuk Seawal 35 Tahun
  5. Majikan Dera, Rogol Pembantu Rumah Diburu

About admin