Urut Zakar Boleh Merosakkan Zakar
Mungkin anda tidak tahu zakar tidak boleh diurut seperti mengurut otot badan kerana ia bukan otot.
Jadi amalan urutan yang dilakukan tukang urut boleh merosakkan zakar apabila ia dilakukan secara kasar dan ganas seperti menariknya dengan kuat atau memulasnya dengan kuat, kononnya untuk meningkatkan perjalanan darah.
Kesan buruk mengurut zakar hanya kelihatan beberapa bulan kemudian apabila wujud ketulan keras dalam otot zakar dan bentuk zakar mula berubah!
Minyak Bayi- Berbau dan Sukar Dibersih
Minyak bayi seperti yang anda gunakan memang boleh digunakan untuk membelai anggota kelamin kerana ia mesra kulit dan tidak memudaratkan kulit anggota kelamin.
Bagaimanapun, apabila minyak itu digunakan untuk persetubuhan, ia meninggalkan bekas campuran minyak dengan cecair dalam faraj dan sukar dibersihkan, selain memberi tanda kepada pakaian dalam dan berbau.
Minyak Lintah Menyebabkan Pendarahan Zakar
Minyak lintah tidak sesuai kerana jika bahan mencairkan darah memasuki tisu zakar, ia boleh mengakibatkan pendarahan berpanjangan kerana proses kebekuan darah tergendala.
Gambir Sarawak Menyebabkan Radang Zakar
Begitu juga dengan minyak atau krim mengandungi gambir Sarawak yang meradang kulit dan menekan urat saraf kulit secara ketara sehingga kulit zakar hilang rasa dan tidak mudah mencapai klimaks.
Guna Minyak atau Krim Khusus untuk Seks
Mustahak untuk lelaki gunakan minyak atau krim yang mesra kulit dan tidak merosakkan kulit sehalus kulit anggota kelamin lelaki atau perempuan.
Jangan mudah percaya dengan minyak atau krim yang mengarut tu, lebih-lebih lagi krim dan minyak yang tidak pernah diujii.
Gunakan gel yang larut dalam air untuk kelicinan dan kelembapan yang diyorkan sahaja untuk seks. Ia juga mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan bau atau tanda kepada pakaian.
Related posts:
