Kegunaan Gambir Sarawak untuk Seks Merosakan Zakar

Gambir Sarawak adalah perosak urat saraf atau perosak mukosa kepala zakar. Oleh itu, jangan gunakan gambir Sarawak untuk tujuan Seks.

Kepala zakar atau ‘glans penis’ mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’ yang membuatkan bahagian itu mudah terangsang untuk menyampai maklumat rangsangan itu kepada otak untuk mencetuskan klimaks.

Bagi sesetengah individu, perasaan sensitif itu ketara menyebabkan setiap kali mengadakan hubungan seks bersama isteri, kepala zakar terasa ngilu walaupun baru bermula.

Cara melegakan perasaan itu ialah menggunakan krim pelali atau pengebas atau ‘anaesthetic’ untuk disapukan ke kepala zakar.

Selepas beberapa minit apabila bahagian itu kebas dan rasa terkawal, ia boleh dibersihkan dan hubungan seks dilakukan tanpa mengalihkan perasaan kebas itu kepada isteri.

Anda juga boleh dapatkan krim itu melalui doktor anda kerana krim terbabit hanya boleh diberi melalui nasihat doktor.

Gambir Sarawak sebenarnya boleh mendatangkan radang kulit, sekali gus merosakkan tisu dalaman dan sebab itu apa saja bahan sapu yang mengandunginya tidak boleh digunakan untuk tujuan hubungan kelamin kerana kesannya kepada kulit dan mukosa anggota kelamin.

Jika kulit dan mukosa anggota kelamin radang, ia tidak terlindung daripada jangkitan kuman, kulat atau virus, sebab itu hindarkan daripada menggunakan krim mengandungi gambir Sarawak.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Gambir Sarawak untuk Kegunaan Seks
  2. Gambir Sarawak Bahan Perangsang Seks (Boleh Tahan 2 Jam)
  3. Gambir Sarawak ‘Ubat Kuat Seks’ lelaki Iban dan Melanau
  4. PDE-5 inhibitor untuk Rawat Ereksi Zakar
  5. Tingkatkan Paras Hormon Testosterone untuk Seks

About admin