Rompak dan Rogol- 14 tahun penjara dan 7 sebatan

Rompak dan Rogol- 14 tahun penjara dan 7 sebatan

Padah akibat perbuatan rogol, pekerja kilang cat dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam, selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol serta merompak wanita berusia 38 tahun pada tujuh tahun lalu. Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairol Ashar Mohd Salleh, 26, selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan tertuduh.

Beliau dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati kes membabitkan rompak dan rogol semakin banyak berlaku sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, berikutan itu, mahkamah perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan penting bagi menyekatkan kegiatan berkenaan daripada berleluasa apabila masyarakat mula merasai bimbang dengan gejala berkenaan.

“Hukuman yang diberikan memberi amaran sekali gus menghalang masyarakat di luar sana terbabit dengan kegiatan sama,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Khairol Ashar didakwa merompak dengan menggunakan pisau dan mengambil wang tunai RM200 dan pelbagai barangan kemas bernilai RM8,000 milik seorang penyelia di Bukit Beruntung, dekat sini, pada jam 3.15 pagi, 12 Jun 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Di tempat dan waktu sama, tertuduh turut didakwa merogol wanita berkenaan dan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Khairol Ashar yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum dan memberitahu dia sudah menyesal serta insaf selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suzana Abdul Latiff membantah kerana perbuatan tertuduh adalah serius dan mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Menurutnya, perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa mengalami trauma selepas kejadian itu.

erywan@hmetro.com.my
2010/03/10

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Rogol Gadis Bawah Umur
  2. Penjara 7 Bulan Miliki barang Seks
  3. Majikan Dera, Rogol Pembantu Rumah Diburu
  4. Mati pucuk Seawal 35 Tahun
  5. Guru Didakwa Meliwat dan Lakukan Seks Oral