HUKUM onani adalah haram dan berdosa. Dalam keadaan tertentu pula, ulama mengharuskannya apabila takut terjerumus dengan zina.
Jika seorang isteri beronani sehingga klimaks tanpa kehadiran suami dan si isteri melakukan perbuatan itu disebabkan suami tidak mampu melakukan persetubuhan (suami ED). Tambahan isteri mempunyai keinginan seks yang kuat kerana masih muda (umur 33 tahun dan suami 51 tahun). Perbuatan onani itu demi mengelak daripada terfikir untuk bermesra dengan teman lama. Dalam keadaan itu, hukumnya TIDAK haram dan TAK berdosa.
Bagaimanapun, melakukan onani bukan pilihan terbaik dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Ia hanya jalan singkat dan sementara saja. Pasangan dinasihatkan supaya mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit suami puan. Dalam dunia perubatan sekarang terdapat banyak ubatan di pasaran yang mampu mengembalikan kekuatan seksual. Pasangan dinasihatkan berjumpa doktor bagi menyelesaikan masalah itu.
2009/12/29 @hmetro.com.my
Related posts: