Saiz Zakar dan Kepuasan Wanita

Saiz zakar bukan faktor penentu kepuasan wanita. Ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira untuk memuaskan pasangan saudara.

Ini termasuk kualiti ereksi, jangka masa persetubuhan, teknik foreplay dan afterplay. Saiz zakar juga bukan faktor penentu kemasukan air mani ke dalam vagina. Apa yang penting adalah kelajuan pancutan dan kualiti air mani saudara.

Purata saiz zakar bagi seseorang lelaki ketika ereksi adalah antara empat hingga enam inci dan ukur lilit juga pada kadar saiz sama.

Ada pelbagai produk di pasaran yang dikatakan boleh membantu memanjang dan membesarkan zakar. Ini termasuk penggunaan pil, minyak, pam vakum, cincin zakar, suntikan, urutan dan pembedahan.

Saudara perlu berhati-hati dalam menggunakan produk ini kerana kebanyakannya tidak berkesan, membazirkan wang dan boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan serius. Saya sendiri melihat pelbagai komplikasi yang timbul akibat suntikan kolagen di zakar, urutan batin yang menyebabkan zakar bengkak dan lebam serta mengakibatkan kecederaan pada saluran urethra. Ada juga komplikasi cincin zakar yang tidak dapat dikeluarkan.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Teknik Membesarkan Zakar

About admin