Tingkatkan Paras Hormon Testosterone untuk Seks

JIKA saudara mempunyai ereksi yang normal, nafsu (libido) dan menjalani hubungan seks aktif, kemungkinan besar saudara tidak mempunyai masalah kekurangan hormon testosterone.

Bagaimanapun, jika anda ingin mengetahui paras hormon testosterone, saudara boleh menghubungi doktor terdekat. Paras testosterone boleh diketahui dengan ujian darah.

Ujian darah yang sering dibuat adalah ujian total testosterone. Ujian ini perlu dilakukan antara jam 8 dan 11 pagi. Ini adalah kerana paras hormone testosterone akan menurun secara semulajadi selepas itu.

Sekiranya paras hormon testosterone yang dicatatkan melebihi 12nmol/L, kemungkinan besar saudara tidak menghadapi masalah kekurangan hormon testosterone.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kaedah meningkatkan paras hormon testosterone boleh didapati di pasaran sekarang. Kaedah rawatan melalui pil dan suntikan paling banyak digunakan oleh mereka yang menghadapi masalah ini.

Kaedah menggunakan pil paling mudah. Salah satu jenis pil boleh didapati di Malaysia dikenali sebagai testosterone undecanoate (Andriol). Pil ini perlu diambil satu atau dua kali sehari selepas makan.

Selain itu, kaedah suntikan juga dianggap mudah dan menyenangkan pesakit. Ini adalah kerana satu suntikan hanya perlu diberikan setiap tiga bulan untuk mengekalkan paras testosterone dalam badan. Ubat suntikan terbaru di pasaran ini dikenali sebagai testosterone undecanoate (Nebido).

Selain itu, kaedah kaedah penggantian hormon testosterone dalam bentuk gel yang disapu pada kulit dan juga dalam bentuk patch yang boleh ditampal pada kulit badan atau kulit kerandut buah zakar.

Bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini boleh menimbulkan iritasi pada kulit, ruam dan tidak begitu sesuai untuk negara beriklim tropika seperti Malaysia.

Untuk makluman saudara, semua ubatan ini tidak boleh dibeli secara terus di farmasi. Ini kerana produk ini adalah ubat terkawal. Saudara perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu dan beberapa ujian perlu dibuat sebelum rawatan diberi.

Saudara boleh berjumpa dengan pakar urologi, endokrinologi atau doktor swasta untuk berbincang mengenai rawatan ini. Paras hormone testosterone perlu diukur untuk memastikan tahapnya.

Ujian paras testosterone ini perlu dibuat antara jam 8 pagi hingga 11 pagi disebabkan sirkulasi hormon testorone dalam badan paling tinggi pada waktu ini.

Selain itu, ujian darah termasuk ujian kandungan lemak, ujian fungsi hati, ujian tahap sel darah merah dan ujian darah Prostate Specific antigen perlu dibuat. Kelenjar prostate juga perlu diperiksa.

Ini kerana rawatan gantian hormon testosterone mempunyai kesan sampingan. Antaranya akan berlaku peningkatan sel darah merah dalam badan. Jika hormon testorone dalam badan adalah normal dan hormon testosterone gantian diberikan juga, pengecilan buah zakar akan berlaku. Ini boleh membawa kepada kemandulan.

Oleh Shamshul Azree Samshir,
Berita Harian
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. PDE-5 inhibitor untuk Rawat Ereksi Zakar
  2. Gambir Sarawak untuk Kegunaan Seks
  3. Sogokan Seks Untuk Projek Perumahan
  4. Ujian Saringan HIV/AIDS untuk Berkahwin
  5. 10 Wanita Ditipu Untuk Lakukan Seks

About admin