Penjara 7 Bulan Miliki barang Seks

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Di dalam petikan Utusan, seorang peniaga dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memiliki secara tidak sah barang-barang lucah iaitu peralatan untuk kegunaan seks.

Muhamad Ruzaini Abdullah, 36, yang kelihatan bersahaja mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Sauni.

Tertuduh didakwa memiliki sebuah penis enlarger, the massive dong vibrator, vibrator’, empat kondom Crystal, darly, satu objek getah berwarna coklat serta satu beg hitam mengandungi ubat-ubatan seks pada 15 November, pukul 12.15 pagi di Lorong Haji Taib 5, di sini.

Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Guru Didakwa Meliwat dan Lakukan Seks Oral
  2. JAIS Silapan Tuduhan Norman-Memey Khalwat
  3. Pesta Seks: Penyampai berita, Pelakon wanita ditahan
  4. 10 Wanita Ditipu Untuk Lakukan Seks
  5. Seks Luar Tabii and Hukumannya

About admin